Friday, March 9, 2012

Selamat Datang Ke PentadbiranKU

Dipetik dari Bulletin Nur Muhammad

KERAJAAN ROH MENJAMIN DUNIA AKHIRAT

Suatu hari ketika Sayyidina Ali kwh pulang ke rumah, isterinya Saiydatina Fatimah ra hanya menghidang air. “Tidak adakah makanan untuk dimakan bersama-sama?” tanya Saiyydina Ali. Jawab Fatimah, “Sudah dua hari kami hanya minum air!”.

Saiydina Ali pun keluar untuk meminjam 1 dirham untuk membeli makanan. Seelok dapat, beliau terus ke kedai tapi di dalam perjalanan beliau ternampak seorang Sahabat yang murung. Didapati sahabat itu pun mengalami masalah yang sama. Saiydina terus menyerahkan 1 dirham kepada sahabat tadi dan terus ke masjid untuk bersembahyang dengan Rasulullah SAW. Selesai bersembahyang, Rasulullah SAW megikuti Saiydina Ali dan berkata mahu makan bersama. Sampai di rumah, Saiydina Ali tercium bau makanan yang sedap. Hairan dia, lalu bertanya isterinya; “Kata tadi tiada makanan?”.

Rasulullah SAW pun menjawab, “Itulah makanan dari syurga, Allah membayar wang 1 dirham yang kamu korbankan itu”.

Cerita di atas tadi memang sebuah sejarah yang benar-benar berlaku di atas nama Islam. Di dalamnya terdapat 3 kenyataan yang sungguh hebat.

1. Kemiskinan atau kesusahan hidup Sahabat.

2. Rasulullah SAW tahu tentang sesuatu kejadian yang tidak diberitahu pada Baginda.

3. Balasan Allah yang sangat besar kepada hamba yang sangat berbuat baik kepadanya.

Soalnya kenapa Allah Yang Maha Kaya Raya mentaqdirkan para Sahabat kadang-kadang berada di dalam kesusahan yang begitu dahsyat? Tidakkah itu boleh ditafsirkan bahawa Tuhan dan Nabi orang Islam miskin lalu orang takut dengan Islam? Padahal hakikatnya tidak pun begitu.

Sebenarnya, Allah memang suka untuk menimpakan kesusahan-kesusahan kepada orang-orangNya sekali-sekala, diselang seli dengan kenikmatan-kenikmatan supaya line ke Allah tidak putus. Kesusahan sebenarnya perlu untuk hamba memerlukan Tuhannya. Saiyidina Ali kwh dalam kisah tadi, kelihatan cukup kuat bilamana wang cuma 1 dirham yang begitu diperlukannya itu, sanggup dengan mudah diberikannya saja kepada orang lain. Hebatnya beliau. Hingga mampu mencipta sejarah yang begitu agung! Apakah rahsia kekuatannya dan untuk apakah sejarah yang begitu sekali kekuatannya direkodkan oleh Islam?

Ya, bilamana orang mempunyai Allah, line tidak putus-putus ke Allah, sedangkan Allah ialah segala-galanya, maka demikianlah halnya kekuatan jiwa yang dimilikinya.; yakni sanggup, berani dan yakin untuk melakukan akhlaq yang luarbiasa seperti kisah di atas. Kesusahan yang bertimpa-timpa yang Allah hentakkan kepadanya, bukannya membuatkan dia sakit jiwa, bahkan dia bahagia; kerana menurutnya Allah sedang memberi perhatian istimewa kepadanya. Dia yakin, seberat manapun kesusahan yang ditanggung, nescaya Allah tidak akan pernah mensia-siakannya. Ertinya orang Islam bilamana mampu mendapatkan Tuhannya. Kesusahan mampu diambilnya sebagai keperluan dan kebahagiaan! Lantas musuh-musuh yang menyaksikan pasti takut untuk berdepan. Sebab menyusahkan orang Islam bukan menyiksakan mereka, bahkan satu keperluan dan kebahagiaan mereka. Al hasil Saiyidina Ali salah seorang tokoh besar Islam, telah dapat memenangi kemampuan kepimpinan orang-orang bukan Islam, kerana mampu menjadi bapa kepada janda-janda, anak-anak yatim dan orang miskin. Padahal pemimpin-pemimpin dunia dilantik Yahudi, bukan saja tidak membela, bahkan janda, anak yatim dan orang miskin dijual untuk membuat kekayaan kepada dirinya. Akibat takut dengan kesusahan, takut dengan kematian. Pemimpin yang tidak takut susah itu nescaya mampu untuk membuang kepentingan diri demi untuk menyelamatkan rakyatnya dunia akhirat.

