Friday, March 23, 2012

Taubat


..
Taubat ertinya kembali merujuk kepada Allah yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Menyerah diri (surrender) pada-Nya dengan hati penuh penyesalan yang sungguh-sungguh. Yakni kesal, sedih, dukacita serta rasa tidak patut di atas dosa-dosa yang dilakukan sehingga menangis mengeluarkan air mata. Hati terasa pecah-pecah bila mengingati dosa-dosa yang dilakukan itu. Merayu moga-moga Allah ambil perhatian. Memohon agar Allah yang Maha Pengampun akan mengampunkannya. Meminta agar Allah memandang dan memberi dengan penuh kasih sayang. Hati yang pecah-pecah itu menjadikan anggota-anggota lahir (mata, telinga, kepala, kaki, tangan, kemaluan) tunduk dan patuh dengan syariat yang Allah telah tetapkan dan berjanji tidak akan mengulangi lagi perbuatan-perbuatan derhaka itu.
Dalam bab-bab yang lalu dengan izin Allah saya telah menghuraikan tentang hati (roh) dan nafsu serta bagaimana susahnya melawan nafsu (mujahadatunnafsi) sehingga kita selalu tewas kerananya. Ertinya, kita sentiasa berada dalam dosa.

Dosa-dosa itulah yang menjadi hijab antara hamba dengan Allah SWT dan kerananya juga Allah memandang hamba-Nya itu dengan penuh benci dan murka sehingga terhijab seluruh rahmat dan kasih sayang-Nya.

Bila ini terjadi, apa saja amal ibadah dan kebajikan yang kita buat, Allah tidak pandang dan tidak terima. Yakni pahalanya tergantung atau tidak sampai kepada Allah. Bahkan bukan itu saja, di Akhirat besok, Allah akan menghukum dengan Neraka yang maha dahsyat. Oleh itu wajib setiap hamba Allah itu bertaubat dengan segera terutamanya apabila melakukan dosa dan kesalahan.
..
Artikel ini adalah bagian dari buku Pendidikan Rapat DenganRohaniah Manusia yang berisi buah fikiran dan ilham dari Abuya Ashaari
Muhammad at Tamimi

Pendidikan Rapat Dengan Rohaniah Manusia karangan Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Taubat ertinya kembali merujuk kepada Allah yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Menyerah diri (surrender) pada-Nya dengan hati penuh penyesalan yang sungguh-sungguh. Yakni kesal, sedih, dukacita serta rasa tidak patut di atas dosa-dosa yang dilakukan sehingga menangis mengeluarkan air mata. Hati terasa pecah-pecah bila mengingati dosa-dosa yang dilakukan itu. Merayu moga-moga Allah ambil perhatian. Memohon agar Allah yang Maha Pengampun akan mengampunkannya. Meminta agar Allah memandang dan memberi dengan penuh kasih sayang. Hati yang pecah-pecah itu menjadikan anggota-anggota lahir (mata, telinga, kepala, kaki, tangan, kemaluan) tunduk dan patuh dengan syariat yang Allah telah tetapkan dan berjanji tidak akan mengulangi lagi perbuatan-perbuatan derhaka itu.

Itulah pengertian taubat. Tidak sepertimana sesetengah orang memahami pengertian taubat selama ini. Kata mereka, cukup dengan hanya mengucapkan istighfar di mulut, “Astaghfirullahal azim ( ) .” Hati tidak merasa bersalah dan berdosa. Tidak semudah itu Allah SWT hendak menerima taubat hamba-hamba-Nya kecuali setelah menempuh syarat-syarat (proses) yang telah ditetapkan-Nya.

Syarat-syarat taubat ada dua bahagian sebagaimana dosa dan pahala terbahagi kepada dua, iaitu: a. syarat taubat di atas dosa dan kesalahan dengan Allah b. syarat taubat di atas dosa dan kesalahan dengan sesama manusia.




..

Setelah bertaubat, Allah menyuruh kita segera mengejar Syurga.

