Global Ikhwan sebenarnya sedang mempromosikan perang terhadap seks haram tajaan Yahudi yang berkembang pesat di seluruh dunia sejak awal abad lalu, menyebabkan kemusnahan yang menggelisahkan kepada seluruh masyarakat dunia. (Seks Suci Islam telah dikupas dalam beberapa posting di tag Islamic Sex dan Obedient Wives Club di blog ini)
Para pejuang Islam, para penceramah, para ustaz kini rata-rata sukar hendak bercakap tentang dua perkara yakni munakahat@seks dan ekonomi. Seks : sebab menganggap hal ini lucah dan sulit, ekonomi sebab dangkal ilmu untuk memperbaiki tahap kemajuan bangsanya sendiri, walaupun sekadar bercakap @ teori. Program TV yang popular kebanyakannya adalah bab amal ibadat khusus, juga perubatan Islam terutama dalam hal mengubat sihir dan menghalau jin. Di internet ustaz-ustaz selain bercakap hal-hal syariat, syurga neraka, mereka lebih suka bersoal jawab hal Salafi Vs Syiah atau seumpamanya, kalau bukan politik. Program tentang keluarga bahagia pun jarang menyentuh tentang seks. Baik diam dari dicop ‘gatal’.
Walhal di luar sana, masyarakatnya sedang sakit dengan penceraian yang berlaku setiap 15 minit,anak luar nikah didaftarkan setiap 17 minit. Zaman ini, para remaja terdedah seluas-luasnya kepada seks, sedangkan alim ulama sunyi sepi.
Rujukan :
Dr Datuk Mashitah Ibrahim berkata : Statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada tahun 2009 menunjukkan berlaku satu perceraian pada setiap 15 minit di kalangan umat Islam.
Majalah Al Islam Februari 2010 :
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mencatatkan sejak tahun 2000 hingga Julai 2008, terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa. Secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Dan jika diunjurkan lagi, kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat! Hakikatnya kajian yang didedahkan oleh Dr. Fatimah Abdullah dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan itu tidak mengambil kira jumlah bayi yang dibuang, disembunyikan, atau yang mati ketika dilahirkan hasil daripada persetubuhan luar nikah.
Seks adalah satu bahagian yang amat penting dalam kehidupan. Sudah sampai masanya kita mempromosikan cara hidup seks yang suci, membahagiakan, yang dicemburui para Yahudi sebagaimana mereka terang-terangan mempromosi seks haram.
The old-listed Sports Arena KB Hallen blazes as a fire broke out in the morning of the opening of the “Erotic World Messe” in Frederiksberg, Copenhagen, Denmark, Wednesday, Sept. 28. 2011. The hall was completed in 1938 and was then Europe’s largest private sports facilities.
Baru-baru ini pada 28 September 2011, di Copenhagen, Denmark, sebuah pameran seks terbesar bertajuk ” Erotic World Messe” yang sedang dirancang telah dibatalkan kerana Stadium bertempatnya pameran ini telah terbakar teruk selang beberapa jam sahaja sebelum acara pembukaan. Betapa tergamaknya suatu kaum itu mempromosikan seks haram secara berleluasa sebegitu. Pameran dan pesta seks sering diadakan di seluruh dunia termasuk di Macau, China sebulan sebelum itu. Baru kali ini Allah izinkan pesta ini gagal berkat doa orang -orang bertaqwa @ orang Tuhan.
Seks yang kita belajar dari Rasulullah SAW adalah seks suci Islam, seks yang halal. Demi seks yang halal, kita mestilah mempromosikannya dengan kata-kata yang sebelumnya amat susah untuk diperkatakan. Sedangkan mereka, para musuh Tuhan melakukan pesta dan pameran seks besar-besaran, kita pula disuruh mempromosikan perkara yang sama (seks) di rumah – berdua – bersama pasangan yang halal, tetapi yang datangnya dari Allah, yakni ia sesuatu yang suci, dan memperkatakannya bukan lucah.
Kemudian bila yang turut memperkatakan seks Islam adalah wanita, ia semacam aneh. Padahal wanita telah dianggap sebagai objek seks di mana-mana. Mana ada wanita yang sanggup diejek, diperlekeh kerana bercakap tentang seks. Sedangkan bercakap tentang seks itu bukanlah kelaziman para wanita. Kalau dikaji, di dunia ini, yang gila menonton bahan pornografi adalah lelaki. ‘Kegilaan’ itu pada wanita Timur tidaklah sampai di tahap gila. Di Barat, nisbah wanita menonton pornografi adalah 1 kepada 3 lelaki. Fakta turut menyatakan di United Kingdom, purata lelaki yang berusia 18-35 tahun menghabiskan 1.25 jam sehari menonton pornografi dan kurang dari 3 minit cuba untuk mencari pasangan. Lihat segalanya tentang statistik pornografi di sini. Malaysia adalah antara negara yang menyekat akses kepada pornografi berbayar.
