Pengikut politik Islam, melaksanakan tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah rakyat dan masyarakat tidak lepas daripada persoalan mengenai dasar dan polisi. Ini termasuklah membuat arahan, melaksanakan, me-rangka jadual-jadual, program kerja dan projek-projek, me-rekodkan hasil yang diperolehi sama ada berjaya ataupun mundur serta sebab-sebab berlakunya kemunduran atau kejayaan itu.
Oleh yang demikian di dalam pentadbiran. pemerintah tidak akan terlepas daripada membuat polisi dan dasar. Boleh jadi dasar dan polisi itu daripada dirinya sendiri atau daripada anggota syura iaitu Ahlul Halli wal Aqdi.
Jadi mesti ada kakitangan yang mencatat, merekod atau menyimpan rekod-rekod mengenai program yang sedang dan akan berjalan dan projek-projek vang telah dan sedang dibangunkan. Ini perlukan tenaga-tenaga seperti kerani, peon, penyimpan fail dan lain-lain lagi.
Pada zaman moden ini, oleh kerana rakyat sudah ramai, keperluan manusia sudah semakin banyak dibandingkan dengan zaman Rasulullah dan Khulafaur Rasyidin. Ini tentulah memerlukan petugas-petugas yang lebih ramai. Pentadbiran juga memerlukan petugas-petugas dan ketua-ketua jabatan. Merekalah yang akan bertindak melaksanakan dasar dan polisi yang sesuai dengan kehendak pemimpin atau pemerintah.
Pemimpin yang terdiri daripada pemimpin atau pemerintah, pengarah dan pengurus, ketua-ketua pejabat dan petugas-petugas pejabat hendaklah merasa bertanggungjawab untuk menguruskan rakyat dalam negara. Kalau tidak, akan pincang kerana akan berlakulah nanti pihak yang mencuri tulang, mencuri masa. bersenget-senget hati, tekan-menekan, curiga-mencurigai dan lain-lain lagi.
Oleh itu untuk mengelakkan perkara-perkara negatif tersebut, agar keseluruhan ream itu merasakan seperti satu keluarga, maka hendaklah dicetuskan perkara-perkara seperti di bawah ini:
- Para pemimpin dan para pengurus atau ketua pejabat hendaklah sentiasa memberi kasih sayang dan kemesraan kepada orang-orang bawahannya.
- Semua anggota ream tadi hendaklah mengadakan perjumpaan, kalau boleh dua kali seminggu. Yang sebaik-baiknya jangan kurang daripada seminggu sekali. Pertemuan itu tidak semestinya diadakan di pejabat. Ia boleh dibuat dalam kenderaan atau sambil berkelah. Dalam perjumpaan ini, pemimpin atau pengurus tadi hendaklah selalu memberi motivasi dan didikan agar jiwa anggota team itu bertambah kuat dengan iman dan akal mereka bertambah subur dengan ilmu.
- Pelaksanaan motivasi dan pendidikan dalam pertemuan ini hendaklah jangan terlalu formal tetapi buatlah secara tidak formal laini tidak sekali-kali berbentuk menekan atau dalam keadaan terlalu serius. Tetapi jalankanlah secara natural atau bersahaja. Yang penting di sini ialah melahirkan kemesraan, ukhwah dan kasih sayang sesama petugas.
- Para pemimpin atau pemerintah atau pengarah atau pengurus mesti meminta pandangan mereka yang terlibat terus dalam bekerja atau yang berhubung kait dengan kerja dalam keputusan yang berkait dengan kerja mereka. Agar dengan itu pendapat-pendapat yang baik dari pengalaman mereka boleh diterima dan dilaksanakan.
- Berilah mereka peluang bertanya supaya segala kemusykilan mereka dapat dijawab dan dijelaskan dengan baik. Agar mereka dapat memahami dan merasai kenapa mereka berbuat sesuatu itu, iaitu sebagai satu kewajipan dari Allah untuk bertanggungjawab terhadap rakyat atau masyarakat.
- Kalau ada di kalangan mereka yang tersalah dan tersilap, hendaklah berbaik sangka terlebih dahulu. Kita anggaplah mereka terlupa atau tidak sengaja atau kurang memahami keadaan atau persoalan. Kemudian berilah nasihat secara umum dan boleh juga dipanggil bertemu secara empat mata dalam suasana penuh kasih sayang.
- Kalau ada yang benar-benar tersalah atau melakukan kesalahan dengan sengaja atau cuai, hendaklah diberi nasihat beberapa kali. Setelah tidak juga berubah sikap, tidak salah jika mereka itu dihukum untuk pengajaran sepadan dengan kesalahan mereka.
- Kalau ada di kalangan mereka yang bersungguh-sungguh bekerja dan melaksanakan kerjanya dengan cemerlang, hendaklah dikenang jasa mereka dengan cara memberi hadiah agar mereka terasa dihargai dan doakan mereka dengan berkata: "Jazakallahhu khaira."
- Hendaklah selalu bertanya hal antara satu sama lain. Bertanyalah khabar antara satu sama lain. Supaya kalau ada masalah dapat diselesaikan dan kalau ada kebaikan yang diperolehi dapat dikongsi kebaikan itu seperti dalam sebuah keluarga. Hubungan ini hendaklah berjalan mesra seperti hubungan anak dengan seorang ibu atau seorang ayah.
- Sekali-sekala eloklah ziarah-menziarahi supaya persaudaraan sentiasa subur. Dan dalam suasana persaudaraan itulah masing-masing akan berebut-rebut untuk bekerja. Dalam suasana seperti inilah hati masing-masing akan seronok, lapang dan saling bertukar-tukar hadiah.
- Walaupun setiap individu dalam team itu diberi gaji atau maasy, itu hanyalah untuk memenuhi tuntutan asasi atau keperluan hidup mereka sebagai manusia biasa. Tetapi apa yang lebih penting, masing-masing membuat kerja kerana Allah supaya mendapat pahala daripada-Nya, bukan kerana gaji atau maasy.
Beginilah ajaran Islam dalam mengendalikan urusan politik. Pemimpin atau pengarah atau pengurus ibarat ibu atau ayah dan seluruh anggota team pelaksana bertugas seperti adik-beradik. Setiap tugas dan kerja ditanggung dengan rasa bersama. Maka barulah lahir kerjasama. Kemudian sama-sama pula terasa terhibur di dalam membuat kerja.
Kalau begitulah bentuk pentadbiran yang baik dan yang sebenar, maka tentulah jauh bezanya berpolitik mengikut faham sekular seperti yang berlaku di seluruh dunia sekarang ini dengan pentadbiran (politik) menurut ajaran Islam.
No comments:
Post a Comment