Cho Seung Hui – orang timur yang maut dalam sistem Barat. Berhijrah ke Amerika semasa berumur 8 tahun. Beliau lambang kemusnahan sistem kemanusiaan sebuah superpower. Sistem hidup Amerika ibarat singa savana pencen yg nyanyuk, sudah kehilangan taring, singa pemangsa yg hanya menunggu ditumpaskan oleh mangsa2nya , jika mangsa mampu dan berani membunuhnya.
Barat sudah menjadi kiblat masyarakat dunia termasuk dunia Islam sekian lama. Kini Barat cuba mengabui mata dunia untuk menjadi superpower mutlak. Sedangkan realitinya, Barat sudah tidak punya masa depan, apalagi untuk menerajui dunia.
Buku terbitan 1992 yg bertajuk ‘Barat di Ambang Maut’ yg ditulis Abuya Ashaari Muhammad mengupas segala gejala yang memusnahkan Barat dan umat manusia seluruhnya. Beliau menulis bukan dari emosi tapi berdasarkan pengalaman, pengamatan dan pandangan mata hati yang tajam. Disenaraikannya satu persatu kepincangan Barat yang selama ini terselindung di sebalik kecanggihan teknologi dan kekuatan ketenteraan.
Diberitahu sebab musabab serta punca-puncanya dan diberinya jalan keluar yang terbaik untuk menyelamatkan Barat daripada kemusnahan mutlak.
Memang ubat itu biasanya pahit untuk ditelan. Begitulah dengan buku itu, mungkin terlalu pahit bagi orang Barat untuk menerima realitinya.Begitu juga dengan umat Islam yang telah sekian lama berkiblatkan Barat.
Namun Barat dan konco-konconya, kalau mahu selamat di era sekarang harus akur pada buah fikiran orang Timur. Kerana telah terbukti bahawa Timur sebelah sini kini sedang menerajui kebangkitan Islam menuju kemuncaknya.
Sebagai seorang pemimpin Islam yang praktikal, Abuya Ashaari Muhammad telah menggariskan strategi-strategi yang berkesan untuk memandu Barat ke jalan keselamatan. Inilah mesej penting buku itu dengan mengetengahkan Islam sebagai satusatunya penyelamat. Barat yang sedang mengalami kekosongan ideologi, mahu tak mahu terpaksa akur pada seruan ini: Aslim taslam : Islamlah, nescaya kamu akan selamat!
Inilah perang fikiran dan perang sikap (lisanul hal) yang sangat seni kerana sasarannya adalah hati dan fikiran. Tidak ada kerosakan fizikal yang berlaku, namun ini yang lebih ditakuti oleh Barat. Bukan rahsia lagi bahawa Barat kini sedang dihantui oleh bayang-bayang ‘Muhammad Baru’ yang mereka telah kenal pasti akan muncul di Timur.
Segala pergolakan di Barat bahkan di seluruh dunia, samada positif mahupun negatif, semuanya membawa petanda bahawa kebatilan kian musnah, kebenaran kian terserlah. Ini juga menandakan dunia sedang diproses menuju ke satu arah: Kegemilangan Islam kali kedua yang dijanjikan hadis2….
Manusia sejagat menunggu satu Dunia Baru yang akan menandakan kemenangan mutlak bagi kebenaraan dan tumpasnya kebatilan.
~Munajat~
Tuhanku
Izinkanlah hamba-Mu ini menuliskan tentang Barat,
negara di mana hambaMu , sedang berpijak sekarang.
Engkaulah yang merezekikan hamba untuk melihat bumi
Mu di sebelah sini.
Untuk menyaksikan perbuatan hamba-hambaMu yang sangat menderhakai-Mu.
Lalu sesudah menyaksikannya, hamba tidak boleh
membiarkannya begitu sahaja.
Suatu usaha dan ikhtiar mesti dilakukan agar
kcbiadapan dan kesilapan itu tidak berterusan.
Memerangi ideologi sesat anutan mereka itu hamba kira
adalah satu jihad agar ia tidak terus meracuni fikiran, jiwa
dan kehidupan manusia
Moga moga tulisan hambaMu ini
mendapat restu, rahmat, berkat dan pertolongan yang
Engkau janjikan pada hamba-hamba-Mu yang berjihad.
Tuhanku,
Tolong singkap tabir ilmu yang hakiki untuk menyuluh
masalah ini dengan tepat.
Sekaligus dapat membunuh budaya jahiliah yang mencengkam Barat kini yang ia telah menular ke seluruh dunia.
Tanpa ilmu yang hakiki, yang mampu menumbangkan segala kekusutan fikiran hamba-hambaMu yang di Barat ini, hamba kira tidak akan ada gunanya buku ini lahir.
Sekali lagi, tiada gunanya ya ALLAH, kerana akal terlalu lemah untuk mencari jalan penyelesaian yang tepat terhadap kekusutan yang maha rumit ini kecuali dengan ilmu hakiki yang Engkau ilhamkan ke dalam hati.
Sungguh hanya Engkau saja yang tahu dan mampu menyelesaikan masalah manusia ini dan hamba cuma mengharapkan pertolongan-Mu kiranya layak bagi hamba mendapatkannya,
Ya ALLAH,
Kiranya hal keruntuhan Barat ini dibiarkan atau kiranya dunia tidak diberitahu perihal kerosakan ini, maka sesungguhnya akan rosak binasalah kehidupan dunia ini.
Dan akan tertipulah umat Islam selamanya, Masakan tergamak hamba-Mu merelakan keadaan yang demikian itu terjadi tanpa pembelaan?
Wahai Tuhan,
Kiranya buku ini benar dan berfaedah maka ia adalah
milikMu, Hamba cuma alat yang Engkau gunakan untuk tujuan murni itu, Tapi kiranya buku ini penuh kekurangan, hingga kurang bermutu, maka ini adalah kerana tidak layaknya hambaMu yang dhaif dan berdosa ini mendapat pertolonganMu. Lalu hamba akuilah kehinaan dan kelemahun diri. Disamping memohon keampunan dariMu….
26 .8. 1990
BRISTOL, GREAT BRITAIN
PETIKAN BUKU ‘BARAT DI AMBANG MAUT’ : London 1992..telah diterjemah kepada THE WEST AT THE BRINK OF DEATH [ Seperti biasa, buku2 telah diharamkan oleh ulama rasmi Malaysia]
CNN Breaking News : 19 April 2007
Two Female students reported of annoying contacts from Cho/Disturbing Message from the grave/Cho wrote 2 notes, each 3 pages long/2005 Court Order : Cho is an imminent danger to himself/Cho ordered to undergo outpatients treatment/Killer on Tape/Disturbing Message from the grave/Cho dressed,posing with weapons, a hammer, a gun pointed to his head, two guns, a knife to his neck/Cho wrote 2 notes, each 3 pages long/mailed a package to NBC at 9.01 am, mailed it between the two murders/I will no longer RUN/I am a martyr like Eric and Dylan/Jesus loves crucifying me/
/Purchased a 9mm gun, 5 weeks ago at Roanokue gun store, [produced 3 forms of ID, passed background check for both guns..]30 miles from campus/The 22 caliber was picked at a pawn shop, close to the campus, routine transaction/
Experts worry Cho may be energizing some other killers, and concern about the COPYCAT factor
—————————————————————
Apakah kamu tidak perhatikan orang2 yang mengambil nafsu sebagai Tuhannya? Maka apakah kamu hendak menjadikannya sebagai wakil [orang yang bertanggungjawab]? Atau apakah kamu mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami? Mereka itu tidak lain, hanyalah seperti binatang bahkan lebih sesat lagi.
~Al – Furqan 43-44~
Adapun pemujian ke atas Barat hanyalan kerana melihat ketinggian ilmu dunia yang mampu menciptakan teknologi saintifik yang mengkagumkan dunia serta mempunyai kekuatan tentera yang hebat dengan peralatan yang sofistikated. Walhal kalau bukanlah kerana itu, sekali lagi saya katakan bahawa mereka itu sudah menghinakan diri mereka menjadi haiwan atau syaitan yg berwajah manusia.
Bilangan mereka yg terlibat mungkin tidak 100 peratus, tetapi sistem hidup mereka yg dibenarkan oleh mahkamah, pemerintah dan cerdik pandai mereka itu menuntun dan menghalakankan masyarakat ke destinasi yang sama.
Ertinya perjalanan hidup mereka sedang menuju ke arah menjadikan mereka itu binatang2 dan syaitan-syaitan yang berupa manusia. Ertinya Orang-orang Barat sedang menjahanamkan sifat-sifat kemanusiaan untuk diganti dengan sifat-sifat kebinatangan dan kesyaitanan.