Kerajaan roh itu sebenarnya ialah kerajaan yang membekalkan matahari dan udara oksigen ke kerajaan bumi. Allah pasti akan membayar kerja-kerja yang dibuat untuknya jauh lebih hebat dari kerajaan lahir membayarnya. Bukti, kepada Yahudi itupun Allah boleh benarkan mereka terus bernafas, sedangkan nafas hak Allah.

Ya, nafas! Nafas itu pasti ada selagi hidup sekali pun kita tidak nampak dan tak dapat memegangnya. Begitulah cara Allah, teknologi roh mentadbir. Dan begitulah juga caranya Allah telah dan akan uruskan pembayaran-pembayaran kepada pejuang-pejuangnya yang full time : bukan tekologi dunia tapi dengan teknologi roh: pasti ada tapi tidak dapat dilihat dan tidak boleh dipegang. Tidak terduga oleh akal namun ianya benar-benar sebuah kenyataan. Di dalam sejarah budaya hidup orang Islam berlangsung secara teknologi roh inilah. Kalaulah Islam oleh Nabi Muhammad tidak cukup kaya waktu itu, masakan kekayaan Yahudi boleh tumbang dan dunia akhirnya menyerah diri kepada Islam untuk selama 700 tahun lamanya.

Yakinlah bahawa nescaya tidak akan rugi bagi sesiapa yang bekerja full time dengan kerajaan roh!

Baca : Sheikh Dituduh Membuat Duit Palsu

Selamat datang ke pentadbiranKu!

Seelok seorang suami mengisytiharkan berhenti kerja dengan kerajaan kerana fizikal memilih kerajaan ‘roh’, seorang isteri diganggu kebimbangan dengan hutang rumah, kereta dan lain-lain keperluan yang selama ini menggunakan wang gaji suami untuk melunaskankannya. Mampukah kerajaan Allah dan Rasul mencukupkan itu semua nanti?

Maka si isteri bermimpi. Dia melihat rumahnya di alam mimpi menjadi kecil. Tapi bila dia masuk, bilik-bilik di dalamnya semuanya terlalu luas. Itulah rumah Nabi kamu! Rumahnya kecil, tapi luas kerana syurga itu sangat luas. Ertinya, korban dunia, Allah ganti rumah dari syurga yang jauh lebih besar.

Buanglah salah fikir dan salah faham tentang Tuhan. Kerajaan roh yang Allah tinggikan daripada kerajaan lahir yang Allah ciptakan sebenarnya lebih menjamin keselamatan hidup dunia akhirat. Kenapa menyangka kerajaan-kerajaan tajaan Yahudi di bumi Tuhan ini yang lebih besar dan istimewa daripada kerajaan Tuhan yang sebenar, yang merupakan kerajaan roh itu?

Sepatutnya berhenti kerja di luar dengan rasa bangga. Lebih bangga daripada dapat kerja di istana Sultan Brunei! Sebab kerajaan Tuhan yang roh itulah yang Tuhan telah beri jaminan yang sebenar.

Di sini disertakan beberapa kisah benar yang berlaku ( sebenarnya banyak lagi kalau nak cerita) tentang rezeki, duit datang dari sumber yang tidak disangka. Memang orang yang berhasad dengki kepada Abuya dan jemaahnya akan menuduh macam-macam : duit dari jin, duit dari syaitan, toyol dan sebagainya. Siapa yang percaya? Kalau benarlah berkawan dengan jin boleh jadi kaya-raya macam ahli politik, profesion bomoh dah tak laku lagi.

Petikan Bulletin Nur Muhammad

1, Laporan dari Negeri Sembilan

Beberapa hari yang lalu kami ditakdirkan menghadapi masalah yang genting untuk menyelesaikan sewa, eletrik, air dan kebajikan anak buah. Kami meminta semua yang terlibat berkasih sayang, bermaafan sama sendiri, kemaskan ibadah dari solat hinggalah ke ‘pencak’ melawan nafsu jahat – satu amalan dalam tarikat – sepertimana juga tarikat lain, cuma nama dan cara berbeza – supaya dihayati dan dibuat secara berjemaah terutamanya di kalangan pemimpin hingga ke peringkat exco. Kami mengaku kami tidak mampu dan berdoa kepada Allah dengan bertawassul sungguh-sungguh dengan nama Nur Muhammad, Sayidi Sheikh Suhaimi dan Abuya al Fata at Tamimi . Lalu, menangis dengan air mata taubat, seorang Muslimah barisan ibu keimpinan Negeri Sembilan ini yang keletihan terus merintih hingga tertidur. Di dalam tidurnya itu beliau bermimpi di dalam bank atas namanya, duit sudah masuk dengan banyak sedangkan seingat dia hanya ada RM 1000 sahaja, yang memang tidak cukup untuk menyelesaikan overhead. Alangkah terkejutnya beliau, pada keesokan harinya, bila diperiksa, didapati dalam bank tersebut telah ada tambahan kemasukan sebanyak RM 8000. Terima kasih ya Allah! Terimakasih Nur Muhammad, Terimakasih Saiyidi dan Abuya. Jadi Tuhan telah benar-benar menghiburkan kami dengan kemasukan duit sebanyak RM 8000 itu. Benarlah kata Bonda Ummu Jah, yang air mata menangis kerana Islam tidak akan dihampakan oleh Allah.

Pernah di awal-awal pembukaan Rumah Amal Baitul Mahabbah, pengurusnya, seorang Muslimah hanya mampu mempunyai sebanyak RM300 dalam tangan sedangkan sewa Rumah Amal itu lebih kurang RM1500. Beberapa jam lagi tuan sewa akan datang meminta bayaran sewa. Cemas, tetapi tidak mahu meminta-minta kepada manusia selain Allah, yakin dengan janji Allah – jika bekerja dan perjuangkan Islam, pasti Allah akan bela, maka beliau menangis dan merintih, bertawassul sungguh-sungguh dengan Rasulullah, Imam Mahdi dan Abuya al Fata at Tamimi. Tidak berapa lama kemudian, pintu diketuk orang. Jiran sebelah memperkenalkan diri ” Benarkah ini Rumah Amal? Saya tak perasan pun, ini saya niat hendak menderma, dan di sini saya sudah sediakan cek RM1500 sebagai sumbangan saya”

Rumah Amal Baitul Mahabbah, Seremban

2. Laporan dari Australia

Berlaku satu perkara yang ajaib di sini, ada kemasukan AUSD 2350.01 dollar (RM7 ribu) tanpa diketahui dari siapa dan yang paling peliknya Nombor Rujukan kemasukan duit itu bertulis Ref:00000/7. Akaun ini dipegang oleh seorang sahaja, ianya adalah akaun khusus. Tuan punya akaun bertanya-tanya siapakah yang memasukkan wang tersebut jadi diwar-warkanlah pada semua kawan-kawan tetapi tidak mendapat maklumat. Sungguhlah terkejut sebab bila diperiksa slip bank hanya bertulis Ref :00000/7. Biasanya kalau ada orang yang memasukkan duit, nombor rujukannya akan ada angka-angka penuh. Tepatlah, duit dari bank Tuhan, dari ‘alam ghaib” itu banyak, bahkan melimpah ruah. Maka duit itu digunakanlah untuk kegunaan projek jemaah.

Love and Care Food Van, Perth, Australia

Ertinya kerajaan Allah dan Rasul itu benar-benar ujud. Allah ciptakan untuk orang-orang bertaqwa. Orang yang mensucikan rohnya. Hingga roh itu aktif mampu terhubung dengan roh-roh di alam roh. Kerajaan Allah dan Rasul itu 99 kali lebih besar daripada kerajaan dunia di bumi Allah ini. Yahudi itu kecil sangat di dalam pandangan kerajaan Roh. Oleh itu bersandar nasib lah dengan kerajaan ghaib supaya kita kuat. Iaitu dengan cara bekerja full time dengan jemaah Global Ikhwan untuk membangunkan cara hidup Islam sampai tercetusnya kerajaan model pemerintahan Islam. Sampai datangnya Pemimpin yang dijanjikan untuk memerintah daulah Islamiyah dan seterusnya Empayar Islam oleh Imam Al Mahdi.

Bayaran untuk pejuang-pejuang Islam yang full time, ialah Rasulullah saw akan cukupkan berapa sahaja keperluan hidup dan perjuangan mereka. Sistem ini, yang berbeza sama sekali dengan sistem gaji, di dalam Islam di sebut ma’asy. Yakni bayaran untuk keperluan.

Itulah Perbandingan Sistem Ma’asy dan Gaji

No comments: