Para peramal zaman dari berbagai bangsa, menggunakan berbagai bahasa serta berbagai cara, turut mem-benarkan apa yang Rasulullah SAW sabdakan perihal akhir zaman. Yakni akhir zaman adalah untuk Islam. Paling masyhur ialah peramal Yahudi, Nasrani dan peramal dari Jawa.
Siapa yang tidak tahu tentang ramalan Nostradamus (Yahudi Perancis) tentang tokoh penyelamat yang memakai serban biru {the man with the blue turban). Demikian juga seorang penulis Belanda. G.H. Brill dalam bukunya, The First Encyclopedia of Islam (1913), juga menceritakan tentang kebangkitan Islam di Timur oleh 'the standard bearer of Mahdi' (Pembawa panji-panji Mahdi). Dan dalam kitab orang Jawa yang terkenal iaitu Babad Jawa, ramalan oleh paranormal (nujum) tentang kedatangan Ratu Adil (Imam Mahdi) dan Satria Piningit (Putera Bani Tamim) yang akan memerintah Indonesia dan Nusantara dengan ajaran Islam mumi.
Biar saya salinkan di sini perkataan peramal Jawa itu, seperti yang disebutkan oleh Permadi SH, Ketua Yayasan Paranormal Indonesia:
Permadi SH, nama yang sudah tidak asing lagi di Indonesia. Beliau menyebut dengan jelas Satria Piningit, tokoh yang menghantar kepada Ratu Adil. Sebelumnya ada Satria Kinunjara dan Satria Mukti Wibawa.
"Satria Kinunjara, tokoh yang hidupnya banyak dalam penjara dan yang membebaskan Nusantara dari penjajahan." Itulah Soekarno. Beliau menyebut dengan terang dia (Satria Piningit) adalah pengkagum dan penyambung lidah Soekarno.
"Satria Mukti Wibawa, tokoh yang mengisi kemerdekaan dan berwibawa." Itulah Soeharto. Tetapi beliau menyebut di sini masih zaman edan, zaman kacau-bilau, keadilan belum tertegak sampailah datang Satria Piningit.
Satria Piningit, satria yang dipingit jati dirinya. Dia ada bagaikan tiada. Dikatakan tiada tetapi dia ada. Ertinya, dia dipelihara oleh Tuhan. Kehidupan di kelilingi oleh penzaliman seperti ulat yang mengerumuni seluruh tubuh.
Di satu pihak, ada watak baik Soekarno padanya. Di satu pihak yang lain, ada watak baik Soeharto padanya. Dia berani, lantang tetapi tenang dan berstrategi. Oleh itu beliau menyebut gabungan Soekarno dan Soeharto.
Kedatangannya menyatukan Malaysia dan Indonesia. Bahkan menyambung kejayaan mempersatukan Nusantara di bawah kerajaan Majapahit dahulu. Dahulu dengan Hindu-Buddha, sekarang Nusantara akan kembali bersatu di bawah satu payung iaitu Islam murni.
Dan beliau juga menyebut giliran ras Melayu tampil memimpin dunia. Api Islam itu akan muncul bermula di alam Melayu, terus menerangi seluruh dunia.
Tanda-tanda sudah sangat jelas dan sudah sangat dekat munculnya Satria Piningit. Dia akan muncul pada waktu yang diperlukan.
Mirip sekali ramalan beliau ini dengan apa yang diucapkan oleh peramal-peramal Yahudi, Nasrani serta penulis Belanda tadi. Sesungguhnya Allah SWT telah meratakan khabar gemilang perihal kebangkitan Islam akhir zaman kepada segenap bangsa dan bahasa. Hampir semua bangsa telah mendengarnya. Ia menjadi khabar gembira kepada umat Islam di dunia. Manakala pada yang memusuhi Islam, mereka sangat waspada dan dukacita.
Namun ia pasti terjadi. Allah SWT sendiri yang menjanjikannya disampaikan oleh lidah Rasul-Nya yang mulia. Maka ia pasti terjadi.
Mari kita tatap Hadis tersebut yang telah berumur lebih 1500 tahun. Melintasi perjalanan zaman yang panjang untuk diwariskan kepada umat akhir zaman. Bahawa Allah tidak melupakan hamba-Nya umat rasul yang akhir. Lalu dikirimkan berita dan Hadis yang besar serta sangat berharga. Inilah Hadisnya:
Maksudnya: Dari Abdullah bin Mas'ud, dia berkala: Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW tiba-tiba datang sekumpulan anak-anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terpandang akan mereka, maka kedua mata Rasulullah SAW berlinang air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, "Mengapa kami melihat pada wajahmu sesuatu yang tidak menyenangkan?"
Baginda menjawab. "Kami Ahlul Bait telah Allah SWT pilih untuk kami Akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang satu kaum dari sebelah Timur dengan membawa bersama-sama mereka panji-panji hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan akhirnya dibantu dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta tetapi mereka tidak menerimanya secara mutlak sehinggalah mereka menyerahkannya (daulah) kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana ia dipenuhi (sebelumnya) dengan kedurjanaan. Sesiapa di antara kamu yang mendapat berita mengenainya, maka datangilah mereka walaupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah Al Mahdi." (Riwayat Ibnu Majah)
Dalam Hadis lain:
Maksudnya: "Daripada Ibnu Umar bahawa Nabi SAW sambil memegang tangan Sayidina Ali k.w. baginda bersabda: "Akan keluar dari sulbi ini seorang pemuda yang akan memenuhi bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu ingin melihat demikian itu, hendaklah kamu bersama-sama Pemuda At Tamimi (Putera Bani Tamim). Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan dialah pemegang panji-panji Al Mahdi." (Riwayat At Tabrani)
Pada orang yang menganggap Hadis ini Hadis Dhaif, saya suka mengajaknya melihat apa yang sedang terjadi di Timur sejak awal kurun ke-15 Hijrah ini. Ya. kebangkitan Islam yang sedang melanda alam Melayu, yang kian mengembang dan membesar walaupun dihalang. Ini adalah satu fenomena aneh! Orang-orang Melayu menjadi pengamal Islam terbaik dan paling menonjol di dunia kini. Walaupun belum sempurna tetapi bukan rahsia lagi. Sedangkan Islam datang ke Nusantara lebih 700 tahun yang lalu, dibawa oleh saudagar-sau-dagar Arab. Tetapi mengapa baru kini, di zaman jahiliah kedua sedang mengganas di dunia, tiba-tiba Islam tumbuh subur di Timur, tidak mati-mati walaupun diracun?
Ya, zaman kebangkitan Islam kali pertama sedang beailang di akhir zaman di sebelah Timur dengan kehendak Allah kerana ianya sudah dijanjikan. Inilah dia akhir zaman yang dijanjikan. Allah berkuasa menjadikan bumi Timur sebagai tapak ummah kedua sepertimana Allah telah memilih Mekah dan Madinah sebagai tapak kebangkitan Islam kali pertama.
Rupa-rupanya akhir zaman yang dimaksudkan ialah sekitar kurun ke-15 Hijrah ini. Dan Timur yang dimaksudkan ialah Gugusan Kepulauan Melayu iaitu Malaysia, Indonesia dan sekitarnya. Kebangkitan di Malaysia nampaknya lebih menonjol. Berdasarkan Hadis tentangnya, disahkan pula oleh para peramal yang saya sebutkan di awal tadi, secara umum ceritanya adalah begini:
Di waktu Islam sedang musnah dan binasa di alam Melayu (Timur), bangunlah seorang manusia yang Allah janjikan untuk menyelamatkan kembali agama-Nya. Dia seorang yang berbangsa Quraisy dari Bani Tamim tetapi sudah nipis sekali kearabannya. Kerana seperti yang kita tahu, orang-orang Arab yang datang ke iirnur ini sudah berkahwin dengan orang ajam (bangsa selain Arab J, maka tidak pelik kalau Putera Bani Tamim itu sudah nipis Arabnya.
Rasulullah tidak menyebut salasilah tetapi banyak mem-perkatakan tentang ciri-ciri fizikal Putera Bani Tamim ini serta ciri-ciri perjuangan dan pengikutnya. Sebab itu untuk mencari Putera Bani Tamim yang dijanjikan itu, kita carilah ciri-ciri dan stail perjuangannya, bukan salasilahnya.
Dia berjuang mulanya tentu melalui kumpulan kecil tetapi kumpulan atau jemaah atau toifahnya kemudian membesar.
Sifat toifahnya mirip kepada jemaah Rasulullah kerana wanitanya berpakaian serba hitam seperti gagak-gagak hitam. Lelakinya berjubah serban. Pengikutnya sangat berpadu seolah-olah lahir dari satu ibu dan ayah. Cita-cita dan azam mereka kental dan besar. Kalau mereka hendak meratakan gunung sekalipun, dapat mereka lakukan. Rasulullah SAW dalam Hadis yang panjang menyebut malaikat Jibril a.s. sebagai berkata yang bermaksud:
"Maka Allah Azzawajalla mengumpulkan sahabatnya (Al Mahdi) sejumlah ahli perang Badar dan tentera Thalut iaitu 313 lelaki. Mereka bagaikan singa yang keluar dari hutan, hati mereka bagaikan besi waja, kalau mereka bercita-cita untuk mengubah gunung nescaya boleh dilakukannya. Gaya mereka adalah satu dan pakaian mereka juga satu, seolah-olah bapa mereka bapa yang satu." (Dipetik dari kitab Aqdud Durar fi Akhbar Al Muntazar tahun 1983 m.s. 95)
Dia (Putera Bani Tamim) meminta kebaikan dari penguasa negara di mana dia berjuang, tetapi tidak diberikan. Namun dia dan pengikut-pengikutnya terus berjuang hingga akhirnya berjaya negara itu diserahkan padanya. Ertinya toifah kecil itu telah membesar ke peringkat daulah Islamiah.
Terdapat juga Hadis yang menyebut Putera Bani Tamim juga diterima kepimpinannya di Khurasan. Hadis yang dikeluarkan oleh Al Hafiz Abu Nuaim berbunyi:
Maksudnya: Daripada Tsauban r.a., dia telah berkata, telah bersabda Rasulullah SAW: "Apabila kamu lihat panji-panji hitam telah diterima di sebelah Khurasan, maka datangilah ia sekalipun merangkak di atas salji. Kerana sesungguhnya padanya ada khalifah Allah iaitu Al Mahdi."
Dalam riwayat lain yang hampir sama mengatakan:
"Daripada Tsauban r.a., dia telah berkata, telah bersabda Rasulullah SAW: "Apabila kamu lihat panji-panji hitam datangnya dari sebelah Khurasan, maka datanglah kepadanya. Kerana sesungguhnya padanya ada Khalifah Allah iaitu Al Mahdi." (Riwayat Ahmad)
Khawariqul 'adah telah berlaku. Khurasan yang dulunya di bawah jajahan komunis Rusia telah merdeka dan gerakan Islam Timur sudah masuk ke sana. Hampir terjadilah Hadis tentangnya. Benarlah Rasul yang sifatnya benar lagi dibenarkan itu.
Apabila Putera Bani Tamim mendapat daulah, tidak lama selepas itu (dua tahun) zahirlah Imam Mahdi. Orang yang namanya, nama bapa dan nama ibunya sama seperti Rasulullah yakni namanya Muhammad bin Abdullah, ibunya Ami-nah. Tentang Imam Mahdi. Rasulullah mengaitkan dengan baginda dari segi hubungan darah. Maka faktor salasilah Imam Mahdi adalah penting, sebab ia disebutkan di dalam Hadis. Tidak sepertimana Putera Bani Tamim tadi, Rasulullah hanya menyebut tentang ciri-ciri fizikalnya.
Putera Bani Tamim kerana rapat dengan Imam Mahdi seperti rapatnya Nabi Harun dengan Nabi Musa, maka telah menyerahkan kuasa negaranya kepada Imam Mahdi. Peristiwa munculnya Imam Mahdi dan penyerahan panji-panji hitam oleh Putera Bani Tamim kepada Imam Mahdi, jelas disebut dalam Hadis. Dia muncul di Mekah, antara Hajar Aswad dan Maqam Ibrahim, terus mengisytiharkan dirinya sebagai Imam Mahdi. Sedangkan sebelum muncul Imam Mahdi, Putera Bani Tamim sudah lama menghebahkan tentang kelahirannya. Kerana Putera Bani Tamim itu sangat kenal tentang Imam Mahdi. Di sini baru kita tahu bahawa Imam Mahdi mesti didahului oleh Putera Bani Tamim. Jika tidak, dia adalah Al Mahdi palsu.
Penyerahan kuasa daulah kepada Imam Mahdi oleh Putera Bani Tamim dilakukan dengan penyerahan lambang kuasa iaitu panji-panji hitam. Ia adalah sebuah pedang yakni pedang keramat kepunyaan Rasulullah yang pernah dihadiahkan kepada Sayidina Ali iaitu pedang Zulfakar.
Apabila Imam Mahdi berkuasa, maka Islam akan berkembang ke seluruh dunia. Tetapi ramai lagi manusia yang belum Islam hingga turunnya Nabi Isa a.s. Dunia dan manusia seluruhnya akan masuk Islam. Terjadilah keamanan sejagat melalui pemimpin tiga serangkai:
- Putera Bani Tamim - memerintah hampir 2 tahun.
- Imam Mahdi - memerintah selama 40 tahun.
- Dengan rahmat Tuhan didatangkan Nabi Isa a.s. untuk mengesahkan Imam Mahdi agar semua manusia masuk Islam. Ini kerana Nabi Isa a.s. tidak ada orang boleh mempertikaikan. Jadi bila Nabi Isa menerima Imam Mahdi, semua manusia masuk Islam maka selamatlah manusia daripada api Neraka. Itulah dikatakan rahmat Tuhan kepada seluruh manusia.
Peperangan secara tradisional berlaku enam kali di zaman Imam Mahdi. Kesemuanya diundang oleh penguasa-penguasa dunia yang zalim dari Eropah dan Timur Tengah. Lima kali Islam menang dan satu kali kalah. Namun peperangan ini bukan seperti Perang Teluk, yang memusnahkan manusia, bangunan, ternakan dan bumi yang tidak terlibat. Ia hanya membabitkan orang yang berkaitan, seperti perang di zaman Nabi SAW dahulu.
Sejarah pasti berulang. Kita beruntung kerana dengan kasih sayang Allah, diberitahu apa-apa yang bakal terjadi. Bolehlah kita bersiap sedia. Seperti juga peristiwa selepas mati, di alam Barzakh, di Padang Mahsyar, di Syurga, Neraka dan lain-lain lagi, semuanya Allah sudah ceritakan. Supaya kita tidak menyesal nanti. Beruntunglah orang yang direzekikan dengan iman kepada yang ghaib ini. Rugi besarlah orang yang mengingkarinya.
Kebangkitan Islam kali kedua ini tentunya tidak melalui proses dan sistem politik pilihan raya yang ada ini. Kerana
Islam ada jalannya sendiri. Rasulullah memilih jalan lain dari jalan-jalan yang ada di zamannya untuk membawa Islam naik. Yakni melalui dakwah, tarbiah, menggunakan wahyu dan Hadis. Dan pendekatan kasih sayang. Bilamana hati dan fi-kiran manusia diproses dengan ilmu wahyu yang agung itu, terjadilah perubahan fikiran, jiwa dan sosial yang merata, yang membawa kepada terbentuknya daulah Islamiah dan terus kepada empayar Islam.
Putera Bani Tamim juga mengikut jejak perjuangan Rasulullah. Kerana dia pemimpin yang ditunjuk oleh Hadis. Dia dijamin diberi bantuan ilmu ilham, dijamin rezekinya, dan diberi keramat atau power yang boleh menghidupkan kembali agama yang sudah rosak binasa ini. Sehingga beliau dapat menegakkan pemerintahan Islam tulen. Putera Bani Tamim. kerana dia dijanjikan, maka dia pasti dapat menegakkan daulah Islamiah tulen mirip salafussoleh, kerana adanya bantuan Allah. Tanpa bantuan-bantuan istimewa dari Allah, pemimpin Islam yang tidak dijanjikan tentu tidak dapat mencipta kejayaan seperti pemimpin yang dijanjikan.
Soalnya, bagaimana Putera Bani Tamim boleh dapat negara tanpa merebutnya melalui pilihan raya? Bahkan bukan pula menjadi cita-citanya?
Oleh kerana janji Allah, maka walaupun Putera Bani Tamim tidak mahu kuasa negara, yakni tidak mengusahakannya, namun Allah pasti berikan. Hal ini terbukti berlaku kepada mujaddid pertama Khalifah Umar Abdul Aziz, yang mana beliau tidak mahu kuasa ineinei Ultah, lapi Allah berikan juga dan beliau terpaksa menerimanya. Allah boleh lakukan dengan apa cara sekalipun, yang tidak terduga oleh akal biasa, untuk menarik dan memberi kuasa kepada siapa yang di-kehendaki-Nya. Lihat firman-Nya dalam surah Ali Imran:
Maksudnya: "Katakanlah: Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan. Engkau berikan kerajaan pada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki. Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu." (Ali Imran: 26)
Sedangkan perihal Putera Bani Tamim akan dapat mengislamkan daulah serta Nusantara dan akan diteruskan pula oleh Imam Mahdi dan Nabi Isa untuk Islamkan dunia adalah cerita masyhur, disebut oleh manusia dari berbagai bangsa di dunia. Ia merupakan janji istimewa dari Allah dan Rasul untuk umat akhir zaman, tentunya ia cukup mudah untuk berlaku.
Soalnya siapakah Putera Bani Tamim itu? Dan siapa Imam Mahdi?
Untuk mengetahuinya, marilah sama-sama kita tunggu dan lihat, siapa pemimpin Islam di Timur ini yang dapat menguasai sebuah negara di mana-mana negara di kawasan tersebut untuk dijalankan politik dan pemerintahan Islam tulen dengan aman damai. Bilamana terjadi nanti, di sekitar awal kurun ke-15 Hijrah ini, maka orang itulah Putera Bani Tamim. Dan kepada siapa diserahkan kuasa itu kemudiannya, maka orang itulah Imam Mahdi.
Mari kita berdoa ke hadrat Allah supaya janji-Nya itu berlaku untuk kita. Supaya kerinduan kita untuk hidup dalam negara Islam sepertimana para Sahabat dan orang-orang soleh dahulu tercapai.
Awal kurun Hijrah masih ada. Semua pemimpin Islam di Timur boleh mencuba melayakkan diri menjadi Putera Bani Tamim. Janji Allah mesti disambut dan direbut kalau kita mahu jadi hamba yang taat.
Contohilah Sahabat Nabi yang berlumba-lumba merebut janji Allah untuk menjadi ketua tentera yang baik, yang dapat
menawan kota Konstantinopel dari tangan Kristian. Mereka tidak diberitahu siapakah orangnya yang dikatakan ketua yang baik itu. Jadi mereka ingin merebutnya termasuklah Sayidina Abu Ayub Al Ansari yang umurnya sudah 90 tahun lebih, turut menuju ke kota Kristian itu. Kerana dia bukanlah orang yang dijanjikan itu. maka Sahabat itu syahid di tepi benteng kota tersebut. Mereka pun tidak berkecil hati kalau tidak jadi. Yang penting mereka merebut pahala yang Allah janjikan.
Rupa-rupanya orang yang dapat mengislamkan Konstantinopel ialah Muhammad Al Fateh. Maka itulah dia orang yang Rasulullah sabdakan ketua tentera yang baik. Rupa-rupanya ia terjadi 600 tahun sesudah tarikh ia disabdakan. Sahabat dan orang beriman sangat yakin dengan perkataan Rasulullah. Mereka tidak ragu atau tawar hati walaupun dicuba berkali-kali dan gagal. Mereka bukannya ragu bahkan makin ghairah mencari formula dan rahsianya. Orang yang ragu dengan janji Allah adalah orang yang lemah keyakinannya kepada kuasa Allah. Hatinya tidak cukup kuat untuk meyakini perkataan Allah. Teruji sedikit mudah bergoyang keyakinan. Sedangkan hati yang bersih dan kuat. ujian bukan menggoncang keyakinan, bahkan menguatkan keyakinan dan azamnya.
Segala apa yang saya tuliskan dalam bab ini adalah keyakinan saya. Kalau ada pembaca yang ragu tentang kebenarannya, saya harap bersaharlah untuk menunggu bersama saya. Yakni menunggu terjadinya daulah Islamiah tanpa melalui pilihan raya oleh Putera Bani Tamim. Sekiranya ia tidak terjadi dalam tempoh itu. barulah saudara boleh menyatakan ketidakyakinan anda dan mengisytiharkan kesilapan saya.
Kepada pemimpin Islam yang memperjuangkan Islam melalui pilihan raya, saya minta maaf kerana menyatakan jalan mereka itu bukan caranya untuk menjadi calon Putera Bani Tamim. Walau bagaimanapun saudara dan saya boleh mencuba dan sama-samalah kita menunggu hasilnya. Kiranya
Allah takdirkan kita orangnya, bersyukurlah. Kiranya orang lain, kita terima dan relalah untuk bersamanya. Jangan ber-kecil hati atau hasad dengki. Sebagai hamba Allah, kita tidak mempunyai Tuhan lain selain Allah dan kita juga tidak mempunyai bumi lain untuk dihuni. Maka kita redhalah dengan keputusan Allah. Moga-moga Allah redha dengan kita.
No comments:
Post a Comment