Dengan penuh rela dan dengan begitu beraninya, mereka menguasahakan agar peradaban dan akhlak manusia dimusnahkan sama sekali. Mereka mahu jadikan dunia pentas hiburan di mana segala bentuk maksiat dapat dilakukan dengan sebebas-bebasnya. Sebarang agama, sekalipun agama mereka sendiri, tidak diberi tempat langsung dalam sistem hidup mereka.
Tuhan ditentangnya dengan bersungguh-sungguh. Seolah-olah Tuhan itu pengacau kebebasan yang mereka mahukan. Alhasil, hancurlah sudah nilai-nilai kehebatan mereka sebagai manusia. Sudah tidak berharga lagi. Sudah tiada nilai dan tiada gunanya lagi. Sebab itu saya namakan buku ini BARA T DI AMBANG MAUT.
Bukankah kita tidak pernah berkira bicara dengan binatang dalam apa juga masalah hidup kita? Demikianlah tidak ada gunanya lagi merujuk kepada Barat dalam kita mengatur hidup kita. Dan kalau kita merujuk juga, kita pun akan turut musnah bersama mereka. Ertinya, nilai dan sifat-sifat kemanusiaan kita akan musnah seperti mereka.
Islam yang ada pada kita, itulah tempat rujuk yang sebenar-benarnya. ALLAH dan Rasul itu yang paling layak diyakini dan dipuja-puji. Kalaulah kita bersedia untuk menghidupkan kembali Islam dalam kehidupan kita, dirujuk kepada Sunnah Rasulullah dan kehidupan salafussoleh, nescaya di atas kemusnahan nilai kemanusiaan Barat kini, kita boleh tampil sebagai penyelamat dunia.
Kita akan kembalikan dunia kepada pemiliknya. Kita akan corakkan dunia dengan Islam yang indah itu. Dan kita akan bawa manusia mendaki puncak kemuliaan insan di sisi ALLAH SWT.
Supaya Tuhan kita itu dicintai dan dirindui oleh seluruh manusia ciptaanNya. Supaya Tuhan diberi setinggi-tinggi tempat di dalam setiap hati; kerana di situlah selayaknya Tuhan itu ditempatkan dalam kehidupan kita.
Dan orang Barat, kita akan payungi mereka dalam perjalanan kembali kepada kemanusiaannya.Moga-moga kita mampu untuk mengisi kehendak dan kekosongan ini..
LANTARAN tidak sedar, tidak yakin dan tidak mahu mengiktiraf atau menolak peri pentingnya pembangunan jiwa atau spiritual, sebagai satu asas kepada pembangunan material atau fizikal, maka akhirnya masyarakat Barat menemui jalan buntu dalam hidup mereka.
Krisis nilai, krisis moral, krisis rumahtangga, krisis sosial, politik dan ekonomi yang mereka hadapi kini adalah akibat menolak nilai2 kejiwaan dan ketuhanan yang dianjurkan kepada manusia.
Orang-orang Barat tidak temui formula untuk hadapi anak derhaka, isteri yang degil, murid yang biadab, suami yang liar, ibu2 yang bengis, doktor yang curang, peniaga yang menipu, ketua yang sombong, pekerja yang malas, pemuda yang berfoya2 dan pemudi yang tidak tahu malu.
Mereka juga buntu dalam menghadapi sifat kegilaan pada kemewahan, permainan seks yang berleluasa, ketagihan arak dan dadah, kekosongan jiwa, kekusutan fikiran, hasad dengki, pemarah, bakhil, tamak, cinta dunia dan 1001 lagi kejahatan yang lainnya.
Sewaktu berada di Turki pada bulan Oktober 1991, saya bertemu dengan seorang pemuda yang mengetuai sebuah Yayasan Islam di Jerman. Namanya Murtaza Bulutay. Pertemuan itu berlaku di sebuah hotel di lstanbul. Saudara Murtaza menceritakan tentang seorang pakar sakit jiwa yang terkenal di sana yg memeluk Islam. Pakar sakit jiwa ini telah 10 tahun lamanya merawat ribuan pesakit jiwa yang datang kepadanya untuk mendapatkan rawatan.
Dalam ramai-ramai pesakit itu, dia dapati tidak ada seorang pun yang beragama Islam sedangkan umat Islam di Jerman ada lebih 7 juta orang. Dia lalu terfikir, tentu ada satu kuasa agung dalam agama Islam yang membolehkan penganut-penganutnya hidup dalam keadaan tenang dan bahagia walaupun berdepan dengan macam-macam masalah dan tekanan hidup. Dia percaya, itulah kuasa Tuhan. Maka dia pun memeluk Islam kerana dia yakin ilmu kebahagiaan itu ada dalam Islam.
Masyarakat Barat tidak ada ilmu tentang kebahagiaan hakiki bagi insan untuk hidup dalam aman dan damai. Maka jadilah masyarakat Barat bagaikan masyarakat haiwan atau syaitan. Nilai-nilai insaniah yang murni hampir tidak wujud lagi. Dan mereka pun tidak mempedulikan itu semua lagi. Hidup bagi mereka adalah untuk hidup. Tidak lebih dari itu. Maka berusahalah mereka semata-mata memburu kehidupan tanpa peduli apa akan terjadi. Sesiapa yang rasa sudah tidak boleh hidup lagi, terus cari jalan untuk mati bunuh diri!
Demikian halnya orang-orang Barat di tengah kemodenan yang mereka perjuangkan. Di atas segala kemodenan itu, mereka menderita kesepian, kekosongan, kegelisahan, kejemuan dan segala macam sakit jiwa lagi. Kemajuan teknologi begitu kaku untuk turut menyelesaikan krisis manusia sekitarnya.
Al hasil, orang Barat ini merempat dan terhina sekali hidupnya di celah-celah ketinggian teknologi yag mengkagumkan. Ini kerana masih belum ditemui jalan keluar, maka mereka terus menggali kubur di sebelah kemodenan material itu; guna mengebumikan jiwa dan hidup yang tidak lama lagi akan temui maut.
Sekiranya umat Islam juga ,terus-menerus berkiblatkan Barat, pasti nasibnya akan sampai ke sana juga. Senasib dengan Barat. Kecuali kalau kita insafi kesilapan ini; kembali kepada ALLAH, memperjuangkan cara hidup Islam.
Tapi kalau kita tanyakan pada orang2 Barat, apakah mereka setuju dikatakan mereka itu bangsa yang sakit, sudah rosak dan akan hancur, tentu mereka akan nafikan. Rasa sombong dan sikap tidak mahu mengakui kekurangan diri tentu tidak membenarkan kita menceritakan kelemahan dan kesilapan kita pada orang lain. Lagilah kaum kulit putih yang sedang menjadi empayar dunia, masakan sanggup merendah diri dan mengakui kekurangan dan masalah mereka. Mereka akan terus menutup kelemahan mereka. Dalam pada itu mereka tetap menonjolkan diri sebagai tenaga super yg menjadi ‘tuan’ kepada dunia.
Hakikatnya sikap mereka mungkin lebih jahat dari orang -orang di zaman manusia belum bertamaddun. Dan mereka memang merancang untuk melemahkan kita umat Islam, bahkan kalau mungkin melenyapkan terus kita dari bumi ini. Yakinlah, ia sudah diberitahu oleh Allah.
Al Baqarah 120 :
Sekali2 tidak akan redha orang2 Yahudi dan Nasrani itu sehinggalah kamu mengikut agama mereka
Amat menyedihkan, saya melihat umat Islam masih berkiblat ke Barat hinggalah ke saat ini. Barat dilihat sebagai superman yg dikagumi, ditakuti dan diikuti. Barat umpama tempat rujuk bagi segala persoalan hidup umat Islam. Bermula dari soal2 peribadi seperti pakaian, makanan, sikap hidup, akhlak hingglah kepada soal2 kenduri-kendara, pergaulan, suasana rumah tangga, sistem pendidikan, dasar pelajaran, peraturan dan undang2 negara & serba-serbi lahir batinnya.
Bahkan hal-ehwal Islam pun dipelajari dan dirujuk ke sana. Kalaupun tidak 100%, mungkin kurang 80% sikap Barat itu ada dalam hidup umat Islam di dunia saat ini. Termasuk juga dalam kehidupan sebahagian alim-ulama, tuan qadhi dan tuk2 mufti.
KALAU kita tanya pada orang-orang Barat, “Kamu percaya
kepada Tuhan?” Ramai yang akan menjawab sambil meng-
angkat-angkat bahu “Mungkim [maybe], saya belum pemah
berfikir tentang itu.”
