Pemerintahan Islam yang sebenar yang menepati kehendak-kehendak Al Quran dan Hadis hanya berlaku pada beberapa orang sahaja dalam sejarah. Itu pun berlakunya tidaklah lama, sekitar beberapa tahun sahaja. Memang demikianlah sunnatullah bahawa kebenaran yang tulen itu tidak panjang umurnya. Bak bunga asli. tidak lama kembangnya dan cepat layu. Tetapi bagi bunga plastik, ia tahan lama.
Aliah lakukan sekali-sekala pemerintahan contoh supaya manusia dapat buat perbandingan antara pemerintah-pemerintah yang hak dan yang batil. Supaya manusia tahu erti kebatilan dan kebenaran. Supaya manusia akui kelemahannya dan sedar akan kehebatan Tuhannya.
Pemerintah Islam contoh itu hakikatnya pemerintahan dari Allah. Allah sendiri campur tangan secara langsung dalam urusan-urusan pemerintahan tersebut. Mula mula Allah lahirkan wakil-Nya, yakni seorang manusia, kemudian Allah beri ilmu-Nya. Allah tanggung rezekinya, Allah jadualkan langkah-langkah perjuangannya, Allah perdayakan musuh-musuhnya, Allah jayakan segala-galanya. Hinggalah akhirnya lahirlah satu bentuk kehidupan yang aman, makmur dan mendapat keampunan Allah.
Inilah yang berlaku kepada Rasulullah SAW, yang kemudiannya disambung oleh Khulafaur Rasyidin - Sayidina Abu Bakar As Siddiq, Sayidina Umar Al Khattab, Sayidina Usman ibnu Affan dan Sayidina Ali bin Abi Talib. Pemerintahan mereka ini hanya mengambil masa lebih kurang 30 tahun sahaja iaitu di awal-awal tahun Hijrah. Hinggalah di tahun 100 Hijrah atau awal kurun kedua, lahir pula Khalifah Umar Abdul Aziz, diikuti 100 tahun selepas itu dengan lahirnya Imam Syafie sebagai mujaddid kurun ketiga dan ketua toifah untuk zamannya.
Demikianlah seterusnya 600 tahun kemudian, muncul Muhammad Al Fateh yang membebaskan Konstantinopel sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah. Tetapi sebelum itu telah lahir Salahuddin Al Ayubi yang menawan kembali Baitul Maqdis. Semua mereka ini membawa pemerintahan contoh bertaraf ummah dan toifah, terutamanya Rasulullah SAW. Baginda betul-betul mewakili Allah untuk memimpin manusia kepada kebenaran. Hingga terbentuklah di tangan baginda sebuah masyarakat dan kerajaan kecil Islam, tepat seperti yang Allah mahukan. Hakikatnya itulah dia kerajaan yang Allah sendiri bentuk sebagai satu-satunya negara dan masyarakat terbaik untuk dicontohi dan ditiru oleh setiap pemimpin Islam di dunia.
Bila Rasulullah wafat ertinya selesailah tugasnya memimpin dan memerintah umat. Sayidina Abu Bakar menyambung tugas-tugas tersebut. Sayidina Umar Al Khattab turut meniru kerja-kerja Rasulullah di zaman pemerintahannya. Demikianlah seterusnya hingga kerajaan Islam yang adil dan baik itu tidak dapat ditiru lagi oleh pemerintah-pemerintah Islam selepas Khulafaur Rasyidin itu. Generasi selepas Sayidina Ali tidak mempunyai kelayakan dan syarat-syarat untuk menegakkan pemerintahan yang adil. Hinggalah Allah lahirkan seorang pemimpin di setiap awal 100 tahun (setiap awal kurun) yang bertaraf mujaddid.
Rasulullah bersabda:
Maksudnya: Dari Abi Hurairah. bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Allah akan mengutuskan di setiap awal kurun (setiap 100 tahun) seorang mujaddid yang akan memperbaharui agama-Nya." (Riwayat Abu Daud)
Dengan cara-cara yang sesuai untuk mujaddid, Allah sendiri mendidik dan menjaganya, memberi rezeki dan ilmu serta kecerdikan dan lain-lain lagi hingga berulanglah satu pemerintahan yang benar-benar adil, di tangan para mujaddid itu. Mereka dapat menepati kehendak Al Quran dan Sunnah Ra-sul-Nya di zaman mereka. Sebenarnya apa yang mereka bawa betul-betul pembaharuan yang memeranjatkan orang sezamannya. Sebab apa yang diperjuangkannya tidak siapa pun terduga dan terfikir untuk berbuat sebagaimana yang dibuatnya. Kerana mujaddid itu sebenarnya orang yang Allah janjikan. Hadis di atas itulah hujah kepada kenyataan ini: Mujaddid adalah pemimpin yang dijanjikan.
Selain mujaddid, belum pernah diceritakan adanya individu yang berjaya menegakkan pemerintahan yang adil atau menjadi pemimpin yang baik. Memang mereka ingin berlaku adil dan menjadi pemimpin yang baik. Tetapi kerana halangan, ujian dan masalahnya cukup banyak dan besar, tidak ada yang tahan kecuali orang-orang Allah saja.
Saya sebutkan ini bukan bermaksud untuk melemahkan semangat pejuang-pejuang Islam yang berjuang menegakkan Islam. Tidak sekali-kali, kerana memang berjuang itu tuntutan agama. Siapa yang melakukannya sangat besar pahalanva. Terbunuh kerananya, syahid. Saya berkata demikian kerana melihatkan pejuang-pejuang Islam di dunia hari ini, cita-cita mereka begitu besar, sedangkan kemampuan dan potensi mereka kecil sahaja. Mereka bercakap tentang persoalan sejagat dan negara Islam sedangkan diri, keluarga dan jemaah atau parti atau harakah sendiri, tidaklah semampu mana pun. Pengikut diajak berangan-angan besar. Sedangkan usaha, pengorbanan, tenaga, perpaduan dan jiwa lemah sekali. Jadilah pejuang-pejuang Islam itu seperti Mat Jenin. Hingga perjuangan Islam yang dilaung-laungkan dianggap perkara lucu
oleh para pemerhati, dengan pendukungnya tidak disegani kerana jelas tidak ada wibawa.
Para mujaddid, pemimpin yang Allah lantik itu, mereka bukannya meminta kuasa memerintah dan tidak juga merebutnya. Sebab mereka tahu tugas memimpin itu tidak boleh direbut-rebutkan. Bahkan bagi mereka, dapat menasihati pemerintah pun sudah cukup baik. Dalam keadaan mereka takut dengan kuasa itu, masyarakat sangat inginkan kepim-pinan dari mereka. Maka dengan kuasa Allah, Allah pun serahkan kuasa pemerintahan itu kepada mereka. Puncanya, orang ramai tertarik dengan kepimpinan mereka. Lalu mereka pun mendapat ramai pengikut. Jemaah mereka menjadi begitu berwibawa, kepimpinan mereka sangat dikagumi. Dalam keadaan demikian, walaupun mereka tidak meminta kuasa memerintah, namun Allah serahkan juga pada mereka. Kalau tidak bertaraf negara setidak-tidaknya bertaraf jemaah.
Demikianlah halnya pemerintahan yang adil atau pemimpin yang baik. Selain ini, pemimpin yang naik melalui demokrasi dan pilihan raya, umumnya tidak mampu berlaku adil atau tidak mampu memimpin secara baik, walaupun keinginannya begitu besar sekali ke arah itu. Kerana itulah saya peringatkan tadi, supaya pejuang-pejuang Islam jangan berangan-angan. Kalau kita rasa kita bukan orang yang dijanjikan Allah, rasanya cukuplah kita berjuang secara kecil-kecilan sahaja. Baiki diri, keluarga dan masyarakat serta jemaah dengan sungguh-sungguh. Kalau usaha itu berjaya, itu pun sudah cukup besar rasanva. Apa ertinva kita memerintah negara tetapi Islam tidak pun tertegak oleh kita? Orang hilang kepercayaan dengan kita. Lebih baik kita jadi penasihat kepada pemerintah, itulah yang lebih bijak rasanya.
Hal inilah yang dibuat oleh Imam Syafie. Ketika dia ditawarkan untuk memerintah, ditolaknya. Demikian juga Imam Ahmad, menolak tawaran memerintah. Mereka tidak mahu memerintah tetapi tetap menasihati pemerintah agar berlaku adil. Sebab orang yang bertaqwa itu, amat takut dengan Allah dalam urusan memimpin ini. Yang jelas, mereka tidak merebutkannya.
Hendak berlaku adil dalam pemerintahan bukanlah mudah. Sedangkan pemerintah yang tidak adil, tidak dapat lepas dari Neraka. Dalam pengalaman dunia, hanya beberapa orang sahaja pemerintah yang adil, yakni yang layak untuk ke Syurga. Selain mereka, semuanya ke Neraka. Apakah anda suka kiranya jawatan memerintah itu membukakan pintu Neraka untuk anda? Tidak, bukan? Sebab itu, takutlah pada Allah kiranya anda tercalon untuk jadi pemimpin. Sebab umumnya pemimpin gagal dalam tugasnya. Terlalu sedikit yang berjaya.
Memimpin sebenarnya kerja yang sangat berat dan sulit. Ia tidak munasabah untuk dijadikan rebutan. Kalau ada orang yang boleh berbuat lebih baik dari kita, kita bersyukur sepatutnya. Umpamanya, apakah kita mahu berebut untuk panjat pokok kelapa? Tentu tidak, bukan? Kalaulah ada orang lain boleh buat, kita rasa lega, bukan? Demikianlah, menjadi pemimpin yang adil, hakikatnya jauh lebih susah dari kerja memanjat pokok kelapa. Apa pendapat anda?
Berikut saya paparkan beberapa contoh pemerintahan yang adil yang amat sulit dan berat untuk dijayakan. Moga-moga kita dapat menirunya, kalau betul-betul kita mahu memimpin umat ini.
Sayidina Abu Bakar As Siddiq Setelah Menjadi Khalifah
- Di satu ketika Sayidina Abu Bakar menghampiri Usamah yang telah dilantik menjadi panglima perang. Usamah yang sedang menunggang kuda merasa malu dan bermaksud hendak turun sambil mempersilakan khalifah untuk naik, tetapi ditahan oleh Sayidina Abu Bakar dengan isyarat tangannya, sambil katanya: "Demi Allah, kamu tidak boleh turun, dan saya tidak akan naik. Dan apa salahnya bila kaki saya berdebu agak sebentar demi jihad di jalan Allah."
- Buat pertama kali setelah menjadi khalifah, Sayidina Abu Bakar menaiki mimbar dan hanya menaiki dua anak tangga sahaja dan tidak membolehkan dirinya untuk men-
duduki tempat yang biasa diduduki oleh Rasulullah. Dia berucap: "Wahai kaum muslimin, saya telah diangkat sebagai pemimpin kamu, tetapi itu tidak bererti bahawa saya adalah yang terbaik di antara kamu. Maka jika saya benar, bantulah dan jika saya salah, betulkanlah.
"Ingatlah, orang yang lemah di antara kamu menjadi kuat di sisiku, hingga aku ambil yang bukan haknya dari-padaku. Taatilah aku selama aku mentaati Allah dan Rasul-Nya. Dan jika aku tidak taat, maka tidak ada keharusan bagi kamu untuk mentaatiku." - Sayidina Abu Bakar tidak pernah mengharapkan jawatan sebagai khalifah. Ketika bersendirian, dia pernah berkata: "Demi Allah, tidak pernah saya mengimpikan menjadi pemimpin umat, walau hanya sehari atau semalam pun! Dan tak pernah pula saya memintanya kepada Allah baik secara sembunyi-sembunyi mahupun terang-terangan. Dan kalau tidaklah dengan meninggalkan jawatan itu bererti lari meninggalkan tanggungjawab terhadap agama dan keimanan, tentulah saya akan lari ke mana dibawa kaki."
- Pernah suatu hari Sayidina Umar memasuki rumah Sayidina Abu Bakar dan mendapatinya sedang menangis. Apabila terlihat Sayidina Umar, Sayidina Abu Bakar terus merangkulnya dan berkata: "Wahai Umar, saya tidak memerlukan jawatan khalifah."
Lantas Sayidina Umai i.a. memotong kata-katanya dengan berkata: "Ke mana lagi tempat lari? Kerana demi Allah, kami tidak akan memberhentikan anda dan tidak pula hendak meminta anda supaya berhenti!" - Sara hidup yang diperolehi oleh Sayidina Abu Bakar ialah sebanyak setengah ekor biri-biri setiap hari dan wang sebanyak 250 dinar setahun, kemudian dinaikkan seekor biri-biri setiap hari dan 300 dinar setahun sahaja.
- Sayidina Abu Bakar berwasiat kepada Aisyah r.ha. supaya mengembalikan lebihan hartanya kepada kaum muslimin semenjak beliau menjadi khalifah. Setelah dia meninggal dunia, Aisyah membawa harta peninggalan bapanya kepada Sayidina Umar. Bila melihatnya Sayidina Umar menangis teresak-esak sambil berkata: "Semoga Allah memberi Abu Bakar rahmat. Sesungguhnya, dia telah memberatkan orang-orang yang di belakangnya."
Harta peninggalan Sayidina Abu Bakar ialah seekor keledai untuk mengangkat air, sebuah tong besar, tempat memerah susu dan sehelai baju yang dipakai untuk menerima perutusan. - Dia tidak pernah merasakan dirinya lebih baik dari orang lain. Selalu dia menyuarakan doa Rasulullah sambil memegang jantungnya dengan tangan kanannya: "Wahai Zat yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku dalam agama-Mu."
- Dia sentiasa khuatir tentang nasib dirinya. Katanya sambil menangis: "Wahai kiranya nasib, kenapa saya tidak menjadi pohon kayu yang ditebang saja."
- Sebelum menjadi khalifah, Sayidina Abu Bakar selalu membantu wanita-wanita tua, janda-janda dan balu-balu miskin dan anak-anak yatim yang tinggal di lorong-lorong. Dia biasa mengunjungi mereka, memerahkan susu kambing dan memasakkan makanan untuk mereka.
Pada suatu hari, setelah menjadi khalifah, diketuknya pintu salah sebuah rumah, lalu dibuka oleh seorang anak gadis kecil. Gadis kecil itu pun berkata pada ibunya, "Pemerah susu kita, wahai ibu."
Bila melihat Sayidina Abu Bakar, ibunya berkata kepada puterinya dengan rasa malu. "Hai dungu, kenapa tidak menyebut khalifah Rasulullah."
Sayidina Abu Bakar tersenyum lalu berkata, "Biar, tidak mengapa. Sungguh dia telah memanggil nama saya dengan pekerjaan yang paling saya sukai terhadap Allah." - Sayidina Abu Bakar adalah seorang yang amat pemalu jika dipuji dan disanjung dan beliau selalu mengulangi
doa: "Ya Allah, jadikanlah diriku lebih baik dari apa yang mereka sangka. Dan berilah keampunan bagiku mengenai apa yang tidak diketahui mereka. Dan janganlah engkau bertindak ke atasku disebabkan ucapan mereka."
Sayidina Umar Al Khattab Setelah Menjadi Khalifah
- Sayidina Umar setelah menjadi khalifah sangat mengambil berat urusan manusia hingga beliau tidak berupaya tidur di waktu malam. Malah di waktu bersembahyang malam, hatinya tidak dapat menumpukan kepada sembahyang kerana fikirannya diganggu oleh urusan manusia, kemudian dia pun menangis.
- Setiap hari selepas sembahyang Subuh, beliau duduk memikirkan urusan manusia serta membahagi-bahagikan rampasan perang (ghanimah) kepada orang-orang yang berhak. Iaitu rampasan perang yang disampaikan kepadanya oleh ketua-ketua tentera yang menawan negara-negara musuh.
- Beliau sentiasa bergaul dengan manusia. Walau ke mana sahaja, beliau sentiasa membawa tongkat kecil di tangannya. Sesiapa yang bersalah dipukul dengan tongkatnya.
- Setiap pagi apabila harta sampai kepadanya, beliau sentiasa berfikir kepada siapa yang hendak diberikan harta itu.
- Sayidina Umar tidak memberi zakat kepada mualaf kerana ijtihadnya, Islam telah kuat, berwibawa dan tidak berhajat mengambil hati seseorang.
- Pernah Sayidina Umar duduk di hadapan harta yang banyak dan rampasan yang amat besar sekali. Kemudian beliau menyuruh sebahagian Sahabat mengiranya. Selepas itu beliau mengisytiharkan dasarnya dalam membahagi-bahagikan harta. Ucapannya kepada orang ramai:
"Demi Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia, tiada seorang pun di kalangan manusia melainkan baginya ada hak atas harta ini. Tiada seorang pun yang lebih berhak daripada seorang yans lain dan jua saya juga tidak berhak, melainkan saya samalah seperti salah seorang daripada mereka."
- Waktu siang beliau mengelilingi pasar Madinah untuk memerhati keadaan rakyatnya. Di waktu malam beliau berjalan-jalan keluar untuk mengesan keperluan rakyat dan di tangan kanannya ada tongkat.
- Beliau pernah melihat seekor unta yang gemuk lagi cantik lantas beliau bertanya, "Unta siapa ini?"
Mereka menjawab, "Itu unta Abdullah bin Umar (Ibnu Umar)."
Lantas Sayidina Umar mengutuskan seseorang untuk memanggil Abdullah. Setelah hadir, Umar berkata, "Bertuah engkau wahai anak Amirul Mukminin. Unta apa ini?"
Abdullah menjawab, "Aku membeli dengan duitku sendiri. Aku buat berniaga dan aku melakukan apa yang dikehendaki oleh kaum muslimin."
Beliau berkata, "Orang yang melihat akan berkata jagalah ia kerana ia unta anak Amirul Mukminin. Berilah minum ia kerana ia unta anak Amirul Mukminin. Begitulah menjadikan unta engkau gemuk dan bertambah subur. Keuntungan yang engkau peroleh dari unta atas nama Amirul Mukminin. Wahai Abdullah ibnu Umar, jual unta ini, ambillah modal engkau membelinya dan untungnya kau beri ke baitulmal "
- Sayidina Umar pernah memanggil anggota keluarganya, kemudian berucap, "Manusia semua melihat kepada kamu sepertimana burung melihat kepada daging. Apabila kamu melakukan sesuatu, mereka melakukan. Jika kamu awas, mereka juga awas. Sesungguhnya demi Allah, tiada seorang pun dari kalangan kamu yang melakukan apa yang aku larang manusia melakukannya melainkan aku akan azab berganda-ganda kerana kedudukannya sebagai keluargaku."
- Seorang Arab Badwi pernah berkata kepadanya, "Ya Umar! Bertaqwalah kepada Allah!" Lantas seorang yang ada di majlis itu berkata, "Orang yang macam engkau hendak berkata kepada Amirul Mukminin, bertaqwalah kepada Allah?"
Lantas Sayidina Umar berkata: "Biarlah dia berkata, maka tidak ada kebaikan bagi kamu yang tidak mengucapkannya, tidak ada kebaikan bagi kami pula kalau tidak mahu mendengarnya. Biarkanlah dia ucapkan kepada aku, maka inilah sebaik-baik apa yang diucapkan."
- Sayidina Umar pernah melihat penjual susu menipu di sebuah pasar, lantas Sayidina Umar memukulnya, kemudian mengugut untuk memenjarakannya. Selepas itu, susu itu dibagi-bagikan kepada fakir miskin dan beliau memberi amaran sesiapa yang menipu akan diazab dengan azab yang menyakitkan. Kemudian beliau mengingatkan manusia tentang sabda Rasulullah SAW: "Barang siapa menipu, maka bukanlah dia daripada golongan kami."
- Sayidina Umar pernah mengajak manusia berhimpun di masjid. Kemudian naiklah beliau ke atas mimbar dan lantas berpidato:
"Wahai sekalian muslimin, apa kamu akan katakan kalau aku sudah cenderung dengan dunia, sedangkan aku takut bersalah. Maka tiada seorang pun di kalangan kamu yang sanggup menegahkan kerana membesarkan aku. Jika aku baik, tolonglah aku. Jika aku bersalah, betulkan-lah aku."
Kemudian seorang lelaki berkata, "Demi Allah, jika kami lihat engkau telah keluar dari kebenaran, nescaya kami akan kembalikan kamu kepada kebenaran."
Kemudian melompat seorang lelaki yang lain lantas berkata: "Demi Allah, ya Amirul Mukminin, jika kami melihat kamu menyeleweng, nescaya kami betulkan engkau dengan pedang-pedang kami."
Kemudian Umar berkata, "Moga-moga Allah merah-mati kamu. Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan ada di kalangan kamu, orang yang akan meluruskan Umar dengan pedang-pedangnya."
- Sayidina Umar sangat keras mendisiplinkan diri dan keluarganya. Dia dan keluarganya tidak sampai berkenyang-kenyang atau berpakaian berlebih-lebihan.
- Sayidina Umar pernah berucap di atas mimbar, "Wahai Tuhan, aku ini kasar. Lembutkanlah aku untuk orang yang mentaati Engkau bersesuaian dengan kebenaran, kerana menuntut keredhaan-Mu dan hari Akhirat. Dan berilah aku rezeki dan kekerasan dan ketegasan terhadap musuh-musuh Engkau dan orang-orang yang fasik dan munafik dengan tidak menzalimi mereka dan tidak juga memusuhi mereka. Wahai Tuhanku, aku bakhil. Maka jadikanlah aku pemurah dengan tidak membuang-buang harta dan membazir dan tidak riyak dan tidak bermegah. Jadikanlah aku demikian itu, tujuan kerana Zat-Mu dan negeri Akhirat. Jadikanlah aku merendahkan sayap dan diri terhadap orang-orang mukmin.
"Ya Allah, aku ini banyak lalai dan cuai. Ilhamkan aku untuk mengingati-Mu di dalam sebarang keadaan. Dan ingatkanlah aku pada kematian di setiap ketika. Wahai Tuhanku, aku ini lemah beramal untuk mentaati-Mu, berilah aku rezeki, kecergasan dan kekuatan ke atasnya dengan niat yang baik dan yang tidak akan berlaku kecuali dengan kemuliaan dan taufik-Mu. Wahai Tuhan, tetapkan aku dengan keyakinan, kebajikan dan kekuatan. Dan berilah aku khusyuk pada apa saja yang membuat Engkau redha padaku dan berilah aku rezeki untuk muhasabah diri dan memperbaiki segala niat dan sentiasa berawas terhadap segala yang syubhat. Wahai Tuhan, rezekikanlah aku berfikiran dan mengambil perhatian apa saja yang akan diucapkan oleh lidahku dari kitab-Mu dan berilah aku kefahaman dan mengambil berat tentang pengertiannya dan mengkaji rahsia-rahsia dan beramal dengan apa yang tersimpan."
- Selepas berdoa beliau berucap: "Wahai sekalian manusia sesungguhnya Arab itu umpama unta yang lemah dan akan mengikut orang yang menuntunnya, di mana saja dia dituntun. Sesungguhnya aku demi Tuhan, akan bawa kamu di atas hal kebenaran."
Kemudian beliau pun turun dan menulis satu surat kepada petugas-petugasnya meminta mengambil berat di dalam membaiki urusan mentadbir kewangan orang ramai dan bertanggungjawab terhadap keperluan-keperluan manusia. Selepas itu beliau berucap: "Wahai semua gabenor, sesungguhnya kalau kami lihat harta ini halal bagi kami nescaya kami akan menghalalkan untuk kamu. Apabila tidak halal bagi kami. kami akan larang untuk diri kami, maka hendaklah kamu tegah untuk diri-diri kamu."
- Sayidina Umar sangat aktif menghantar tentera-tentera-nya ke negara-negara lain seperti Iraq dan Syam, tetapi bukan untuk menjajah atau untuk kekayaan dunia. Tetapi melakukan seperti Rasulullah SAW dan Sayidina Abu Bakar lakukan iaitu dengan tujuan mempertahankan Islam dari serangan musuh, menyebarkan ajaran Islam dan membebaskan manusia dari belenggu kehinaan dan perhambaan oleh bangsa Parsi dan pemerintahan Rom dan juga untuk membangunkan masyarakat manusia di atas asas meneguhkan rasa persaudaraan di bawah naungan satu agama, bertoleransi, adil dan memberi kebaikan. Caranya ialah mengajak manusia dengan cara yang bijaksana, nasihat-nasihat yang baik, hingga mereka memerangi, maka dia pun memeranginya.
- Sayidina Umar pernah melihat ada orang yang duduk di dalam masjid beribadah dan tidak bekerja, lantas beliau memukulnya.
- Sayidina Umar selalu bertanya kepada orang yang didapatinya di dalam masjid selepas sembahyang tentang usaha-usaha mereka. Jika didapati mereka tidak mempunyai usaha, dia menggalakkan berniaga atau dia mendorong memahirkan apa-apa kerja untuknya.
- Sayidina Umar pernah menasihatkan para kadi (hakim) agar jangan menghukum dengan melihat yang zahir semata-mata. Sesungguhnya saudara Nabi Yusuf mencampakkannya ke dalam perigi, kemudian mereka balik kepada bapa mereka dengan menangis-nangis.
- Sayidina Umar sangat mesra dengan Sayidina Ali. Beliau selalu bersahabat dengannya walaupun perbezaan umur di antara keduanya sangat jauh. Persahabatan antara keduanya sangat rapat dan mereka sangat berkasih sayang. Di antara satu sama lain sentiasa mengiktiraf kedudukan masing-masing.
- Apabila Sayidina Ali disebut namanya di sisi Sayidina Umar, beliau akan berkata: "Ali orang yang paling pandai menghukum di kalangan kami. Apabila satu-satu masalah itu kesamaran kepada Umar dan Ali tidak bersamanya, hatinya tidak tenang menghukum." Lantas katanya lagi, "Tidak ada keputusan sedangkan Abai Hassan (gelaran bagi Sayidina Ali) tidak ada." Banyak kali beliau menyebut, "Allah tidak akan menghidupkan saya di satu bani yang Abai Hassan tidak ada padanya."
- Sayidina Ali mengakui pula akan kelebihan yang ada pada Sayidina Umar. Beliau selalu saja menyebut tentang kelebihan Sayidina Umar kerana beliau pernah mendengar Rasulullah SAW menyebut bahawa sebaik-baik manusia selepas baginda ialah Sayidina Abu Bakar dan Sayidina Umar.
Sayidina Usman bin Affan Setelah Menjadi Khalifah
- Sayidina Usman sentiasa beribadah sepanjang malam kecuali tidur sebentar di awalnya.
- Buah hati kesayangannya ialah Al Quran yang sentiasa dibaca setiap ketika bahkan ketika pemberontak menyerbu masuk dan membunuhnya, dia sedang membaca Al Quran.
- Di awal fitnah menimpa dirinya, segolongan orang berdebat dan berdialog panjang dengannya. Katanya: "Sekiranya kalian bertemu dalam kitabullah bahawa kedua kaki saya boleh dibelenggu, maka silalah, belenggulah..."
- Syurahbil bin Muslim menceritakan bahawa Usman menyediakan makanan bagi kaum muslimin seperti makanan raja-raja, padahal dia sendiri hanya makan dengan minyak dan cuka.
- Abdullah bin Syaddad pula berkata: "Saya lihat Usman berkhutbah pada hari Jumaat dengan pakaian yang berharga empat atau lima dirham sahaja, padahal dia adalah seorang Amirul Mukminin."
- Sayidina Usman pernah memarahi pelayan dan memiat telinganya sehingga pelayan itu kesakitan. Kemudian dipanggilnya pelayan itu dan disuruh membalas perbuatannya. Pelayan itu berpaling dan enggan melakukan sehingga dipaksa oleh Usman. Ketika pelayan itu memiat telinganya, Sayidina Usman berkata: "Keraskanlah lagi hai gulam (lelaki), kerana qisas di dunia ini jauh lebih ringan daripada qisas di Akhirat."
- Di tengah malam, Sayidina Usman tidak mahu mengejutkan pelayannya bangun untuk menyediakan air untuk berwuduk. Dengan susah payah dia berusaha sendiri sedangkan usianya telah lanjut dan badannya uzur.
- Sayidina Usman pernah berkhutbah dan berucap: "Hai sekalian umat Muhammad. Bertaqwalah kamu kepada Allah kerana sesungguhnya taqwa itu merupakan saru anugerah. Dan sepandai-pandai manusia adalah orang yang dapat mengendalikan dirinya dan berusaha untuk urusan setelah mati, serta mengambil dari cahaya Allah sebagai penerang di dalam kuburnya."
- Jiwanya sentiasa takut dan air matanya akan bercucuran bila teringatkan hari Akhirat. Antara ucapannya: "Sekiranya saya terkapai-kapai di antara Syurga dan Neraka, dan saya tak tahu akan di bawa ke mana, maka saya mengharapkan kiranya diri saya menjadi abu saja, sebelum mendapat kepastian tentang nasib saya..."
- Apabila didapati baitulmal melimpah isinya, Sayidina Usman menaikkan gaji gabenor-gabenornya. Disediakan juga di masjid-masjid suatu jamuan khusus dengan juadah yang enak dan lazat untuk orang-orang yang beribadah dan beriktikaf serta para musafir.
- Apabila didapati seorang gabenornya minum minuman keras, dipanggilnya segera datang ke Madinah kemudian dihukum dan dipecatnya dan digantikan dengan orang lain, sekalipun gabenor itu adalah kerabatnya sendiri.
- Sayidina Usman telah mengirimkan surat ke setiap wilayah yang mengandungi pesannya kepada rakyat:
"Saya dengar di antara kamu ada golongan yang dicela dan ada pula yang dipukul. Maka barang siapa yang merasa dirinya teraniaya, hendaklah dia datang di musim haji nanti, dan hendaklah dia menuntut hanya kepada saya atau kepada wakil saya yang ditugaskan mengurus urusan kamu."
- Sewaktu pemberontak berjaya masuk ke rumahnya, Sayidina Usman berkemampuan untuk bertindak tetapi dia tidak mahu kerana katanya: "Saya tidak mahu menemui Allah, sedang di pundak saya ada percikan darah dari seorang muslim."
- Ketika Muawiyah menawarkan Sayidina Usman tinggal di Syam buat sementara waktu, dia menolak kerana tidak mahu berjauhan dari Rasulullah. Muawivah menawarkan tentera untuk mengawal di Madinah tetapi ditolak juga kerana kata Sayidina Usman: "Saya takut kalau-kalau mereka menyebabkan kota Madinah bertambah sesak dan menyusahkan para Sahabat Rasulullah dari golongan Muhajirin dan Ansa r."
"Kalau begitu mereka akan curang dan membunuh anda." kata Muayiwah.
Jawab Sayidina Usman: "Cukuplah bagi saya Allah dan Dia adalah sebaik-baik pembela."
Sayidina Ali Setelah Menjadi Khalifah
- Memberi keperluan kepada seluruh kaum muslimin yang diambil dari baitulmal tanpa membezakan antara mereka yang lebih dahulu masuk Islam dengan orang-orang yang selepasnya. Bagi tujuan mereka diberi peruntukan ini adalah sekadar untuk memenuhi tuntutan kehidupan mereka. Menurut Ali, pemberian yang berbeza pada dasarnya lebih memberi peluang untuk seseorang itu mengumpulkan harta yang jelas menimbulkan fitnah dan mero-sakkan keharmonian hidup.
- Berlemah lembut dalam menegakkan kebenaran biar apa pun terjadi.
- Dalam setiap tindakan, dia selalu meneladani orang yang lebih dewasa darinya. Inilah perwatakannya semenjak kecil.
- Ketika memasuki istana negara yang dipenuhi dengan kemewahan, dia terus memalingkan mukanya seraya berkata, "Istana sial, aku tak akan menempatinya untuk selama-lamanya."
- Ketika berjalan di pasar Kufah, bagi mereka yang melakukan kesalahan diberikan petunjuk, orang yang cemas diberi bantuan. Bertemu dengan orang-orang tua beliau akan menolong membawakan barang keperluan mereka. Bila terlihatkan hal ini para Sahabat mendekatinya dan berkata: "Wahai Amirul Mukminin..."
Khalifah Aii tidak membiarkan para Sahabat menyelesaikan kalimat mereka, lalu terus membacakan ayat:
Maksudnya: "Negeri Akhirat itu Kami jadikan bagi orang-orang yang tidak ingin menyombongkan diri di muka bumi dan kesudahan yang baik itu adalah bagi orang-orang yang bertaqwa." (Al Qasas: 83)
- Segala keperluan diri dan keluarganya dibelinya sendiri. Para Sahabat meminta izin untuk membawanya. Tetapi dengan tersenyum dia menjawab, "Ketua keluarga lebih berhak membawa beban keluarganya!"
- Kehidupannya amat sederhana, kuat beribadah dan tidak menurut hawa nafsu. Makanannya hanya roti kering dicampur dengan sisa gorengan dan dia tinggal di sebuah pondok yang dibuat daripada tanah.
- Pakaian kesukaannya adalah pakaian yang kasar dan makanan yang digemarinya adalah yang amat sederhana. Khalifah Ali memakai baju panjang yang dibelinya di pasar yang harganya hanya 3 dirham.
- Selalu mengejutkan kaum muslimin untuk melakukan sembahyang Subuh dan memanggil mereka dengan suaranya yang mulia: "Bangunlah wahai kaum muslimin, marilah kita solat... semoga Allah memberi kamu rahmat..."
- Sayidina Ali berwasiat kepada umat supaya:
i. Bertaqwa kepada Allah dan jangan sekali-kali mati kecuali dalam Islam.
ii. Berpegang teguh dengan agama Allah dan jangan bercerai-berai kerana beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya baiknya hubungan persaudaraan itu lebih utama dari solat dan puasa."
iii. Ingat akan Allah dan berpegang kepada Al Quran. Jangan tertinggal daripada orang lain dalam beramal.
iv. Ingat akan Allah mengenai orang-orang fakir miskin.
v. Jangan takut menghadapi celaan orang dalam melaksanakan perintah Allah kerana Allah akan menjadi pelindung dari orang-orang yang bermaksud jahat atau menganiaya.
vi. Jangan meninggalkan amar makruf nahi mungkar, berkata dengan perkataan yang baik, jangan putuskan persaudaraan dan jangan sekali bermusuhan.
vii. Bertolong bantu dalam kebaikan dan taqwa, dan jangan sekali-kali bertolong bantu dalam dosa dan permusuhan.
