Ibnu Mas’ud meriwayatkan bahawa :
Kami mendatangi Rasulullah SAW dan baginda keluar dengan membawa berita gembira, dan kegembiraan itu terbayang pada wajahnya. Kami bertanya kepada baginda perkara yang menggembirakan itu dan kami tidak sabar untuk mendengarnya.
Tiba-tiba datanglah sekumpulan anak-anak muda Bani Hasyim yang di antaranya adalah ai-Hasan dan al Husain RA. Apabila terpandangkan mereka, tiba-tiba kedua-dua mata baginda berlinangan lalu kami pun bertanya,
“Wahai Rasulullah, kami melihat sesuatu yang kami tidak sukai pada wajahmu.”
Baginda menjawab, “Kami Ahlulbait, telah Allah pilih akhirat kami lebih dari dunia kami. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak
sehingga datanglah ‘Panji-panji Hitam dari Timur.
Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya.
Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya
Maka mereka pun berjuang dan memperoleh kejayaan.
Sesiapa di antara kamu atau keturunan kamu yang hidup pada masa itu, datangilah Imam yang dari ahli keluargaku walau terpaksa merangkak di atas salji. Sungguh, mereka adalah pembawa Panji-panji yang mendapat hidayah.
Mereka akan menyerahkannya kepada seorang lelaki dari ahli keluargaku yang namanya seperti namaku, dan nama bapanya seperti nama bapaku. Dia akan memenuhkan dunia ini dengan keadilan dan kesaksamaan. “
(Abu Daud, At-Tarmizi, Al-Bakim, Ibnu Hibban, Ibnu Majah, Abus
Syeikh, Ibnu Adi, Abu Dhabi, Ibnu Asakir & Abu Nuaim)
Rasulullah SAW menyebutkan bahawa golongan Ahlulbait akan mendapat dua ujian iaitu pertama, bencana dibunuh dan ditekan oleh pemerintah-pemerintah mereka, dan yang kedua ialah disingkirkan dari tanah air mereka.
Ujian pertama, sudah berlaku sejak awal Islam lagi, dimulai dengan terbunuhnya Sayidina Husain RA di padang Karbala dan seterusnya hinggalah berakhir zaman pemerintahan Bani Abbasiyyah di Baghdad.
Yang kedua iaitu disingkir dari tanah air mereka juga berlaku iaitu sejak Bani Saud mengambil alih kekuasaan di seluruh Hijaz dan sebahagian besar Semenanjung Tanah Arab,
SEDIKIT PENERANGAN HADIS MENGENAI PANJI-PANJI HITAM :-
They will ask for the truth
but they will not be given it,
so they will ask again for it,
and they will not be given it ,
so they will fight and be given victory
Mereka Meminta Kebaikan
Maksudnya mereka menyeru manusia kembali kepada ajaran Islam yang sebenar, iaitu Islam yang diasaskan pada tiga ilmu yang fardhu [tauhid, fekah dan tasawuf] sehingga manusia menjadi baik zahir dan batinnya. Dari sini beliau mendirikan sebuah kerajaan dalam kerajaan, iaitu kerajaan Islam bayangan. Islam mereka adalah Islam praktikal, bukan Islam teori.Maksudnya ialah Islam yang hidup dalam dunia nyata, bukan sekadar Islam tempel atau Islam kulit. Islam itu adalah Islam yang menyeimbangkan antara syariat zahir dengan syariat batin, melalui rasa berTuhan yang tinggi. Juga Islam yang menyeimbangkan antara keperluan dunia dengan keutamaan akhirat.
Maksudnya setiap yang mereka buat adalah untuk akhirat, tetapi dunia yang tidak sia-sia tetap dibuat, dengan niat untuk akhirat. Tamadun akhirat menjadi keutamaan bagi dan sebagai hasilnya tamadun dunia akan terbina dengan sendirinya tanpa perlu bersusah-susah memikirkan mengenainya.
Itulah sebahagian kecil erti mereka meminta kebaikan seperti yang disebutkan oleh hadis Nabi SAW.
—————————————————————————————–
Tidak diberikan- ‘nya’
Di sini menunjukkan seorang atau sekumpulan orang, tidak melibatkan orang lain atau pihak lain. Dan NYA yang dimaksudkan bukanlah orang atau sekumpulan orang yang biasa, melainkan orang atau orang-orang yang mempunyai kuasa atau ilmu atau cantuman kedua-duanya sekali.
Jika orang biasa, mustahil mereka dapat menghalang usaha dakwah yang memang sentiasa mampu menarik manusia kembali kepada ajaran Islam sebenar itu.
Maka orang inilah atau kumpulan inilah yang berusaha keras menentang usaha-usaha dakwah mereka, sehingga mereka sanggup menyeksa dan memperlakukannya sedemikian kejam sedangkan mereka sendiri tiada bukti dan alasan untuk memperlakukannya demikian.
Namun, itulah kehendak Allah SWT seperti yang tersurat di dalam takdirNya. Dan hal ini memang telah pun berlaku dan sekali gus membenarkan apa yang disabdakan oleh baginda SAW.
Mereka ini pula datang dengan berbagai-bagai rupa dan cara. Ada yang berbentuk pemerintah sebenar, yang menggunakan kaedah kuku besi untuk menindas perjuangan suci ini.
Ada yang berupa orang baik lagi bersih tetapi mendalangi perbuatannya pada orang lain, iaitu berselindung di balik nama orang lain. Dialah dalang sebenar dan terbesar, kerana ada niat tersembunyi dan besar.
Ada yang berupa orang alim dalam hal ehwal agama, iaitu menggunakan agama sebagai alat untuk membunuh usaha dakwah berkenaan. Ada yang berupa pihak penyampai, iaitu menggunakan media mereka sebagai alat untuk menabur fitnah dan berita bohong mengenai keburukan mereka dan perjuangannya itu.
—————————————————————————————-
Mereka pun berjuang.
Berjuang di sini bukan bermaksud berjuang dengan pedang atau senjata moden yang lain. Islam tidak akan dapat ditegakkan oleh sesiapa pun dengan menggunakan senjata pedang semata-mata.
Belum pernah lagi terjadi dalam sejarah, ajaran Islam dapat ditegakkan semata- mata dengan pedang, iaitu memaksa-maksa orang lain menerima. Sebenarnya ada senjata yang lebih berkuasa dan lebih tajam dari pedang iaitu dakwah yang berhikmah dan bi lisanul hal.
Maksud berjuang adalah berjuang memperbaiki diri dan ibadat kepada Allah SWT, berusaha bersungguh-sungguh meninggalkan setiap yang boleh mendatangkan dosa sehingga menghijab hubungan antara mereka dengan Allah. Mereka takut dikeranakan dosa mereka itu, perjuangan mereka tidak dibantu oleh Allah lalu mereka Allah biar dikalahkan oleh musuh mereka.
——————————————————————————————
Mereka memperoleh kejayaan.
Hasil mujahadah nafsu dan muhasabah diri mereka itu, Allah berkenan membantu mereka sehingga perjuangan itu berjaya. Berjaya di sini dimaksudkan dengan berjaya mengalahkan nafsu jahat mereka sendiri sehingga nafsu mereka dapat ditundukkan kepada Allah, berjaya mencapai taraf soleh dan solehah, sangat berjaya dalam setiap bidang yang diceburi, berjaya membina tamadun mereka yang tersendiri, dan berjaya mengajak masyarakat kembali kepada Allah dan mengamalkan ajaran agama Islam yang sebaiknya dalam diri masing-masing.
Dalil Al Quran
Dan Allah telah menjanjikan kepada orang2 beriman
di antara kamu dan yg mengerjakan amal soleh,
bahawa mereka sesungguhnya akan dijadikan khalifah yg berkuasa di muka bumi ini
sebagaimana telah dijadikan khalifah orang-orang sebelum mereka,
dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhaiNya
untuk mereka, dan dia benar-benar akan menukar [keadaan] mereka, sesudah
mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentiasa’
An Nur: 55
source : Heliconia
No comments:
Post a Comment