Hanya wanita yang berani dan hebat sahaja yang mampu memperjuangkan seks suci sebagai cara hidup Islam termasuklah poligami, sebagai teladan kepada kaum sejenis mereka terutamanya, demi untuk Allah dan Rasul atas nama Islam. Para sahabat dahulu lazim bertanya kepada Rasulullah SAW dan isterinya Sayidatina Aisyah RA tentang bab bersuci dan bab berkaitan seks kerana mereka tidak menganggap ia hal yang memalukan, lucah dan menjijikkan.
Kita seharusnya tidak kekok langsung untuk memperkatakannya kerana ia suci sementara Yahudi pula memperjuangkannya tetapi untuk tujuan haram. Bagi yang akan sanggup mati untuk Islam, inilah adalah satu lagi wadah untuk diperjuangkan.
Seperti suatu waktu dulu bila disebut istilah poligami, orang kata poligami kan neraka? Soalnya, benarkah Allah hendak memberi neraka kepada orang yang taat akan perintahNya? Dalam seks suci Islam poligami antara yang turut diperjuangkan sebagai penyelesai kepada banyak masalah.
Mengapakah perkara memperincikan hal jimak harus dilakukan secara terbuka (dalam memperkatakan seks halal?) Dalam kuliah? Di masjid? Adakah ia melawan tradisi orang-orang Melayu yang serba serbi pemalu dan tertutup bila memperkatakan hal ini? Inilah perangnya. Di akhir zaman sekarang, gambar-gambar lucah didedahkan Yahudi di mana-mana sahaja. Yahudi melakukan ini dengan satu tujuan besar agar manusia melakukan seks haram. Hingga masyarakat Islam sendiri memandang seks ini lucah, jijik, hina. Jadi bagaimana Islam harus bertindak balas?
Seks suci adalah halal, tidak dikatakan jijik, lucah dan sebagainya. Di zaman kenabian ketika fizikalnya berperanan, Rasulullah SAW pernah ‘mempamerkan’ bukti seksnya di depan umum. Dengan Rasulullah SAW mempamerkan bukti seks di jubahnya, cukup menjadikan para sahabat memperjuangkan seks halal dan terbuka mengenainya. Baginda pernah ke masjid di waktu Subuh dan disebabkan kezuhudannya, baginda telah memakai jubah yang sedikit basah. Apabila ditanya para Sahabat, baginda menjawab itu adalah bekas siraman air ke atas tumpahan air mani sebab baginda telah bersama isterinya ( Aisyah) pada malam sebelumnya. Sahabat tersipu-sipu malu, tetapi dari riak muka baginda mereka faham hal seks bukanlah suatu yang jijik dan hina, malah seks halal adalah suatu yang mulia. Dalam riwayat ini, seolah-olah Rasulullah memakai jubah ketika bersama isterinya. Sedangkan hakikatnya tentulah tidak begitu. Ditakdirkan kejadian air mani yang suci itu terkena jubahnya adalah untuk dijadikan asbab memperkatakan seks secara terbuka.
Kita amat tahu bahawa Yahudi dan Nasrani sekian lama memburuk-burukkan Nabi Muhammad SAW dan para Sahabat:-dilabel sebagai bernafsu buas dan menganiaya wanita. Jika kita baca di internet, banyak website yang panjang lebar mengulas Rasulullah sebagai seorang pedofil, juga memperincikan hadis-hadis tentang seks satu persatu demi untuk memutarbelitnya dan mengulas seikut nafsu mereka dengan niat jahat. Ya, mereka sendiri menganggap seks itu lucah. Sedangkan pada masa yang sama, masyarakat mereka hidup bergelumang dengan seks haram.
Tidak sama sekali ! Nabi Muhammad SAW dan pejuang-pejuang Islam, sebenarnya mereka memperjuangkan seks suci dan halal. Diperjuangkan seks Islam sebagai cara hidup berkeluarga. Hasilnya, 11 orang wanita isteri Rasulullah SAW diselamatkan dari api neraka, manakala keturunan dari zuriat baginda menjadi tokoh-tokoh dunia yang sumbangan mereka kepada dunia, tiada tandingannya. Apa samakah seks Islam ini dengan seks Barat yang mereka perjuangkan?
Mengapakah di dalam masyarakat, hasil dakyah Yahudi yang mempromosikan seks haram, bayi-bayi dijumpai di dalam tong-tong sampah, atau diserah di rumah-rumah kebajikan? Kenapa wanita-wanita dijual beli atas nama pelacur? Mengapakah pemimpin-pemimpin mereka mengeluarkan lesen-lesen perzinaan?
Yahudi atau orang Islam yang berfikiran Yahudi berkata, poligami atau taatkan suami, atau menyerahkan diri 100% kepada suami seperti yang dilakukan oleh para pelacur kelas atasan adalah merendahkan martabat wanita.
Sedangkan lesen-lesen pelacuran, di mana wanita-wanita menjadi pekerja seks untuk bayaran, adalah satu sistem Yahudi, dan sekarang suara-suara inilah yang mengatakan Kelab Taat Suami merendahkan kaum wanita. Sedangkan dalam seks Islam, isteri-isteri adalah halal kemaluannya setelah diijabkabulkan, dibayar mahar dan diserahkan amanah penjagaan. Demi menunaikan tanggungjawab oleh kerajaan Allah yang memuliakan pernikahan.
No comments:
Post a Comment