Bagi yang percayakan Tuhan pula, kalau kita tanya, “Adakah kamu sayangkan Tuhan kamu dan berhubung hati selalu denganNya?”
Bersama senyum hambar, mereka akan menggeleng-gelengkan kepala sambil berkata,
” Tidak (No).”
Kita tanya lagi, “Kamu sering ke gereja?” Paling sedikit orang yang mengangguk, “Ya.” Sedikit juga yang kadangkadang pergi, kadang-kadang tidak. Paling ramai yang tidak pergi langsung. Ertinya yang masih beragama pun sudah tidak sanggup untuk seminggu sekali meraikan agama dan Tuhan mereka.
Gereja yang beratus-ratus buah peninggalan datuk nenek moyang mereka itu cantik-cantik, besar, gah dan senibinanya sungguh mengkagumkan kita. Namun banyak yg dijual.
Demikianlah masyarakat Barat memusuhi agamanya sendiri. Penjualan gereja yg berleluasa yang mereka lakukan adalah penghinaan tanpa sedar terhadap Kristian.
Mengapa orang Barat menolak agamanya, gerejanya, dan paderi-paderinya (ulama-ulamanya). Bahkan menolak sebarang agama lain.
Dalam pengamatan saya, ada beberapa sebab terjadinya hal yang demikian, iaitu:
1. Hasil perjuangan datuk nenek mereka dulu membina bangsa dan tamadunnya, maka lahirlah generasi Barat yang pintar-pintar, berani dan kreatif sekali. Mereka tidak akan terima sesuatu yang tidak logik, tidak standard dan tidak ada untung duniawi, menurut pertimbangan akal mereka. Agama Kristian misalnya, yang diminta mereka menganutnya, tidak munasabah pada akal; pun tidak memberi apa-apa panduan hidup yang indah untuk difahami.
2. Masyarakat tidak jatuh hati dengan paderi-paderi mereka. Sudahlah ajaran yang dibawa tidak terasa indah untuk difahami dan diamalkan, ditambah pula dengan perngai paderi-paderi yang mencari kepentingan diri dalam perkhidmatan mereka di gereja atau kebajikan-kebajikan yang dibuat atas nama agama. Dalam padaitu, kelihatan pada masyarakat Barat, paderi-paderi mereka berpura-pura dalam sikap hidup mereka, di depan ramai mereka berlagak sebagai orang baik, tapi di balik tabir, banyak maksiat yang dibuat; menggelapkan wang, zina dengan paderi perempuan, rogol, liwat dan lain-lain. Kecewalah masyarakat Barat, lalu meninggalkan ulama-ulama Kristian itu serta gereja-gerejanya sekali.
3 Oleh kerana Kristian tidak mampu memberi jalan keluar pada masalah hidup mereka yang lahir dan batin, maka mereka mencari panduan-panduan lain untuk tujuan tadi.
4. Ajaran-ajaran yang bertuhan untuk mereka anuti selain Kristian
pun tidak meyakinkan. Islam tidak jadi alternatifnya. Sebab mereka lihat umat Islam pun menghadapi masalah yang sama. Bahkan umat Islam dalam setengah2 hal lebih teruk lagi, kerana lebih kehilangan dunia dan agamanya (Akhirat) sedangkan mereka sendiri masih gagah kemajuan dunianya; cuma agama yang tiada.
Lalu jadilah orang Barat itu pelarian dalam agama. Mereka tidak kenal Pencipta mereka.Sedangkan lari dari agama adalah satu pelarian maut yang amat bahaya. Seorang anak yang lari dari ibu bapanya pun akan terumbang-ambing hidupnya, inikan pula yang lari dari Tuhannya ! Ertinya lari dari sumber ketenangan jiwa dan
kebahagiaan hidup, kepada kekosongan yang membunuh jiwa
dan hidup.
Hati yang tidak kuat dengan Tuhan adalah hati yang lemah, sakit dan tidak pernah puas dan tenang. Sebab makanan hati itulah keyakinan kepada Tuhan. Orang yang kuat keyakinan dengan Tuhan ialah orang yang tidak pernah gentar dalam menghadapi hidup sebab semua masalah dan ketakutannya dirujuk pada Tuhan dalam keadaan dia yakin bahawa Tuhan bersedia dan mampu menolongnya dalam segala hal. Tuhan yang kuasaNya tanpa batas, yang boleh melakukan apa sahaja dengan hanya berkata, “Kun – fa yakun” [ Jadi - maka jadilah ia]
Segala kesusahan dan kesakitan ujian dianggap sebagai ujian dari Tuhan untuk menghapuskan dosa2nya serta membersihkan dirinya.Dalam menanggung penderitaan, kita masih oleh tenang kerana teringat kejahatan yang dilakukan kepada manusia selama ini.
DISAMPING ITU, Mana ada dalam sebahagian besar masyarakat Barat nilai-nilai diri yang mulia? Akibat tidak takut dengan Tuhan, anak-anak menjadi sombong dengan ibu bapa, guru-guru, jiran tetangga dan lain-Iain. Kasih sayang pupus dari kalangan masyarakat yg hatinya kosong dari keyakinan dan rasa takut pada Tuhan Pencipta.
Hati2 manusia tidak takut untuk melakukan kesombongan, penekanan, kezaliman, penindasan. Penguasa2 melakukan apa sahaja tanpa menghitung kebenaran, keadilan, dan kemanusiaan lagi. Takut kepada polis, takut kepada mahkamah, takut pada penjar tidak cukup untuk menghalang manusia melakukan tipu daya terhadap orang lain, demi kepentingan dirinya.
Bila rasa malu sudah tidak ada dalam hati manusia (malu pada diri, pada manusia dan pada ALLAH) maka apa lagi yang menghalang manusia dari bercumbu-cumbu, berpe1uk-peluk dan melakukan hubungan seks di khalayak ramai?
Dan apabila terjadi demikian itu, apa bezanya lagi manusia dengan binatang?
Ertinya nilai diri, kecerdikan, kehebatan, kemuliaan sudah hilang sama sekali. Maka sepertimana kita tidak pemah hormat pada binatang, maka selayaknyalah manusia-manusia binatang itu tidak dihormati lagi.
Hati yang tidak pemah dididik untuk merasai diri hamba
ALLAH, menginsafi kekurangan, kehinaan dan kelemahan diri, melihat nikmat yang dimiliki adalah pinjaman sementara dari ALLAH dan bila-bila masa boleh diambil kembali menjadikan kita tidak punyai apa-apa lagi, adalah hati yang sangat sombong, degil, dan bengis macam hati singa, lebih liar dari singa savana.
Hati begini, bahagianya ialah kerana dapat membaham orang
lain; dapat menjatuhkan, dapat menghina dan memperkecil
kecilkan orang lain. Tidak pernah dipertimbangkan apa
perasaan orang, lain, bagaimana sakitnya disakiti, betapa
pedihnya kalau dimalukan dan diperkecil-kecilkan oleh orang
lain.
Hati itu tidak mahu mengakui hakikat di sebalik kekejaman yang dilakukan, Dia cuma berkata, “Peduli apa dengan orang lain”!
Hati ini apabila dia pula dikecewakan, dihina, disakiti,
cukup degil untuk menerima kenyataan bahawa itulah akibat
dari perbuatannya selama ini. Oleh itu, lantaran tidak sanggup mengakui hakikat bahawa dia juga lemah, maka atas dasar malu dan mahu melupakan masalah serta tidak mahu menanggung beban demikian, ia terus buat keputusan mengamuk membunuh orang lain dan membunuh dirinya sendiri.
Hati2 demikianlah yang memenuhi dunia Barat kini. Hati yang rosak, sakit dan kotor sekali, kerana tidak diberi makan; tidak dibersihkan, tidak dididik dan tidak dibajai selama ini.
Orang Barat tidak memikirkan untuk mengurus hatinya. Mereka hanya menguruskan akal, jasad dan lahiriah sahaja. Sedangkan hati dalam badan, macam enjin dalam kereta, kalau enjin tidak dijaga, kereta tidak boleh berjalan. Bila hati sudah terbiar, manusia sudah tidak jadi manusia lagi.
Pada sesetengah orang, kenyataan saya ini mungkin dianggap keterlaluan. Atau bermaksud jahat untuk memburuk burukkan Barat. Barat pada mereka itu, begitu hebat dan mengkagumkan. Sebab itu, kata-kata penghinaan kepada Barat dianggap emosional; lahir dari rasa dendam kesumat yang mendalam. Tapi bagi orang-orang yang berpandangan jauh, yang bukan hanya memandang dengan mata, tapi juga dengan akal dan hati yang peka, mengkaji dan meneliti sesuatu yang berlaku, nescaya dapat menerima hakikat bahawa Barat di ambang maut.Masa depan bangsa ini sudah gelap sekali. Mereka sedang terjatuh ke dalam lembah krisis yang serius. Krisis fikiran, krisis jiwa, krisis nilai, krisis ekonomi, politik, pendidikan, akhlak, rumahtangga, kemasyarakatan, krisis antarabangsa dan segala-galanya.
Sistem atau jalan hidup yang mereka lalui tiba ke garis penamat yang di bawahnnya ada gaung. Mereka buntu. Untuk berputar ke belakang adalah terlalu sukar dan jauh.
Dasar hidup yang dipakai menghasilkan kegagalan dalam
rumahtangga, dalam sekolah, dalam masyarakat dan di mana
mana juga yang ada manusianya.
Sebab mereka gagal melahirkan manusia yang boleh diharapkan membela bangsanya.
Yang ada hanya anak-anak muda yang suka mencari gaduh dan menyelesaikan masalah dengan senjata api, hingga dilaporkan bahawa anak-anak muda yang mati di jalanan lebih ramai dari yang terbunuh dalam perang di Teluk Parsi.
Setiap hari ada saja pergaduhan yang berlaku, yang berakhir dengan
tembak-menembak. Masyarakat Barat juga hanya mempunyai pemuda-pemudi yang memuja dan mengutamakan kebendaan, keseronokan, bercinta-cinta, berhibur-hibur dan seks. Bukan jadi rahsia lagi kini bahawa di Barat lelaki kahwin lelaki, wanita kahwin wanita (homoseks dan lesbian) sudah lumrah sekali.
Dilaknat ALLAH kaum Nabi Luth itu adalah kerana
homoseks ini.
Lihat dalam Al Quran:
“Maka tatkala datang azab Kami, Kami jadikan [negeri kaum ,
Luth itu] yang di atas ke bawah [Kami terbalikkan], dan kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang terbakar [dengan bertubi-tubi]
[Hud: 82]
Cuma di Barat ini, ALLAH tidak hancurkan sekaligus. Namun laknat ALLAH sudah menimpa kaum ini.
Bentuknya ialah mereka menanggung sakit jiwa dan sakit otak sehingga hilang ketenangan hidup dan tidak boleh tidur.
Pengguna (consumer) dadah ,yang tertinggi di dunia ialah di Barat; dijadikan ubat, tidur dan penenang jiwa.Bilangan orang Barat yang bunuh diri juga adalah yang tertinggi dibandingkan dengan zon-zon lain di dunia. Pemabuk juga banyak di Barat. Itulah azab yang sedang menimpa Barat. Bukan saja ibubapa,guru-guru dan orang tua-tua yang tidak mampu hadapi masalah ini, bahkan pihak keselamatan, doktor dan pemerintah pun gagal menghadapinya. Maka sekatan terhadap penderitaan atau jangkitan ini tidak dapat dibuat; lalu membiaklah ia untuk ,meningkatkan peratusnya ke angka maksimum. Ertinya lenyapnya bangsa ini tidak dapat dikawal lagi.
Selain itu, SEMUA orang mengakui bahawa akhlak yang baik adalah
satu daya tarikan yang kuat umuk membuatkan seseorang
diperhati, dihormati, dikagumi, disayangi dan didekati.
Bahkan dituruti dan ditaati. Seorang yang ramah mesra sering
dikunjungi. Seorang yang pemurah akan dikerumuni. Seorang yang sapan santun atau pemalu, orang akan segan dan hormat padanya. Orang yang merendah diri, orang lain akan jatuh hati padanya. Orang yang pengasih dan penyayang orang lain akan menyayanginya. Orang yang pemaaf, orang lain akan mengangkatnya. Orang yang bertolak ansur, orang lain akan memuji mujinya.
Begitulah orang yang suka berkhidmat pada orang lain;
jujur, ikhlas, sabar, adil, rajin dan lain lain lagi.
Ilmu, kuasa, rupa paras, kekuatan, kemewahan bukanlah syarat utama untuk menjadi seorang yang mulia dan dikasihi oleh orang lain. Semuanya hanya boleh menjadi syarat-syarat tambahan kepada faktor akhlak. Sebab itu Rasulullah SAW dipuji akhlaknya oleh ALLAH. Walhal yang istimewa pada Rasulullah itu bukan saja akhlaknya tapi juga ilmu, ibadah dan perjuangannya. Tapi ALLAH tidak pun mengatakan, “Sesungguhnya engkau mempunyai ilmu yang agung” atau “.. .ibadah yang agung” atau lain lain lagi.
ALLAH cuma mengatakan dengan firman Nya:
Sesungguhnya engkau (hai Muhammad) mempunyai akhlak yang agung.
[AI QaIam: 4]
Logiknya, mengapa akhlak sahaja yang disebut sedangkan yang lain lain tidak? Ini kerana akhlak adalah paling penting dan paling sukar untuk dicapai. Akhlak adalah buah ilmu dan ibadah. Dan peranan akhlak pula paling utama orang akan senang dan sayang pada seseorang kerana akhlaknya dan tidak pada keistimewaan keistimewaan lain yang tidak disertai oleh akhlak.
Buktinya:
Sebenarnya hilangnya kebahagiaan hidup kita ialah kerana isteri yang tidak berakhlak, sekalipun ia cantik dan bijak. Seseorang itu tidak pernah derita jiwa hanya kerana isterinya tidak cantik dan kurang bijak.Kalau dalam rumahtangga, masyarakat dan negara, ramai orang yang tidak berakhlak, maka rumah dan negara itu akan jadi ‘neraka’ dunia. Orang-orangnya terseksa dan menderita. Sebesar mana pun rumah dan semaju mana pun negara, pasti tiada makna lagi.
Ketahuilah bahawa Barat kini mempunyai cukup ramai orang yang sudah tidak berakhlak lagi.Memang mereka punya saintis, profesor, petani, pengarah dan pelakon filem, tentera, pejuang nasib haiwan, pemimpin dan pekerja yang pakar dan pintar serta produktif, tapi pakar-pakar tersebut adalah penjahat-penjahat yang mahir pula. Jadi apalah yang boleh dibanggakan lagi? Di mana mulianya mereka itu? Bahagiakah hidup mereka?
Sedangkan akhlak adalah ukuran kemuliaan sesuatu bangsa atau seseorang manusia. Harga diri atau maruah bangsa atau individu itu terletak pada akhlaknya. Rahsia keindahan, keharmonian, perpaduan dan keselamatan sesuatu bangsa adalah terletak pada akhlaknya. Seorang yang tidak berakhlak, orang tidak sayang. Mungkin orang akui kebolehannya, tapi orang takut hendak berkawan dengannya.
Di depannya orang takut, tapi di belakangnya orang akan kata, keji dan umpat.
Itulah yang sedang terjadi pada bangsa Barat. Dunia sudah kian melupakan mereka. Kerana Barat sudah gagal meyakinkan dunia bahawa mereka adalah bangsa yang bermoral tinggi, berbudi baik serta bertanggungjawab menaungi dan menyelamatkan dunia. Sebab itu Barat tidak mendapat perhatian istimewa lagi. Dunia tidak melihat dan merujuk lagi ke sana kecuali dalam beberapa hal. Perkataan Barat kurang diambil kira sangat lagi. Ia kian lenyap dan kian dilupakan, kecuali oleh orang-orang yang perangainya sudah macam orang Barat.
Tepatlah kata-kata hukama:
“Sesungguhnya satu bangsa itu dianggap wujud manakala masih kekal akhlak yang mulia. Bila akhlak tidak wujud lagi, bangsa itu dikira tidak ada [ada bagaikan tiada].”
Dunia sedang mencari dan menanti tempat rujuk yang baru. Patah tumbuh hilang berganti. Perhatian sedang ditumpukan pada Islam. Sebab hanya Islam yang mengajarkan pembangunan insan dan material yang seimbang dan serentak. Islam boleh buatkan, di waktu manusia memuncak maju tamadunnya, insaniahnya juga meningkat kepada kesempurnaan (insanul kamil). Islam. mampu mendidik dan melahirkan ahli-ahli ibadah (abid) yang berjuang. Yakni ahli sufi yang membangun, bertamadun dan berkuasa.
Lihatlah gcnerasl salafussoleh hasil didikan Rasulullah, para Sahabat dan tabi’in. Tiga perempat dunia dapat dikuasai oleh mereka yang asalnya kaum yang lemah dan kecil.
Dan dunia akhir zaman ini sedang menanti munculnya generasi kedua para Sahabat yang bakal mengambil alih dunia ini dari tangan Barat.
No comments:
Post a Comment