Yakni dengan cara melakukan amal soleh atau amal kebajikan seperti berjuang, berkhidmat kepada masyarakat, bersedekah, menahan marah, memaafkan kesalahan orang dan sebagainya.
SYARAT TAUBAT DOSA DENGAN ALLAH

Antara syarat-syarat taubat yang berhubung kait dengan Allah ialah: 1. Menyesal sungguh di atas dosa-dosa yang telah dilakukan. Yakni terasa kesal, sedih, dukacita, rasa tidak patut kerana melanggar syariat Allah. Sekaligus datang perasaan menyerah diri kepada-Nya. 2. Berazam bersungguh-sungguh tidak akan mengulangi lagi perkara-perkara yang menjadi larangan Allah itu. 3. Meninggalkan perkara-perkara yang mendatangkan dosadosa dengan Allah sama ada dosa besar atau dosa kecil.
  • Antara contoh-contoh dosa besar ialah meninggalkan sembahyang, tidak puasa, tenung nasib, minum arak, zina, judi, rasuah, riba, memfitnah, mengumpat, membunuh dan lain-lain lagi.
  • Di antara dosa-dosa kecil ialah mendedahkan aurat, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, mendengar nyanyian yang menaikkan nafsu syahwat, bercakap perkaraperkara lucah, bergurau berlebih-lebihan, berkelakar, membazir dan lain-lain lagi.

Oleh itu, kalaulah selama ini kita terlibat dengan perbuatan yang haram (seperti riba, mendedahkan aurat, minum arak) maka kita tidak akan buat lagi atau terus tinggalkan perbuatan tersebut. Juga kalau kita terlibat dengan dosa-dosa kerana meninggalkan perkara-perkara wajib (seperti meninggalkan sembahyang dan tinggal puasa), maka kita tidak akan meninggalkannya lagi. Ertinya kita terus melaksanakan perkara-perkara yang wajib dengan bersungguh-sungguh dan membayar (qadha) segala perintah wajib yang tertinggal.


SYARAT TAUBAT DOSA DENGAN MANUSIA

Sekiranya seseorang itu berbuat dosa dan kesalahan yang ada hubungan sesama manusia, antara syarat-syarat taubat yang mesti ditempuhi ialah:
  1. Menyesal sungguh-sungguh di atas segala kesalahan yang dibuat terhadap orang lain itu. Benar-benar terasa di hati perasaan sedih, dukacita dan rasa tidak patut berbuat begitu.
  2. Meninggalkan terus perkara-perkara yang mendatangkan dosa dengan manusia.
  3. Berazam bersungguh-sungguh untuk tidak mengulangi perkara-perkara yang mendatangkan dosa yang ada hubungan dengan manusia itu.
  4. Meminta maaf atau meminta redha (halal) kepada orang yang kita telah berbuat dosa terhadapnya atau bayar semula ganti rugi atau pulangkan barang yang telah diambil.Dosadosa sesama manusia ini kalau hendak disebutkan terlalu banyak. Secara ringkasnya ia boleh dibahagikan kepada empat kategori iaitu:
    • Dosa yang ada hubungan dengan harta Contohnya hutang yang tidak dibayar, harta yang dicuri, dirampas, ditipu, dibinasakan dan lain-lain lagi. Ini semua mesti minta dihalalkan atau meminta maaf pada orang yang bersangkutan atau bayar hutang atau dibayar ganti ruginya atau seumpamanya.
    • Dosa yang ada hubungan dengan peribadi Contohnya pukul, tempeleng, cubit, rotan, dera seperti membuli, mengikat, merantai, menyeksa dengan barangbarang tajam atau binatang-binatang bisa, mencacatkan anggotanya atau memotong anggotanya, mengurung atau memenjarakannya dan lain-lain. Dosa-dosa ini semuanya mesti diminta maaf kepada orang berkenaan dan bersedia menerima hukuman mengikut ketentuan syariat sekiranya dia meminta untuk mengenakan hukuman di atas perbuatan kita itu.
    • Dosa yang ada hubungan dengan maruah atau agamanya. Misalnya memberi malu di depan khalayak ramai, mengumpat dirinya, menghinanya, menuduh dia dengan tuduhan-tuduhan yang tidak benar, fitnah dan lain-lain kesalahan. Ini mesti diminta maaf atau minta redha.
    • Dosa yang ada hubungan dengan keluarganya. Contohnya kita pernah pegang-pegang, raba-raba, cium anak gadisnya atau zinai anggota keluarganya atau bunuh ahli keluarganya dan lain-lain. Maka hendaklah minta maaf dan minta redha dari keluarganya. Kalau mereka tidak redha dan maafkan, kenalah sanggup diapa-apakan sahaja oleh pihak keluarganya itu sama ada dipukul, ditempeleng dan sebagainya mengikut yang ditentukan oleh syariat.

Di sini kita dapat lihat bahawa bertaubat terhadap dosa dengan sesama manusia lebih berat daripada dosa dengan Allah. Ia mesti menempuh empat syarat tetapi dosa dengan Allah hanya tempuh tiga syarat.