- Sayidina Ali sanggup menumbuk tepung sendiri, menjual pedangnya dan menampal baju besinya sendiri, sehingga tidak ada tempat untuk menampalnya lagi sedangkan keperluan hidupnya seharian boleh didapati dari baitul-mal.
- Sayidina Ali pernah berkata: "Aku tidak mahu perutku menjadi besar sementara manusia sekelilingku, perut-perut mereka kosong serta di dalam ketakutan. Aku tidak ingin memakai pakaian yang halus lagi indah sedangkan itu boleh aku dapati dengan senang."
- Pada awal kekhalifahannya beliau berusaha menghentikan pengumpulan harta oleh segolongan manusia dan menyamaratakan peraturan tanpa mengira perbezaan antara satu sama lain.
Beliau berkata: "Sekiranya harta itu milikku, pastilah kupenuhi semua keinginan mereka. Sedangkan harta itu milik Allah dan mereka adalah hamba-hamba-Nya."
Prinsip beliau ialah:
i. Menghalang mengaut harta sebanyak-banyaknya, berlaku boros dan bermewah-mewah.
ii. Kelaparan si miskin disebabkan oleh penimbunan harta oleh si kaya.
- Beliau membenci dunia dan kemegahannya, sebaliknya menyukai malam dan kesunyiannya.
- Beliau menghormati ahli agama dan dekat dengan orang-orang miskin.
- Ketika bermunajat dalam keadaan resah gelisah bagai orang sakit dan menangis, beliau berkata:
Hai dunia, hai mayapada Kenapa kau datang kepadaku Apakah kaurindu untuk bertemu Carilah yang lain penggantiku
Perdayakanlah dia sesuka hatimu
Bukankah telah kujatuhkan talak tiga kepadamu
Wahai... sedikitnya perbekalan...
jauhnya perjalanan
serta sulit dan berliku-liku.
Sayidina Umar Abdul Aziz Setelah Menjadi Khalifah
- Dia berpesan, "Kalau saya melakukan perbuatan yang bertentangan dengan kebenaran, tinggalkan, jangan diikuti. Dan tetaplah berpegang teguh pada kebenaran itu saja."
- Sebelum menjadi khalifah, Umar Abdul Aziz memakai wangi-wangian dari jenis yang terbaik, duduk di atas singgahsana yang megah, memakai pakaian yang mahal-mahal dan mewah, menikmati makanan yang enak, menunggang kuda yang paling elok serta pendapatannya setahun mencapai 40,000 dinar. Tetapi setelah menjadi khalifah, semua hartanya dijadikan milik negara.
- Datang seorang wanita tua menemui Khalifah Umar untuk meminta tambahan keperluan hidup. Tetapi apabila melihatkan keadaan rumah khalifah yang daif, keinginannya terus mati. Lantas Fatimah, isterinya, mengatakan rumah itu dibuat demikian adalah dengan tujuan membantu orang-orang seperti wanita tua itu tadi.
- Datang seorang menghadiahkan pakaian yang kasar yang tidak boleh dipakai oleh orang miskin sekalipun. Tetapi khalifah mengatakan. Alangkah lembutnya kain ini! Berilah aku yang lebih kasar dari ini...!"
- Langkah awal pemerintahannya, dia bertindak melantik 10 orang ulama yang soleh dan terkemuka sebagai anggota majlis penasihat. Pada pertemuan majlis yang pertama, Umar Abdul Aziz berpesan:
"Saya ajak tuan-tuan berkumpul dalam majlis ini untuk melaksanakan suatu pekerjaan yang dijanjikan beroleh pahala dari Tuhan. Tuan-tuan akan menjadi pembantu saya dalam menegakkan kebenaran. Atas nama Allah, saya berharap seandainya tuan-tuan melihat tindakan saya nanti bertentangan dengan hukum Allah, ingatkanlah saya dan tunjukkan saya ke jalan yang benar."
- Seorang ulama besar, Said bin Musaiyab, sebelum ini tidak mahu menjejakkan kaki ke istana untuk berjumpa dengan amir atau khalifah, tapi sebaik sahaja Umar Abdul Aziz menjadi khalifah, dia datang dan selalu menghadiri majlis bersama khalifah dan berbincang mengenai pelbagai masalah.
- Pada tahun kedua pemerintahannya berlaku kemarau pada musim haji. Khalifah Umar mengajak semua ulama, orang soleh serta sesiapa sahaja untuk bersembahyang sunat meminta hujan.
- Meskipun sibuk sebagai khalifah, dia tidak pernah men-cuaikan dirinya untuk terus meningkatkan taqwa kepada Allah dan menambah ilmu. Kealimannya telah diakui oleh ulama-ulama zamannya.
- Pernah terjadi didatangkan beberapa orang gadis jelita untuk dijadikan dayang-dayangnya. Khalifah Umarbing-kas berdiri dengan muka merah padam menyuruh gadis-gadis itu pulang ke rumah masing-masing.
- Pada hari kedua dia menjadi khalifah, satu upacara diadakan dengan menghiasi seekor kuda dengan mewah untuk dinaiki oleh khalifah. Tetapi beliau mengarahkan segala kemewahan itu dimasukkan ke baitulmal dan dia
hanya meminta sehelai tikar kecil, dihamparkan di atas tanah dan dia duduk di atasnya.
- Khalifah Umar berkata, "Ketahuilah aku bukan seorang yang membuat keputusan, aku hanyalah orang yang melaksanakannya. Aku bukanlah orang yang membuat peraturan baru tetapi sekadar mengikuti peraturan itu dan aku bukanlah orang yang paling baik di antara kamu. Aku tidak ada bezanya dengan kamu. Hanya akulah orang yang paling berat bebannya di antara kamu."
- Isterinya menceritakan: "Dia (Umar Abdul Aziz) selalu
mengingat Allah di tempat tidur. Tubuhnya gementar laksana seekor burung pipil yang kedinginan kerana takutnya. Bahkan kadang-kadang aku (isterinya) berkata kepada diriku sendiri: Jangan-jangan esok pagi, di saat semua orang mulai bangun, mereka telah kehilangan khalifah mereka."
- Isterinya juga berkata: "Demi Allah, dia bukanlah orang yang paling rajin melakukan solat dan puasa, tetapi demi Allah, aku tidak pernah melihat orang yang lebih takut kepada Allah daripadanya."
- Pernah seorang sahabatnya menegur Umar Abdul Aziz bahawa setelah menjadi khalifah, tubuhnya tersangat kurus, rambutnya telah putih, raut mukanya jauh berbeza dari sebelumnya. Padahal dahulu sewaktu dia menjadi gabenor Madinah, dia seorang yang tampan dan berisi. Sahabat itu menatap wajahnya lama sekali dengan hairan sehingga ditegur oleh Khalifah Umar dengan katanya: "Anda akan lebih hairan lagi bila melihat diriku nanti setelah terkubur di dalam tanah. Mata dan wajahku reput dan ulat-ulat akan berkeliaran di mulut dan tenggorokku." Setelah berkata demikian, dia pun menangis.
- Setelah menjadi khalifah, dia memanggil isteri dan berkata bahawa dia tidak dapat lagi menjadi suami yang baik, lalu disuruh pilih sama ada hendak hidup susah bersamanya atau berpisah. Isterinya memilih untuk bersusah payah bersama Khalifah Umar dan seluruh perhiasan dan intan permata yang dibeli oleh ayahnya diserahkan ke baitulmal.
- Suatu hari, seorang wanita terlihat khalifah makan beberapa kerat roti basi dan semangkuk kuah. Segala harta kemewahan yang ada bukanlah miliknya.
- Sewaktu beliau menghapuskan keistimewaan yang ada pada keluarga Bani Umaiyah, sahabatnya menegur apakah dia tidak takut dengan tindakan mereka nanti. Wajahnya menjadi merah padam dan berkata dengan keras, "Apakah kamu menyuruh aku takut selain Kiamat? Semua bentuk ketakutan selain Kiamat sama sekali tidak ada erti
bagiku!"
- Ada orang menyarankan kepadanya supaya mengeluarkan sejumlah wang yang besar untuk kiswah (kain penutup Kaabah) tetapi dia berkata, wang itu lebih baik diberikan kepada mereka yang sedang kelaparan.
- Pada suatu hari, dia menerima surat dari gabenomya di Khurasan yang meminta izin untuk menggunakan kekerasan terhadap penduduk di sana. Tetapi Khalifah Umar memberi jawapan bahawa yang dapat membaiki mereka adalah keadilan dan kebenaran.
- Sewaktu Khalifah Umar balik, dilihatnya anak-anaknya menutup mulut dengan tapak tangan. Apabila ditanya, isterinya menjawab bahawa tiada apa yang dapat dimakan kecuali bawang. Mereka menutup mulut supaya tidak dapat dihidu oleh orang lain. Khalifah Umar pun berkata: "Anak-anakku, kalau engkau hendak makan yang sedap-sedap bererti kamu mahu melemparkan ayah ke Neraka."
- Seorang puterinya melihat kawannya memakai anting-anting lalu menyuruh Khalifah Umar membelikan anting-anting seperti kawannya. Lalu Khalifah Umar menyuruh pembantunya mengambil dua ketul bara dan ditunjukkan kepada puterinya. Katanya, "Adakah anakanda bersedia memakai anting-anting dari bara? Jika bersedia ayahanda akan membelikan anting-anting seperti itu."
- Seorang keluarga yang menziarahinya mendapati Khalifah Umar sedang berselimut dan menyangka Khalifah Umar sedang sakit. Sebenarnya Khalifah Umar bukan sakit tetapi sedang menunggu pakaian yang dijemurnya kering.
- Khalifah Umar menyuruh pelayannya mengambil air untuk berwuduk. Tidak lama kemudian pelayan itu membawa air panas yang diambil dari dapur umum. Apabila diketahuinya air itu dari dapur umum, beliau tidak mahu mengambil air sembahyang menggunakan air itu.
- Sedang dia bekerja di waktu malam menggunakan pelita baitulmal, tiba-tiba salah seorang keluarganya masuk untuk membincangkan sesuatu. Khalifah Umar segera menutup lampu kepunyaan baitulmal dan menggantikannya dengan lampu rumahnya sendiri.
- Bagi setiap anak yang lahir di kalangan rakyatnya, khalifah memberikan nafkah kepada ibunya sehingga diceraikan susu.
- Khalifah Umar menghapuskan cukai terhadap zimmi kecuali yang ditentukan oleh syarak.
- Khalifah Umar menerima surat dari seorang wanita meminta sedikit duit untuk membaiki dinding rumahnya. Lalu khalifah menyuruh seseorang membaikinya.
- Semasa pemerintahan khalifah yang terdahulu, sebuah gereja dirobohkan dan digantikan dengan masjid. Semasa pemerintahan Khalifah Umar, kaum Nasrani mengadu akan hal itu. Lalu Khalifah Umar segera memerintahkan masjid dirobohkan dan digantikan dengan gereja semula. Hal ini menimbulkan kontroversi di kalangan ulama waktu itu. Mereka menemui khalifah supaya menimbang-kan semula keputusan itu, tetapi khalifah tetap bertegas. Justeru itu ulama mengajak pendeta Nasrani berbincang. Akhirnya mereka bersetuju masjid itu dikekalkan dan diberi tapak baru untuk pembinaan gereja. Khalifah Umar sangat bersyukur dan merestui keputusan itu.
- Semasa Khalifah Umar Abdul Aziz meninggal, seorang rahib Kristian menangis tersedu-sedu sehingga menghai rankan anak-anak buahnya. Apabila ditanya kenapa, rahib Kristian itu berkata bahawa seorang raja yang adil telah meninggal dunia.
Semasa Khalifah Umar sakit, seorang rahib Kristian juga datang untuk merawat dan mengubatinya.
No comments:
Post a Comment