MALAYSIA MAJU DAN KAUM BUKAN ISLAM
Perbincangan Malaysia Maju dan masyarakat majmuk di negara kita sebaiknya dimulai dengan memperkata-kan tentang Malaysia Maju daripada mengutarakan isu negara Islam. Ini penting bagi mengelak kekeliruan dan salah faham. Malaysia Maju tidak boleh disalah faham. Kaum-kaum lain dan orang bukan Islam tidak perlu takut atau bimbang. Malaysia Maju bukan bersifat agama semata-mata iaitu hanya menyakinkan Tuhan dan melibatkan cara peribadatan, penyembahan dan sembahyang. Walaupun negara mengajak kepada Malaysia Maju, ini tidak bermakna negara mengajak semua kaum dan bangsa memeluk Islam.
Yang bersifat agama, iaitu soal Tuhan dan soal penyembahan, masing-masing rakyat boleh pertahankan agamanya, kepercayaan dan pegangan masing-masing. Dalam Islam, soal Tuhan, kepercayaan dan agama tidak ada paksaan. Itu adalah hak asasi setiap manusia. Bahkan kalau ada orang tidak mahu percayakan Tuhan pun, tidak ada sesiapa yang boleh memaksa. Agama adalah hak peribadi setiap manusia. Jadi tidak perlu bimbang.
Tetapi untuk kepentingan bersama di dunia, khususnya bagi semua kaum, bangsa dan etnik dalam sebuah negara, kita boleh mencari jalan dan sistem yang menjamin keselamatan dan keharmonian. Itulah sebabnya, di dunia hari ini, dasar setiap negara adalah berasaskan prinsip yang bukan ciptaan negara itu sendiri. la diambil dari negara atau bangsa lain dan disesuaikan untuk kegunaan sendiri. Dalam sesebuah masyarakat, sistem dan peraturan perlu ada. Ini semua bagi tujuan untuk mencapai keadilan dan keselamatan.
Sebagai contoh, asas undang-undang bagi kebanyakan negara di dunia adalah berasaskan perundangan dan sistem Islam dari zaman kegemilangannya. Misalnya, peraturan mengenai hak mendapatkan sinar matahari ajaran Imam Al Ghazali dalam bab kejiranan diterima dan dilaksanakan di Barat pada abad ke-20 dengan termaktubnya Akta Perancangan Bandar (Town Planning Act) setelah orang Barat bertelingkah berabad-abad lamanya tentang isu yang sama. Barat yang terlebih dahulu menggunakan perundangan Islam sebagai panduan. Kemudian ia dari masa ke semasa diubah dan disesuaikan dengan keadaan dan perubahan zaman. Orang Barat tidak membantah. Mereka nampak akan kebaikan dan manfaatnya. Orang Barat tidak pula memeluk Islam. Mereka ambil cara hidup dan perundangan Islam tetapi tidak mengambil agamanya. Mereka tetap dengan agama asal mereka. Maka jelas bahawa sistem, peraturan dan cara hidup Islam boleh diambil tanpa diambil agamanya. Sistem, peraturan dan cara hidup islam memang sesuai untuk semua manusia, tidak kira apa kaum, bangsa, etnik ataupun agama.
Memang setiap bangsa dan negara dari masa ke semasa sentiasa mencari-cari sistem dan peraturan untuk kebaikan rakyat mereka pada setiap zaman. Sistem dan peraturan yang ada dibuat perubahan mengikut keperluan dan peredaran zaman dari masa ke masa. Mana yang tidak sesuai ditinggalkan. Cara baru yang munasabah diguna pakai.
Contoh lagi ialah demokrasi. Demokrasi adalah ajaran dari Barat. Tetapi banyak negara di timur mengamalkan demokrasi mengikut acuan masing-masing. Perkara ini tidak dipertikai-kan oleh rakyat mereka. Begitu juga komunisma dan sosialisma. la juga ajaran dari Barat. Pengasasnya ialah Karl Marx.Negeri China mengamalkan komunisma. Rakyat China tidak membantah.
Bahkan dunia sedang mencari-cari ajaran dan sistem-sistem yang baru untuk diamalkan kerana demokrasi, komu-nisma dan sosialisma nyata sudah nampak kelemahannya. lanya punca krisis, perpecahan, ketidakadilan, kerosakan moral dan akhlak dan peperangan. Kalau Perdana Menteri hendak negara mengamalkan Islam Hadhari, itu tidak salah. Islam Hadhari adalah satu sistem yang boleh dipakai untuk pentadbiran negara seperti juga demokrasi. Malahan ia mungkin sistem yang terbaik untuk negara kita. Kerana Islam itu bukan sahaja bercorak agama. la adalah juga cara dan peraturan hidup (way of life) dan cara bernegara atau tata-negara yang sesuai bagi semua kaum dan bangsa walaupun tidak Islam. Bagi yang bukan Islam, tidak perlu ambil agama-nya tetapi boleh ambil tatanegara dan peraturan hidupnya sepertimana juga kita mengambil demokrasi.
Inilah bezanya Islam dengan agama-agama lain. Islam bukan hanya penyembahan atau peribadatan. Islam ada undang-undang, peraturan dan sistem hidup. la mengatur kehidupan manusia. Islam adalah cara hidup atau way of life . Ini tidak ada dalam agama-agama yang lain. Bagi agama lain, kalau mereka mahu bertamadun, mereka terpaksa gunakan akal kerana soal tersebut tidak digariskan oleh agama mereka. Maka hasilnya rosak dan merosakkan. Sebaliknya kalau umat Islam mahu bertamadun, mereka mesti taat pada agama.
Bagi Malaysia,Malaysia Maju mungkin lebih baikdari demokrasi. la lebih menjamin perpaduan kaum, keharmonian dan keselamatan. Mari kita lihat keindahannya. Kalau tidak pada agamanya, pada cara hidup dan peraturannya dan dalam konteks tatanegaranya. Ini boleh kita lihat dalam maksud istilah Malaysia danMaju itu sendiri seperti berikut:
Apa erti Islam ? Islam ertinya keselamatan atau lebih tepat lagi selamat dan menyelamatkan. Keselamatan termasuklah keadilan, sama ada disegi undang-undang, keadilan mendapat pekerjaan, keadilan pengagihan kekayaan mengikut kemam-puan dan kebolehan. Keselamatan termasuk berkasih sayang, bersatu padu, rasa bersama dan bekerjasama yang semua orang perlukan. Keselamatan termasuk tolong-menolong, bela-membela dan bertolak ansur. Keselamatan juga ialah hormat-menghormati antara satu sama lain, tidak boleh hina-menghina kerana berlainan agama atau bangsa. Keselamatan juga ialah kebebasan melaksanakan apa yang jadi hak asasi masing-masing mengikut undang-undang dan peraturan supaya tidak ada pelanggaran. Itulah maksud keselamatan mengikut pengertian Islam. Islam itu selamat dan menyelamatkan. Bukan orang Islam sahaja yang selamat tetapi orang lain pun ikut selamat.
Apa erti Malaysia Maju ? Malaysia Maju ertinya negara Malaysia yang berkemajuan. Kemajuan yang membawa kemakmuran. Makmur di segi makan minum dan pakaian. Cukup keperluan asas seperti tempat tinggal, alat-alat perhubungan, alat-alat pentadbiran dan kemudahan mencari ilmu dan pengetahuan. Alat-alat pula canggih mengikut keperluan dan perubahan zaman. Kampung maju dan bandar pun maju. Kelengkapan ketenteraan moden dan canggih.
Itulah Malaysia Maju iaitu gabungan antara pembangunan insan dan kemajuan material. Dua perkara yang diperlukan oleh setiap insan, bangsa dan negara mengikut zaman. Keselamatan, keharmonian, kemajuan dan kemakmuran yang dibawa oleh Malaysia Maju adalah idaman setiap manusia. Malaysia Maju itulah sebenarnya yang diidam-idamkan oleh rakyat berbilang kaum di Malaysia. Hanya mereka tidak sedar dan tidak tahu. la khabar gembira bagi seluruh rakyat. la perubahan yang benar-benar kita perlukan.
Kalau tertegak Malaysia Maju akan berlaku satu perubahan yang luarbiasa dan sangat menguntungkan. Integrasi dan perpaduan kaum akan menjadi kenyataan. Jenayah dan gejala masyarakat yang menakutkan dan memeningkan kepala semua kaum akan berkurangan. Kita tidak dapat semua ini dalam sistem demokrasi
SAJAK 4
Malaysia Maju di Dalam Masyarakat Majmuk
Lebih baik kita memperkatakan Malaysia Maju daripada negara Islam.Malaysia Maju janganlah sesiapa salah faham, takutkan dan bimbangkan la bukan bersifat agama semata-mata yang hanya meyakinkan Tuhan dan ketuhanan serta cara penyembahan
Janganlah hendaknya jika negara mengajak kepada Malaysia Maju
Ada yang mengertikan mengajak semua kaum dan bangsa masuk Islam Yang bersifat agama masing-masing boleh pertahankan, pegangan masing-masing tentang Tuhan dan penyembahan tanpa paksaan,
itu adalah hak asasi setiap insan
Bahkan kalau ada orang tidak percaya Tuhan pun tidak ada sesiapa pun boleh paksa tinggalkan keyakinannya demikian
Agama adalah hak peribadi setiap insan yang janganlah dibimbangkan Tapi di dalam kepentingan bersama di dunia di sebuah negara untuk semua kaum dan bangsa, semua orang boleh mencari jalan keselamatan dan keharmonian
Kerana itulah di dunia hari ini, setiap dasar negara asas-asasnya bukan dari negara berkenaan
Masing-masing negara mengambil asas-asas dan sistem negara masing-masing untuk diundang-undangkan mengambil di mana-mana sahaja yang boleh membawa keadilan dan keselamatan
Tidak pula kaum dan bangsa di negara itu persoalkan dan menentang Saya membawa beberapa contoh sebagai pengetahuan
Rata-rata negara di dunia asas undang-undang negara itu mengambil dari undang-undang dan sistem Islam yang silam di zaman gemilangnya Baratlah yang mengambil lebih dahulu untuk panduan
Kemudian undang-undang dan sistem mereka itu dari masa ke semasa diubah dan disesuaikan dengan keadaan dan perubahan zaman
Tidak pula kaum dan bangsa yang ada di barat menentang dan persoalkan kerana itu adalah kebaikan
Tidak pula ada yang mengatakan mengapa kita dipaksa atau mesti masuk Islam!
Mengambil peraturan dan sistem hidup itu tidak
boleh dikatakan masuk Islam
Ini adalah satu kenyataan yang sangat terang dan satu fakta yang tidak boleh dipertikaikan
Memanglah setiap bangsa dan negara dari masa ke semasa sentiasa mencari-cari sistem dan peraturan untuk kebaikan rakyat tempatan setiap zaman
Dari masa ke semasa sentiasa dibuat perubahan-perubahan mengikut keperluan dan peredaran zaman
Yang rasa tidak sesuai ditinggalkan, ada pandangan baru yang munasabah digunapakai menjadi tambahan
SAJAK 4
Malaysia Maju di Dalam Masyarakat Majmuk
....sambungan
Saya bawa contoh-contoh lain agar kita memandang jauh dan terbuka fikiran
Hampir seluruh dunia hari ini asas-asas dasar negara
mereka diambil dari luar mungkin ramai tidak perasan
Banyak negara di dunia hari ini, mengambil demokrasi
sebagai dasar negara untuk diundang-undangkan
Demokrasi adalah ajaran dari barat
bukan dari negara masing-masing atau ajaran tempatan
tidak pula dipertikaikan
la hanya sebagai sistem yang ada di dalam ideologi
buatan manusia
Cuma setiap negara itu mengubahsuaikan ajaran
yang diambil dari luar itu,
kemudiannya diterimapakai
Begitulah faham komunis dan sosialis
yang dipakai oleh setengah negara di dunia adalah ideologi dari barat juga
Pengasasnya adalah Karl Mark,
negara Cina yang penduduknya begitu ramai
menerima ajaran itu sebagai pegangan negaranya,
d;anggap satu kebaikan
Tidak pun rakyat Cina itu membantah dan menentang
setelah diundang-undangkan
Bahkan dunia sedang mencari-cari ajaran
dan sistem-sistem yang baru untuk diamalkan
Kerana ajaran yang sedang diamalkan sekarang
sama ada komunis, sosialis, mahupun demokrasi
sudah nampak kelemahan
Bahkan ketiga-tiga ajaran itulah yang sedang menyumbang
kepada gejala masyarakat yang tidak sihat
yang sedang berlaku sekarang
Krisis politik, krisis moral, penzinaan, pembunuhan,
rasuah, dadah, ketidak adilan dan peperangan
adalah kesan oleh sistem dan ajaran
yang sedang diamalkan
Jadi kalau ada pemimpin-pemimpin negara sekarang
hendak mencari dan cuba mengundang-undangkan
satu ajaran dan sistem yang baru
bukanlah satu kesalahan
Sebagai contoh PM Malaysia hendak mengamalkan
Malaysia Maju untuk diundang-undangkan
sama ada bertulis atau tidak di negara Malaysia
bukanlah satu kesalahan
Kerana ajaran Islam itu bukan sahaja bercorak agama
tapi ia adalah peraturan hidup,
cara bernegara atau tatanegara dan bangsa,
untuk semua kaum dan bangsa
Kalau kita tidak mahu agamanya, kerana masing-masing
sudah ada agama menjadi pegangan
tidak mengapalah ia tidak boleh dilarang
dan tidak boleh ditentang
Agama adalah hak individu tidak boleh dipaksa sekalipun oleh negara
Agama ada hubungan dengan keyakinan yang ghaibdan ketuhanan
Peraturan hidup, cara atau tatanegara apalah salahnya
diterima untuk keselamatan Kita bukankah sedang mencari-cari satu sistem yang lebih baik untuk semua kaum dan bangsa
di dalam sebuah negara demi perpaduan kaum,
keharmonian dan keselamatan?
Oleh itu mari kita memperkatakan Islam Hadhari,
cara hidup dan tatanegaranya sahaja untuk difahami
Supaya kita dapat melihat keindahannya
dan boleh dipakai bersama demi keharmonian kaum
dan bangsa Malaysia yang bersefahaman
Apa erti Islam?
Apa erti Hadhari?
Islam ertinya keselamatan, apakah ada orang
tidak suka keselamatan?
Erti keselamatan secara umum yang besar-besar
dan asas-asasnya yang pentingnya
adalah seperti berikutan:
Keadilan adalah termasuk keselamatan,
keadilan di segi undang-undang,
keadilan mendapat pekerjaan,
keadilan pengagihan kekayaan mengikut
kemampuan dan kebolehan
Termasuk keselamatan juga berkasih sayang,
bersatu-padu, rasa bersama, bekerjasama
semua orang memerlukan
Tolong-menolong, bela-membela, bertolak ansur
sangat penting di dalam kehidupan
Hormat-menghormati satu sama lain,
tidak boleh hina-menghina kerana berlainan agama
dan bangsa sangat diperlukan di dalam pergaulan
Setiap orang diberi kebebasan melaksanakan
hak asasi masing-masing mengikut undang-undang
dan peraturan supaya tidak ada perlanggaran
Begitulah ertinya keselamatan mengikut Malaysia Maju
secara lebih kurang atau secara rambang
Setelah digambarkan sepintas lalu
erti keselamatan mengikut Malaysia Maju
saya rasa semua orang memerlukan,
apakah ada yang menentang?!
Itulah yang patut semua kaum dan bangsa
di dalam negara ini faham dan perjuangkan
Erti Maju pula, perlu setiap kaum dan bangsa di negara ini ada pengetahuan tentangnya
agar tidak salah faham untuk diamalkan di dalam kehidupan
Maju kalau dihuraikan ertinya Malaysia yang maju dan membawa kemakmuran
Keperluan-keperluan asasnya setidak-tidaknya seperti tempat tinggal, alat-alat perhubungan, alat-alat pentadbiran, kemudahan-kemudahan mencari ilmu dan pelajaran melalui aiat yang canggih mengikut keperluan dan zaman
Keperluan-keperluan di bidang makan minum, pakaian dapat diwujudkan dan di dalam kesejahteraan dan kemakmuran
Kemajuan kampung dan bandar, alat-alat ketenteraan diwujudkan mengikut zaman
Ituiah dia Malaysia Maju adalah gabungan di antara pembangunan insaniah dan kemajuan material yang sangat diperlukan setiap insan,
oleh bangsa dan negara mengikut zaman
Apakah maju di sudut insaniah
seperti yang disambarkan di atas tidak diperlukan?
Apakah kemajuan material seperti yang disebut
ada orang yang hendak menentang dan persoalkan?
Kalaulah setiap warganegara di Malaysia
faham erti Malaysia Maju, maju dan makmur
apakah patut ditentang?
Islam yang membawa keselamatan dan keharmonian
dan membawa kemajuan dan kemakmuran
adalah idaman setiap insan
Kalau rakyat yang berbilang kaum dan bangsa di Malaysia
faham memang itulah yang diidam-idamkan
Jika rakyat Malaysia mengerti tentang Malaysia Maju
itu adalah khabar gembira buat mereka
Cadangan Perdana Menteri kita
adalah kebaikan untuk semua
Ini adalah satu perubahan yang memang kita perlukan
Kalau rakyat Malaysia faham dan perjuangkan
Malaysia Maju dari sekarang kita akan lihat
satu perubahan yang luarbiasa akan berlaku
sangat menguntungkan
Mari kita bersatu di belakang PM
dan bersama-sama memahami dan mengamalkan
Malaysia Maju yang membawa keharmonian
dan kemajuan
Integrasi atau perpaduan kaum dan bangsa
akan menjadi kenyataan
la mesti bermula daripada sekarang diperjuangkan
Itulah caranya juga gejala masyarakat
yang sangat ditakuti oleh semua kaum dan bangsa
di Malaysia akan berkurangan
Sangat bijak PM kita mencari satu formula
yang sesuai untuk semua kaum dan bangsa
Marilah kita berjuang ke arah itu
Malaysia akan lahir satu bangsa baru
yang semua mendapat keuntungan
INTEGRASI KAUM
Malaysia Maju memberi ruang dan peluang yang luas untuk integrasi kaum, sama ada antara yang Islam dan bukan Islam atau antara sesama yang bukan Islam.
Dalam soal ini, integrasi atau perpaduan kaum itu perlu difahami betul-betul. Kita tidak boleh jadi jahil atau tersalah dalam memahaminya. Kalau tersalah, takut-takut apa yang kita usahakan itu bukan integrasi atau perpaduan kaum tetapi hanya berkumpul dan berpersatuan. Berkumpul dan berpersatuan nampak macam bersama tetapi ia bukan integrasi atau perpaduan. la hanya perpaduan fizikal.
Integrasi kaum bukan setakat perpaduan fizikal. Bukan kerana kita berkongsi perniagaan atau kita berada dalam parti yang sama atau gabungan parti yang sama. Bukan juga kerana kita berkongsi ideologi yang sama. Integrasi kaum bukan juga kerana kita selalu bertemu di majlis-majlis makan. Bukan juga kerana kita selalu bertemu di majlis-majlis perayaan kaum dan bangsa. Semua itu adalah hubungan yang berbentuk fizikal atau lahir semata-mata. la tidak dapat mem-buahkan integrasi atau perpaduan seperti yang diperlukan oleh negara.
Anggota lahir tidak tahu apa-apa. Dia tidak mengerti dan tidak merasa apa-apa. Yang mengerti itu adalah akal dan yang merasa itu adalah roh atau jiwa. Sekiranya akal fikiran tidak selari dan jiwa tidak ada perasaan bersama, pertemuan itu hanyalah pertemuan fizikal yang tidak mempunyai erti apa-apa.
Kalau fikiran tidak bertemu dan hati tidak serasa, sesuatu kaum atau bangsa tidak akan boleh bersatu dan berpadu. Bahkan, semakin kerap bertemu, semakin jauh di hati. Makin selalu bertemu, jarak hati semakin melebar. Ini mudah dilihat dan ternyata di dalam hidup kita seharian. Di dalam satu parti, biasa berkrisis selalu. Di dalam satu parti, biasa ada team-team, kroni-kroni dan klik-klik yang sentiasa mahu jatuh-menjatuhkan antara satu sama lain.
Di dalam satu ideologi, biasa berlaku perpecahan, permusuhan dan perperangan. Dalam perkongsian perniagaan, biasa berlaku perselisihan dan ada yang terus pecah per-kongsian. Ini semua kerana fikiran tidak bertemu, hati tidak serasa.
Yang dikatakan integrasi atau perpaduan itu ialah yang bersifat maknawi dan rohani, berdasarkan akal dan jiwa. la adalah ikatan akal dan jiwa. Jarang bertemu pun tidak mengapa. Tidak berada dalam satu parti pun tidak mengapa. Asalkan fikiran selari dan jiwa rasa bersama.
Kalau begitu, baru kita faham. Untuk bersatu dan berpadu, sekali pun di antara satu kaum dan bangsa yang sama atau dalam satu parti yang sama amatlah susahnya. Tidak mudah berlaku seperti yang dikata. Yang berkata mudah itu ialah orang yang jahil yang tidak mengerti apa itu hakikat perpaduan yang sebenarnya.
PERPADUAN ADA BERBAGAI-BAGAI KATEGORI :
1. Perpaduan yang terpaksa
la datang secara mendadak dan tiba-tiba. Perpaduan secara ini hanya sementara, payah kekal lama. Apabila satu bangsa atau kaum yang berbalah diserang oleh musuhnya, terpaksa mereka bersatu untuk menghadapinya. Setelah selesai menghadapi musuh dan ancaman sudah tidak ada, perpecahan dan perbalahan berlaku semula.
2. Perpaduan yang dipaksa
Perpaduan yang diakta dan diundang-undangkan oleh negara kerana kepentingan nasional atau kepentingan bersama, demi keselamatan dan keharmonian bangsa. Kalau tidak risikonya berat dan terpaksa ditanggung bersama. Perpaduan ini hanya sebagai etika sahaja. Terpaksa berlakon dan berpura-pura kerana takut dihukum oleh negara.
3. Perpaduan bersifat ideologi
Ideologi yang diserapkan dan dididik semenjak di sekolah oleh negara hingga rakyat jadi fanatik, seolah-olah ideologi itu sudah jadi aqidah, agama atau jiwa bangsa. Perpaduan ini agak kuat sedikit daripada yang di atas tetapi berbahaya. Kerana apabila rakyat sudah fanatik dengan sesuatu ideologi, mereka akan memusuhi lain-lain bangsa yang tidak sama ideologi dengan mereka.
Perpaduan seperti ini boleh mengundang banyak musuh seperti berlakunya perang dunia yang kedua. Pihak Nazi, Bersekutu dan Komunis berperang kerana ideologi. Akhirnya, dunia yang musnah dibuatnya. Perpaduan begini tidak ada gunanya.
Ketiga-tiga bentuk perpaduan di atas masih kasar atau masih ada border. la masih menggunakan otak dan kemudian ditubi-tubi. la masih di tahap akal sahaja. la belum bersifat rohani atau kejiwaan.
Perpaduan ini juga banyak terdedah kepada sifat-sifat mazmumah atau perangai jahat manusia. Sifat mazmumah atau sifat jahat yang bersarang di hati manusia adalah punca manusia bergaduh dan berbalah. Sifat-sifat ini memusnahkan kasih sayang, tolak ansur, maaf bermaafan, lapang dada, timbang rasa dan sifat suka mendahulukan orang lain. Sifat sombong, hasad dengki, mementingkan diri, hidup nafsi-nafsi, berdendam, pemarah, tamak, bakhil, zalim, khianatdan lain-lain boleh memecahbelahkan manusia dan menyebabkan krisis, pergaduhan dan perbalahan.
Ketiga-tiga bentuk perpaduan yang disebutkan di atas tidak mampu membuang mazmumah dari hati-hati manusia, dan ia juga tidak mampu melenyapkan perangai jahat manusia. lanya masih secara kasar dan bersifat luaran. Oleh itu, sekuat manapun perpaduan, ia tetap akan pecah akibat dilanda oleh pukulan-pukulan mazmumah ini. Kalaupun ada bersifat kejiwaan, ianya adalah hasil lobi-melobi, ditubi-tubi dan dipaksa-paksa.
4. Perpaduan ikatan akal dan jiwa
Iaitu perpaduan kerana takutkan dan cintakan Tuhan serta selaraskan akal fikiran. Bila takutkan Tuhan, manusia takut hendak membuat salah kepada sesama manusia. Maka tidak berlaku pergaduhan dan perbalahan. Bila cintakan Tuhan, automatik timbul rasa cinta sesama manusia. Akan datang rasa perikemanusiaan. Maka lahirlah sikap bertolong bantu, bela-membela dan bekerjasama.
Inilah perpaduan yang lebih kuat, sejati lagi hakiki. Iaitu perpaduan yang lebih bersifat sejagat, global dan seni. la bersifat maknawi dan rohani. la bersifat akal dan jiwa. Inilah perpaduan yang boleh membunuh sifat-sifat mazmumah yang memecahbelahkan manusia sekalipun yang dalam satu keluarga. la boleh mengikat kaum dan bangsa, yang berbeza warna kulit, bahasa, budaya dan agama. la adalah kepunyaan bersama seluruh manusia. Tuhan adalah kepunyaan bersama seluruh manusia tidak kira apa kaum, agama dan bangsa. Tuhan, sama-sama punya.
Kalau ikut Tuhan, tidak ada hasad dengki, tidak ada sombong, tidak ada tamak dan lain-lain sifat yang memecah belah-kan manusia. Rasa takut dan cinta pada Tuhan adalah kepunyaan bersama. Maka Tuhan menjadi pengikat antara semua kaum dan bangsa. Walaupun manusia itu mungkin berlainan agama dan kepercayaan, rasa bertuhan dan rasa mempunyai Tuhan itu adalah fitrah semula jadi. Rasa cinta dan takut Tuhan juga fitrah. Kalau bagi orang Islam, tauhid itu perlu dibina, bagi orang bukan Islam pula, fitrah bertuhan ini perlu disegarkan.
Ikatan ideologi adalah kepunyaan sesuatu kelompok sahaja, bukan kepunyaan bersama. Bahkan ia hanyalah ciptaan manusia. Begitu juga ikatan perundangan dan akta. Ianya atas dasar terpaksa. Tidak semuanya kena ataupun terlibat sama.
Wahai manusia sejagat. Sekiranya kita inginkan perpaduan sesama manusia, tidak kira kaum, bangsa dan agama, ilmu ini mesti ada. Supaya apabila berusaha untuk mencapai perpaduan, ada panduan dan kaedahnya. Namun, diingatkan untuk mencapai perpaduan, tidak semudah yang disangka. Tidak cukup dengan slogan, syarahan dan undang-undang sahaja.
Selagi sifat jahat dan mazmumah masih bersarang dalam diri manusia, selagi itulah manusia susah hendak bersatu. Bukan sahaja dalam satu kaum atau bangsa, bahkan juga dalam satu keluarga, satu ibu dan satu bapa. Kalaupun ideologi sudah sama, ertinya fikiran sudah sekata dan sehala, mazmumah pula pemecahnya.
Mazmumah lebih banyak memecahbelahkan manusia, sekalipun satu keluarga. Dalam satu agama pun kalau mazmumah bermaharajalela, belum boleh bersatu secara kukuh. Mazmumah boleh ditumpaskan hanya dengan rasa cinta dan takutkan Tuhan. Sekadar ideologi, tidak akan sampai ke mana. Soal mazmumah inilah yang jarang kaum dan bangsa di dunia memikirkannya.
SAJAK 5
Integrasi kaum
Perpaduan kaum bukan perpaduan fizikal,
Bukan kerana perkongsian perniagaan atau berada sama-sama satu parti atau satu.ideologi
Perpaduan kaum juga bukan kerana selalu bertemu di majlis-majlis makan
Perpaduan kaum bukan juga selalu bertemu di majlis-majlis perayaan kaum dan bangsa
Semua itu adalah berbentuk fizik atau lahir semata-mata Anggota lahir tidak merasa apa-apa atau tidak mengerti apa-apa.
Yang mengerti itu adalah akal, yang merasa itu adalah roh atau jiwa Kalau akal fikiran tidak selalu selari, jika jiwa selalu saja tidak ada perasaan bersama, pertemuan fizik itu tidak ada erti apa-apa,
Bahkan makin selalu bertemu, makin jauh dihati
Makin selalu bertemu, jiwa berjarak sekali
Ini terbukti fakta yang telah berlaku di dalam kehidupan kita sehari-hari memberi buktinya,
Di dalam satu parti, biasa berkrisis selalu
Di dalam satu parti, biasa ada team-team dan kroni-kroni, dan klik-klik yang jatuh menjatuhkan satu sama lain
Di dalam satu ideologi biasa berlaku perpecahan, permusuhan dan peperangan,
Kongsi perniagaan biasa berlaku perselisihan dan ada yang terus pecah perkongsian
Kerana fikiran tidak bertemu, hati tidak serasa, mungkin satu kaum atau satu bangsa tidak boleh bersatu
Di sini memberitahu kita bahwa perpaduan itu bersifat rohani dan maknawi berdasarkan akal dan jiwa
Jarang bertemu pun tidak mengapa, tidak berada dalam satu parti pun tidak mengapa
Kalau fikiran, selari jiwa rasa bersama
Kalau begitu, untuk bersatu, sekali pun satu kaum dan bangsa, satu parti amat susahnya
Tidak mudah berlaku seperti yang dikata, kecuali orang yang jahil memahami erti perpaduan, yang mudah berkata
Perpaduan ada berbagai-bagai peringkat atau kategori:
1. Perpaduan yang terpaksa
Ia datang secara mendadak dan tiba-tiba
Perpaduan secara ini hanya sementara, payah kekal berlama-lama Apabila satu bangsa atau kaum diserang oleh musuhnya
Terpaksalah bersatu untuk menghadapinya.
Setelah selesai menghadapi musuh, perpecahan atau perbalahan berlaku semula.
2. Perpaduan yang dipaksa atau yang diundang-undangkan oleh negara kerana kepentingan bersama, demi keselamatan dan keharmonian bangsa, kalau tidak risikonya diterima bersama.
Perpaduan ini hanya sebagai etika sahaja
Terpaksa berlakon atau pura-pura kerana takut dihukum oleh negara
3. Perpaduan yang bersifat ideologi yang dididik rakyat semenjak di sekolah oleh negara hingga fanatik,
seolah-olah dia sudah jadi aqidah atau agama atau jiwa bangsa. Perpaduan ini agak kuat daripada yang telah dicerita
Tapi ia agak bahaya kerana apabila sudah rakyat jadi fanatik dengan ideologi,
Mereka akan memusuhi lain-lain bangsa atau yang tidak seideologi, Perpaduan ini boleh mengundang banyak musuh seperti berlakunya perang dunia yang kedua,
Mereka berperang kerana ideologi, akhirnya perpaduan tidak berguna Kerananya, dunia musnah dibuatnya
Perpaduan yang telah disebut masih perpaduan secara kasar atau rambang atau masih ada border,
Perpaduan masih menggunakan otak kemudian di tubi-tubi, belum bersifat rohani atau kejiwaan
Masih berlaku longgar di sana sini kerana belum global
Perpecahan itu juga banyak berhubung dengan sifat-sifat mazmumah atau perangai jahat manusia
Kerana sombong, dengki, mementingkan diri, hidup nafsi-nafsi, berdendam, pemarah, tamak, bakhil, zalim, khianat dan lain-lain lagi, Boleh memecahbelahkan manusia
Perpaduan yang disebutkan tadi tidak mampu membuang mazmumah Perpaduan itu hanya secara kasar sahaja,
Perpaduan masih bersifat luaran kalau ada bersifat kejiwaan hanya lobi dan dipaksa-paksa,
Ada perpaduan yang lebih kuat dan sejati lagi hakiki
Perpaduan yang lebih bersifat sejagat, lebih global dan seni,
Ia bersifat maknawi dan rohani, ia bersifat akal dan kejiwaan
la boleh membunuh sifat-sifat mazmumah yang memecahbelahkan manusia sekalipun di dalam satu keluarga.
Ia boleh mengikat kaum dan bangsa, warna kulit dan bahasa.
Ia adalah kepunyaan bersama seluruh manusia
Inilah dia perpaduan yang keempat,
Apa itu perpaduan yang keempat ialah perpaduan ikatan akal dan jiwa manusia
Iaitu takutkan dan cintakan Tuhan dan selaraskan akal fikiran
Takutkan Tuhan, takut hendak membuat salah sesama manusia, tidak adalah perbalahan
Cintakan Tuhan, automatik cintakan sesama, datanslah rasa perikemanusiaan lahirlah bertolong bantu dan bekerjasama sesama Tuhan adalah kepunyaan bersama seluruh manusia tidak kira apa kaum dan bangsa
Ikatan ideologi kepunyaan sesuatu kelompok bukan kepunyaan bersama Bahkan ciptaan manusia Begitulah juga ikatan yang diperundang-undangkan atau terpaksa, tidak semuanya kena
Tapi Tuhan sama-sama punya,
Ikut Tuhan tidak ada hasad dengki, tidak ada sombong, tamak dan lain-lain sifat yang memecah belah manusia,
Takut dan cintakan Tuhan, Dia adalah kepunyaan bersama
Maka Dia menjadi pengikat semua kaum dan bangsa
Wahai manusia sejagat!
Sekiranya kita inginkan perpaduan sesama manusia, tidak kira kaum dan bangsa, ilmu yang disebut perlu ada
Agar melakukan perpaduan ada panduan dan kaedahnya,
Di sini diingatkan perpaduan tidak semudah yang di sangka,
Tidak cukup dengan slogan-slogan, syarahan-syarahan dan diundang-undangkan oleh negara,
Kalau mazmumah saja pun masih ada di dalam diri manusia, manusia susah hendak bersatu bersama
Bukan saja tidak boleh bersatu seluruh kaum dan bangsa, satu keluarga pun payah berlaku,
Kalau ideologi sudah sama, ertinya fikiran sudah sekata,
Mazmumah pula penghalangnya
Mazmumah lebih banyak memecahbelahkan sesama manusia, sekalipun satu keluarga,
Jika satu agama pun, belum boleh bersatu secara kukuh
Kalau membiarkan mazmumah bermaharaja lela
Mazmumah hanya boleh ditumpaskan dengan hanya takut dan cintakan Tuhan
Sekadar ideologi tidak mampu membendungnya padahal mazmumahlah yang banyak memainkan peranan memecahbelahkan sesama manusia Mazmumah inilah jarang kaum dan bangsa-bangsa di dunia, memikirkannya.
No comments:
Post a Comment