Semua tuntutan syariat ini mesti dibuat mengikut kaedah di atas, barulah taubat itu diterima oleh Allah. Sungguhpun begitu bukan mudah untuk menunaikan syarat-syarat tadi melainkan setelah memiliki hati yang benar-benar ikhlas dan surrender (menyerah sebulat hati) pada-Nya. Kalau tidak dapat menunaikan syarat-syarat ini, taubat itu tetap tidak akan diterima. Orang yang egonya tinggi amat berat untuk bertaubat. Lebih-lebih lagi dosa yang dilakukan itu terhadap sesama manusia.

Begitulah kasih sayang Allah kepada hamba-hamba-Nya kalau mereka membuat dosa-dosa. Masih ada peluang bertaubat untuk mendapat keampunan dari Allah dengan menempuh syarat-syarat yang telah disebutkan. Kecuali dosa syirik yang tidak mendapat keampunan dari Allah. Ini telah dinyatakan di dalam firman-Nya:

surat:4 ayat:48

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa-dosa syirik tetapi akan mengampunkan selain itu.” (An Nisaa’: 48)

Maknanya selain syirik, orang-orang yang bertaubat daripada dosa-dosanya akan diampunkan oleh Allah. Apabila diampunkan, maka samalah dia seperti orang yang tidak berdosa. Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: “Orang yang bertaubat daripada dosa sepertilah orang yang tidak berdosa.” (Riwayat At Tabrani)

Sabdanya yang lain:

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menyukai seorang mukmin yang terjerumus berbuat dosa tetapi bertaubat.” (Riwayat Ahmad)

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menerima taubat hamba-Nya selama nyawa belum sampai ke tenggorokan.” (Riwayat Ahmad)

Maksudnya: “Semua anak Adam pembuat kesalahan, dan sebaik-baik pembuat kesalahan ialah mereka yang bertaubat.” (Riwayat Addarami)

Maksudnya: “Tiada sesuatu yang lebih disuaki Allah daripada seorang pemuda yang bertaubat.” (Riwayat Ad Dailami)

Allah juga memberitahu kita dalam firman-Nya:

  1. surat:5 ayat:39
    Maksudnya: “Maka barangsiapa yang bertaubat, sesudah melakukan kejahatan itu dan membaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al Maidah: 39)
  2. surat:5 ayat:40
    Maksudnya: “Tidakkah kamu tahu, sesungguhnya Allah yang mempunyai kerajaan langit dan bumi, diseksa-Nya siapa yang dikehendaki-Nya dan diampuni-Nya bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (Al Maidah: 40)
  3. Allah berfirman lagi: surat:4 ayat:110
    Maksudnya: “Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya kemudian dia memohon ampun kepada Allah, nescaya dia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (An Nisaa’: 110)

Berdasarkan Hadis-Hadis dan ayat-ayat Al Quran tadi, dapat difahami bahawa wajib setiap orang Islam itu bertaubat daripada dosa-dosanya supaya tidak menjadi hijab antara dia dengan Allah SWT (huraian lanjut dalam Bab 28: Rahsia Hati). Setelah bersih daripada dosa, hijab pun terangkat. Terhubunglah kembali kasih Allah yang terputus selama ini. Dia memandang hamba-Nya itu dengan pandangan penuh kasih sayang sehingga rahmat-Nya melimpah ruah. Justeru itu, hiduplah si hamba yang bertaubat itu dengan penuh bahagia di dunia dan mendapat balasan Syurga di Akhirat.


..

Demikianlah jika sebaliknya berlaku. Kalau hamba itu tidak bertaubat daripada dosa-dosanya, ertinya dia akan sentiasa berada dalam keadaan dosa. Maka terhijablah dia dengan Allah SWT. Hubungannya dengan Allah terputus.

Di waktu itu Allah memandangnya dengan penuh kebencian dan kemurkaan. Rahmat dan kasih sayang Allah terputus.

Seluruh amal ibadahnya tergantung. Di Akhirat nanti Allah seksa lebih dahulu dengan azab yang amat pedih.
Sebab itu Allah meminta dan memujuk hamba-hamba-Nya supaya segera bertaubat. Firman-Nya:

surat:3 ayat:133 surat:3 ayat:134 surat:3 ayat:135 surat:3 ayat:136

Maksudnya: “Dan bersegeralah kamu kepada ampunan Tuhanmu dan kepada Syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang yang bertaqwa, iaitu orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahu pun sempit, dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Dan Allah menyukai orang yang membuat kebajikan.
Dan juga orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka, dan siapa lagi yang dapat mengampunkan dosa selain daripada Allah. Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu sedang mereka mengetahui.
Mereka itu balasannya ialah ampunan dari Tuhan mereka dan Syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya, dan itulah sebaik-baik pahala orang yang beramal.” (Ali Imran: 133-136)

Berdasarkan ayat ini Allah meminta kita bersegera bertaubat. Yakni membesihkan diri dari dosa dan menyerah diri sepenuh hati pada Allah, sebelum kedatangan mati atau sebelum bertemu dengan-Nya. Kerana mati itu tidak tahu bila masanya. Boleh jadi mengejut, datang tiba-tiba.

Setelah bertaubat, Allah menyuruh kita segera mengejar Syurga. Yakni dengan cara melakukan amal soleh atau amal kebajikan seperti berjuang, berkhidmat kepada masyarakat, bersedekah, menahan marah, memaafkan kesalahan orang dan sebagainya.

Orang yang tidak bertaubat ertinya orang yang berdosa. Jika dalam waktu yang sama dia beramal ibadah atau mengadap Allah, perbandingannya samalah dengan seorang rakyat datang mengadap raja iaitu:

  1. Jika seseorang itu terlibat dengan dosa-dosa besar, dirinya umpama seorang rakyat yang hendak bertemu raja sedangkan seluruh badan dan pakaiannya penuh dengan najis tahi anjing yang sangat busuk dan menjijikkan. Najis tahi anjing itu bukankah najis mughallazah, yakni najis yang amat berat. Jadi dia bukan saja tidak dapat berjumpa dengan raja bahkan di pagar istana lagi sudah ditangkap dan dihukum penjara oleh pengawal-pengawal istana, kerana dianggap mengotori majlis raja.
  2. Orang yang melakukan dosa-dosa kecil pula macamlah seorang rakyat yang hendak bertemu dengan raja tapi badan dan pakaiannya penuh dengan najis tahi ayam atau tahi kucing atau tahi lembu yang sangat busuk dan sangat dibenci orang. Macam nasib orang tadi juga, belum sempat berjumpa raja, di pagar istana lagi dia sudah ditangkap dan dihukum penjara. Cuma hukuman yang dijatuhkan mungkin agak ringan sedikit berbanding dengan orang yang pertama tadi.
  3. Demikianlah juga berlaku dengan orang yang melakukan perbuatan-perbuatan makruh. Orang ini macamlah orang yang badan dan pakaiannya bercelomos dengan lumpur, debu-debu, habuk-habuk atau peluh yang busuk dan berbau hangit tapi bukan bernajis. Tiba-tiba dia mahu mengadap raja. Mungkin dia tidak dihalang untuk ke majlis raja tapi dia akan dimarahi dan ditempelak oleh pengawal raja kerana dianggap tidak bersopan. Walaupun tidak ditangkap tapi dia akan dapat malu juga kerana dimarahi.

Oleh itu untuk bertemu raja, ada syarat-syaratnya yang mesti dijaga supaya sentiasa berdisiplin iaitu kemas, bersih, rapi dan tahu adab-adab mengadap raja. Kalau tidak, di luar istana lagi akan dihalau, tidak diterima masuk mengadap dan ditangkap untuk dipenjarakan.

Demikianlah juga dengan orang-orang yang melakukan kesalahan, sama ada dosa-dosa besar mahupun dosa-dosa kecil, kalau tidak bertaubat, di Akhirat dia tidak berpeluang melihat Zat Allah yang Maha Indah. Sebaliknya, tempatnya adalah Neraka yang amat pedih dan amat dahsyatnya.

Orang yang melakukan perbuatan makruh juga kalau tidak bertaubat, walaupun tidak diazab seksaan Neraka, tapi Allah memandang dengan penuh benci. Dia dimarahi, diherdik dan diberi malu di depan makhluk-makhluk lain sehingga malu yang dirasakan pada kita waktu itu tidak terhingga dan terkata. Sehingga cair dan gugurlah segala daging-daging di muka dan akhirnya tinggallah rangka-rangka yang sangat hodoh dan mengerikan. Begitulah penanggungan malu yang dirasakan waktu itu.

Itu baru azab malu kerana terlibat dengan perbuatan makruh yang Allah benci. Itupun sudah tidak tertanggung oleh kita. Gambarkanlah seksaan yang akan ditanggung kalau melakukan dosa-dosa besar dan dosa-dosa kecil. Sudah tentu tersangatlah azab dan seksanya. Oleh itu marilah kita sama-sama bertaubat daripada segala dosa sama ada dosa-dosa kecil dan perbuatan yang dibenci iaitu makruh. Moga-moga kita menjadi orang yang bertaubat dan taubat kita diterima oleh Allah.


No comments: