Thursday, February 23, 2012

Press Release RASMI KTS tentang buku Seks Suci Islam

Press Conference 20/10/2011 - dua dari kiri Lokman Hakim Pfordten, Fauziah Ariffin, Hajirah Hartley, Dr Azlina Jamaluddin

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.

Ini ialah jawapan dari Kelab Taat Suami (KTS ) berkait dengan buku Seks Suci Islam (SSI) yang telah diisukan akhir-akhir ini. Sebenarnya buku itu hanyalah untuk ahli KTS yang sudah berumahtangga. Hal ini tertulis dengan jelas di muka depan buku itu.

Namun kini ia tersebar luas kerana ada seorang yang tidak bertanggungjawab (Zawawi Aman – bukan orang kami) telah melakukannya.Kami tidak bertanggungjawab tentang penyebaran, namun kami kenalah menjawab persoalan yang memang KTS perjuangkan kepada masyarakatnya sahaja itu.

Inilah kenyataan akhbar (press release) yang kami anjurkan untuk menjawab;

Mengapakah pendedahan teknik seks secara detail dibuat di dalam buku itu?

Seorang ibu yang sangat prihatin demi kebaikan umat. Visi yang diamanahkan adalah untuk Islam sedunia. - HWP-

12 SEBAB MENGAPA BUKU INI WAJIB DI PERJUANGKAN

1. Sudah sampai masanya untuk Islam memberi jawapan kepada persoalan umatnya yang sudah terlalu rosaknya. Rosak oleh pengamalan seks haram. Rosak oleh terlalu banyaknya bayi dibuang. Rosak kerana sudah terlalu banyaknya rumahtangga umat Islam jadi porak peranda!

Petikan dari akhbar harian Kosmo! bertarikh 20hb Oktober, 2011 :

Masalah keruntuhan institusi keluarga Islam di negara ini semakin menjadi-jadi apabila rekod Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati, sebanyak 28,035 pasangan bercerai sepanjang tahun lalu.
Statistik itu bermakna, secara purata 77 kes perceraian sehari atau tiga kes bagi setiap jam didaftarkan di Malaysia berbanding 135,548 pasangan yang berkahwin tahun lalu.
Angka itu mencatatkan peningkatan 144 kes berbanding 27,891 pasangan yang bercerai sepanjang tahun 2009.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim ketika dihubungi semalam mengakui, sekali pandang jumlah kes perceraian pasangan Islam cukup tinggi dan membimbangkan.

Sungguh buku SSI adalah satu jawapan. Satu jalan keluar dan satu penyelesaian. Kalau bukan, apakah pilihannya?

2. JAKIM mengkarutkan buku SSI! JAKIM mengkarutkan apa saja oleh GISB!

JAKIM memperjuangkan Islam yang di antara kerjanya mengkarutkan apa saja yang dihasilkan oleh sekelompok umat Islam.

Apa JAKIM rasa kalau kami GISB mengkarutkan semua yang JAKIM buat? Islam kah orang yang kerjanya mengkarutkan sesama Islam tanpa usul periksa?

Islam kah orang yang melihat di depan matanya segala maksiat, tapi tidak bekerja untuk menghalang sebaliknya ada orang yang berusaha menghalang, dikarutkan begitu saja?

3. Terus terang kami di Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB) dan KTS tidak puas hati dengan kursus perkahwinan yang JAKIM dan Jabatan Agama anjurkan kepada Malaysia selama ini. Bukankah banyak rumahtangga tidak pun selamat hasil menerima kursus itu? Maka buku SSI kami keluarkan, setelah tersebar eloklah diambil untuk bahan kursus perkahwinan selepas ini.

4. Orang Barat (Yahudi) memperagakan seks dengan cukup terbuka, apakah anda fikir Islam tidak semampu Barat untuk membuka ilmu seks ini sampai setinggi-tinggi dan seluas-luasnya hingga mengalahkan Barat? Orang-orang Barat dengan megahnya tayangkan kehebatan seks mereka, apakah orang Islam tidak mampu menandingi orang Barat untuk perkatakan seks yang jauh lebih hebat dari itu? Apakah bidang seksual menurut Islam adalah sesuatu yang tidak dibenarkan, maka segala-galanya tentang nya wajib ditutup sama sekali? Siapakah yang berani mengatakan Islam menghalang pendedahan ilmu dan teknik-teknik seks suci yang membolehkan nikmat hebat itu dikongsikan dengan semua secara maksima sekali?

5. Sampai bayi dibuang berselerak di mana-mana di Malaysia pun (hasil kegiatan seks haram, hasil perjuangan Yahudi ke atas umat Islam), dalam 15 minit satu perzinaan, dalam 17 minit satu bayi dibuang, anda masih berfikir seks suci lagi halal itu tidak patut didedahkan? Tidakkah bila umat Islam dikejutkan oleh adanya seks suci yang hebat, yang dibuka kepada umum untuk tatapan, lalu orang pun berusaha untuk mendapatkannya dan meninggalkan penzinaan? Paling tidak, penaja-penaja seks haram di Malaysia, bila baca buku Seks Suci Islam (SSI) ini akan berkata; kalau Kelab Taat Suami (KTS) dibiarkan untuk menawarkan SSI yang hebat dan jauh lebih murah itu, gelaplah masa depan bisnes kami?

6. Anak-anak remaja Malaysia kalau dilihat banciannya sudah keterlaluan sekali keterlanjuran dan bacaan dan tatapan mereka mengenai perbuatan seks yang haram. Sangat terbukanya pendedahan dan dorongan seks haram yang dibuat oleh semua media-media di Malaysia. Jangan katalah aktiviti seks haram itu cukup rahsia kepada mereka.

Nasib baiklah adanya buku SSI ini untuk menjernihkan fikiran mereka, bahawa di dalam Islam, seks itu lagi hebat, lagi mulia, lagi indah, lagi murah, pun mudah didapati. Boleh dibual-bualkan, boleh dibawa berbincang dan merupakan pilihan lebih baik daripada apa yang ditawarkan oleh penaja seks haram.

Sila baca petikan berikut:

3 Daripada 6 Remaja Terbabit Seks Bebas

Oleh Muhd Amirul Faiz Ahmad dan Mohd Nasaruddin Parzi
bhnews@bharian.com.my
2011/10/01

PENINGKATAN STATISTIK HUBUNGAN LUAR NIKAH DORONG KES PEMBUANGAN BAYI.

PUTRAJAYA: Setiap tiga daripada enam remaja berumur antara 15 hingga 28 tahun di negara ini, kebanyakannya lulusan universiti didapati melakukan hubungan seks luar nikah bersama pasangan masing-masing kerana didorong perasaan ingin mencuba akibat menonton video lucah, sekali gus dikhuatiri menyumbang kepada kes pembuangan bayi.

Sedangkan buku SSI kalau terbaca pun oleh remaja belum berkahwin, mereka takkan berani mencuba kerana mereka kena ingat Allah sewaktu melakukan. Orang berzina itu tahu Allah marah.

7. Sasaran buku ini ialah kepada golongan professional dan atasan yakni ahli-ahli GISB. Sebab mereka mampu berfikir dan berani memulakan dan mencetuskan pembaharuan untuk bangsanya. Adanya teknik perbuatan seks yang boleh mengalahkan Barat itu, boleh pula didedahkan untuk membuatkan masyarakat pejuang-pejuang Islam, pejuang-pejuang Allah dan Rasul, akan kempen habis-habisan supaya umat Islam jangan lagi pergi ke rumah-rumah urut seks haram, tapi datanglah ke kelab-kelab yang menawarkan SSI yang hebat, mudah, murah. Perkahwinan yang mudah, murah dan terpandu.

Masalah ranjang boleh menyumbang kepada penyakit kanser payudara dan prostate. Kurang muqaddimah@foreplay menjurus kepada ketidakpuasan pada wanita & pemendaman keinginan atau kurangnya pelepasan 100% tekanan seks pada lelaki menyumbang kepada prevalens statistik kedua penyakit ini.

8. KTS dalam banciannya mendapati berapa ramai suami-suami yang tidak serius menghisap buah dada (payudara) isteri mereka sebagai muqaddimah jima’ sedangkan isteri mahu sangat tapi malu nak minta, suami pula tak faham. Maka kami perjuangkanlah melalui tulisan untuk ahli kami dulu. Sedangkan Barat buat video lagi untuk promosi senaman itu. Atau sila baca petikan berikut:

‘MENGHISAP PAYUDARA BOLEH MENYELAMATKAN WANITA’

Berita ini diambil dari Data berita internasional BBC dan National Health Service.

Berikut data yang diambil untuk mencegah kanser payudara dengan cara menghisap: Dalam waktu terdekat mungkin ada wanita yang mahu membayar orang terutama lelaki untuk menghisap payudara mereka?

Dalam Berita BBC Top News Story:

Doktor berpendapat bahwa payudara wanita yang disedut secara teratur sangat bagus untuk mengurangi risiko terkena kanser payudara. Diberitahu bahawa penghisapan payudara secara teratur akan menurunkan risiko yang cenderung menyebabkan berkembangnya kanser payudara.

Payudara harus disedut mungkin, hal ini dipercaya akan membantu perempuan melawan kanser payudara. Bagi para lelaki, silakan menolong pasangan anda, dengan menghisap payudara wanita sekarang dan bagi para wanita silakan saja melakukan terapi ini dan kamu seharusnya merelakan!

Pesanan ini dibuat oleh Departmen Kesihatan British dengan tema ‘Melawan Kanser Payudara’.

Kalau anda percaya pada hasil penelitian ini maka (semua lelaki) jujurlah bahwa anda tentunya akan senang, jadi ikutlah cara-cara ini. Kalau perlu anda dengan rendah hati mengajukan diri untuk membantu para wanita demi menyelamatkan nyawa mereka dari penyakit kanser.

Bolehlah anda mengirim ini ke semua orang yang bertanggung jawab dan kepada para wanita agar menyedari risiko tinggi ini. Ini salah satu bentuk keuntungan buat wanita yang sangat harus dilakukan untuk mencegah kanser, ingat pesan doktor, mencegah itu lebih baik daripada mengubati”.

Ertinya, tujuan Islam mengajarkan teknik seks ialah supaya ilmu tentangnya diamal dengan tepat, demi menjamin hasil yang sepatutnya diperolehi hasil dari perkahwinan mereka.

9. Rasulullah SAW sangat mengingat-ingatkan umat Islam supaya melakukan muqaddimah sebelum jima’. Tapi kalau kita tanya berapa ramai yang melakukan, bagaimana dan di mana point-point yang dimainkan, sebagai muqaddimah itu, semua tak boleh jawab. Malu nak belajar, malu nak ajar. Apakah hukumnya malu, untuk melaksanakan, meperkatakan dan untuk belajar sesuatu yang diperintahkan oleh Nabi?

Apa kata kita kalau seorang berkata saya malu nak belajar sembahyang? Pada saya malu nak belajar teknik-teknik seks yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW samalah dengan orang yang malu nak belajar sembahyang. Sebab sucinya sembahyang untuk dipelajari. Maka demikianlah juga sucinya seks suci itu untuk dipelajari. Malu? Jijik? Hina? Siapa yang perintahkan umat Islam untuk merasa begitu? Kenapa anda tersinggung dengan sesuatu yang halal tapi anda tidak tersinggung pun dengan iklan-iklan seks haram yang melukis gambarnya sekali?

Sebenarnya umat Islam kini sudah hilang rasa dengan Tuhan,hilang rasa dengan Nabi. Sebab itu ada yang tak rasa apa-apa pun dengan anak yang tidak sembahyang. Tak rasa apa pun melihat perempuan diiklankan seperti pelacur! Melihat bayi dibuang, penceraian yang berleluasa, meningkatnya seks haram, cuma sekadar rasa marah!! Tapi mengambil langkah serius untuk menangani tidak pun dapat dibuktikan! Maka tidak peliklah kalau semua terkejut dengan buku keluaran KTS ini.

Sesungguhnya bilamana Al Quran dan Hadis menganjurkan perkahwinan kepada umat Islam, maka segala-gala apa yang di dalam pakejnya adalah halal untuk dipelajari dan diajarkan supaya ibadah itu hasilnya maksimum.

Adakah Al Quran dan Hadis mengatakan halal untuk dibuka setakat menghantar pengantin ke kelambu. Yang di dalam kelambu adalah suatu rahsia yang memalukan, yang haram untuk diajar dan haram untuk belajar?

Al Quran dan Hadis kah yang suruh malu tak bertempat, suruh tutup sesuatu yang suci? Ilmu tentang seks dan teknik-teknik seks Islam itu haram ke untuk didedahkan?

Kenduri kahwin dikerjakan gila-gila tapi bersetubuh ditutup gila-gila. Rasanya ada yang tak kena tentang ajaran dan sikap orang Melayu Malaysia ini? Marah sangat konon orang berzina tetapi perkahwinan disusah-susahkan dengan cara mahalkan hantaran dan kenduri kahwin. Marahnya orang buang bayi tapi KTS nak bagi jalan keluar tak diterima. Buang bayi itukan jauh lebih jijik dan haram, sedangkan pendedahan seks suci untuk ditiru, yang halal, melahirkan anak halal, kenapa marah?

10. Poligami itu memang cara hidup Nabi dan Sahabat. Itupun orang Islam kini gagal menirunya. Membangunkan ekonomi Islam untuk menjadikan orang Islam kaya raya itukan sunnah Nabi, pun umat Islam tak tahu nak merealitikannya. Membina rumahtangga bahgia, berkasih sayang, suami memimpin, isteri taat pun umat Islam belum sempurnakan.

Inikan pula untuk mengulangi sejarah terlaksananya syurga dunia yang Allah segerakan, iaitu nikmat seks yang tak terkatakan itu, lagilah umat Islam tak sanggup. Nak ajarnya saja pun begitu ditakuti. Buka sikit pun, ada yang dah nak gila jadinya. Macamana nak menyelami sedalam dan sejauh-jauhnya ke dalam syurga yang amat seni itu. Nak masuk syurga tak perlu belajar kah? Nak jadi doktor kursus bertahun-tahun, nak jadi maharaja dan bidadari di syurga dunia tanpa kursus kah? Takut merosakkan anak? Anak tak cinta Allah, tak sembahyang lagi rosak!

11. Trend dunia kini di antaranya ialah memburu kemudaan. Orang takut muka dan badan jadi tua. Macam-macamlah usaha di buat dengan bayaran yang mahal sekali, bahkan sanggup bertarung nyawa demi mendapatkan kemudaan. Buah dada disuntik (inject), vagina (faraj) dibedah untuk ‘mengembalikan’ selaput dara.

Apa kata Islam?

Buku Seks Suci Islam, berani ketengahkan seni-seni teknik seks yang hebat. Sebab semua itu adalah proses awet muda yang sangat natural, semulajadi dan cukup berhasil dan berkesan. Dalam penemuan kami KTS, seorang berumur 57 tahun boleh ‘kembali kepada 17 tahun’ hasil praktik teknik seks seperti yang dicontohkan di dalam buku SSI. Kalau latihan-latihan kedoktoran, demi perubatan mendedahkan segala-segala tentang tubuh wanita dan lelaki tanpa malu-malu, kenapakah satu kaedah awet muda yang berkesan untuk umat Islam tidak boleh diajarkan? Insya Allah pakej rawatan ini menjamin pengamalnya selamat dan menyelamatkan. Bersama-sama ini disertakan sebuah petikan dari National Health Service (NHS), Britan.

( Bahasa Indonesia)

Ngeseks Bikin Tubuh Lebih Bugar

Liputan6.com,

Jakarta: Hidup di kota besar seperti Jakarta dengan seabrek aktifitas, sering membuat kita tak punya waktu untuk berolah raga. Tapi jangan kuatir! Ternyata, olah raga seperti fitness dan jogging bisa tergantikan dengan kegiatan lain yang pastinya lebih menyenangkan. Apa itu? “Sexercise” jawabannya.
National Health Service (NHS), Inggris mengemukakan bahwa kegiatan seks yang membutuhkan sedikit tenaga, sama dengan dengan aktivitas yang dilakukan oleh seorang atlit.
“Seks menggunakan setiap bagian otot, membuat jantung dan paru bekerja lebih keras, dan membakar 300 kalori dalam sejam,” begitu bunyi artikel yang dirilis NHS.

Menururt NHS, “sexercise” membantu meredakan stress, dan baik untuk kesehatan mental. Hormon endorphin yang dilepaskan ketika seseorang orgasme, akan meningkatkan kekebalan tubuh, dan akan membantu mengatasi penyakit serta keriput.

Melakukan kegiatan seks secara rutin, dapat membuat tubuh lebih segar dan bugar, serta wajah yang terlihat lebih muda. Sebab, peningkatan produksi endorphin akan membuat rambut lebih bersinar dan kulit menjadi lebih lembut.

Orgasme membantu mengurangi terjadinya keriput. “Jika Anda khawatir mengenai keriput di wajah, orgasme membantu mencegah kerutan semakin dalam,” begitu bunyi artikel NHS. Produksi ekstra hormon estrogen dan testosterone akan menjaga kesehatan otot dan tulang serta menjaga inner and outer beauty.

Artikel yang diterbitkan di NHS ini juga mengatakan bahwa orgasme akan melepaskan “painkillers” atau ‘pereda nyeri’ ke dalam pembuluh darah, dan membantu mengatasi
gangguan kesehatan seperti flu atau pegal di saat yang sama.

Tapi harus diingat bahwa hubungan seks yang sehat adalah hubungan seks dengan pasangan resminya. Jadi jangan coba-coba melakukan hubungan seks di luar nikah
dengan alasan kesehatan. (Klikdokter.com/mla).

12. Jin, syaitan, hantu sangat boleh diterima kewujudan mereka sekalipun mata tidak melihat. Allah dan Rasul pun umat Islam yakin wujud tanpa dapat melihatnya dengan mata. Begitu juga dengan kewujudan malaikat, manusia mampu yakin adanya mereka. Maka dalam buku SSI itu, saya perkenalkan satu lagi makhluk roh yang ghaib iaitu roh Nabi-nabi , orang soleh, wali-wali Allah yang juga wujud dan mampu hidup di alam roh itu walaupun jasad sudah mati. Orang-orang roh itu lebih aktif rohnya hidup di sana sebab tanpa dibelenggu jasad lagi. Sebab itu, orang-orang di bumi selalu diizinkan Allah untuk bermimpikan mereka atau ada yang bertemu mereka secara jaga.

Di zaman Rasulullah SAW hidup bersama sahabat-sahabat, tercatat di dalam sejarah kejadian-kejadian ajaib berlaku kepada sahabat-sahabat yang pergi berjuang berbulan-bulan lamanya tanpa bertemu isteri.

Sahabat-sahabat itu kan orang roh. Yakni orang-orang yang hidup bersama roh (hasil didikan Rasulullah SAW) atau hati yang cerdik, yang memandu akal (bukannya akal menguasai roh). Roh atau hati mereka boleh aktif di luar jasad. Menurut cerita isteri-isteri sahabat, roh suami mereka selalu datang untuk jima’ dengan mereka di rumah mereka sedangkan jasadnya di medan juang atau di medan perang.

Ini juga sejarah cara hidup para wali-wali Allah yang terjadi di Malaysia, Indonesia dan lain-lain.

Rokiah (arwah) isteri Abuya ke 3, waktu hidup menceritakan roh Abuya selalu berada di biliknya, walhal fizikal Abuya di luar negara.

Kalau sahabat-sahabat atau wali –wali Allah itu ada empat orang isteri, empat rumah atau empat bilik, maka telah terjadi kejadian di mana empat orang isteri menceritakan, pada waktu atau jam yang sama, mereka sama-sama didatangi oleh roh suami mereka, padahal mereka berada di bilik atau di rumah yang berbeza. Keempat-empat isteri pada waktu yang sama mengalami berjima’ dengan roh suami mereka yang sama/satu (serentak). Ertinya roh itu pada satu masa mampu (dengan izin Allah) berada di empat tempat yang berbeza.

Memang begitulah teknologi roh mengatasi teknologi akal. Itulah yang dimaksudkan serentak!

Kalau ada orang berkata mungkin itu jin atau syaitan, apa jaminan bahawa yang itu pasti roh suami mereka? Ya, kalau jin dan syaitan pun mampu,apalagi mampunya Nabi-nabi dan wali-wali Allah. Demi kemuliaan wali-wali itu, masakan isteri mereka dibiarkan pada jin dan syaitan?

Perhatikanlah maklumat ajaib ini:

Di dalam sebuah kisah sejarah di Turki yang sudah pun difilemkan ceritanya itu, ada seorang pejuang Islam yang kematian isteri. Didapati tiap-tiap malam roh isterinya datang untuk berjima’ dengannya. Sampaikan setiap pagi mandi junublah dia. Tapi di hatinya ragu, jangan-jangan syaitan yang menyerupai isterinya. Tapi apa yang terjadi, setiap kali menuju ke tempat mandi pagi-pagi subuh itu, dia berselisih dengan mursyidnya yang sedang ke masjid dan mursyidnya senyum padanya. Senyum itu dirasakan memberi isyarat padanya, bahawa apa yang terjadi itu benar dan bukannya tipuan syaitan. Diakhir kisah, si lelaki itu dikahwinkan dengan anak perempuan mursyidnya, yang wajahnya ‘sama’ dengan wajah isterinya.

Berbalik kepada kisah roh yang sudah kembali ke alamnya (mati) dengan meninggalkan jasad di bumi. Tapi kalau ada manusia yang Allah izinkan dapat membawa jasadnya ke sana (ghaib bukan mati), seperti Imam Mahdi, Putra Bani Tamim dan Nabi Isa (Imam Mahdi semua isterinya meninggal, Nabi Isa belum berkahwin), maka keadaan mereka ialah roh menutup jasad. Yakni seperti apa yang berlaku kepada baginda Rasullullah SAW sewaktu melakukan Isra’ Mikraj.

Maka di dalam keadaan itu, orang-orang roh yang menutup jasad itu diberi keupayaan oleh Allah untuk kembali ke bumi bertemu isteri yang Allah rezkikan dapat merasakan kehadiran roh suaminya. Manakala bagi suami atau isteri yang sudah meninggal dunia agak sukar untuk berlaku melainkan di dalam mimpi.

Namun, bagi suami isteri yang sama-sama ke syurga nanti, akan puas-puaslah mereka berjima’ taraf syurga.

Bahkan sebelum ke syurga, di alam Barzakh itu pun, kerana mereka golongan selamat, maka roh-roh mereka hidup di dalam keadaan bersuami isteri. Terutama Nabi Muhammad SAW dan roh para sahabat. Sekarang hidup dengan roh, tapi tetaplah berhubung suami isteri di alam tinggi itu secara roh. Memang di sana ada kehidupan bahagia dan indah bagi mereka yang Allah redha.

Sebenarnya kita kena dedahkan seluas-luasnya perihal alam ghaib atau alam roh itu. Siapa sebenarnya yang telah memerintahkan kita untuk kebumikan saja cerita roh ini? Takut sesat konon. Walhal di dunia yang tanpa roh ini sudah cukup banyak kesesatan. Pada hal Al Quran itu sendiri memberitahu orang yang beriman itu, di antara cirinya ialah beriman dengan alam yang ghaib. Beriman bukan sekadar percaya. Ia bermakna yakin, cinta dan memperjuangkannya.

Sebab orang bertaqwa, hati atau rohnya itu hidup aktif. Mampu berhubung ke alam ghaib. Semua pertolongan Allah kepada mereka datang dari alam ghaib.

Contoh duit, Abuya dari kecil lagi dididik dapatkan wang dari bank Tuhan, yakni setelah kita taat menjalankan perintah-perintah Allah kepada kita, Allah akan bayar secara yang tidak disangka sebab sifatNya yang ghaib dan ajaib. Memang Allah berikan juga wang kepada orang-orang yang tidak bertaqwa, bahkan orang kafir pun dapat. Tapi caranya berbeza, ikut prosedur biasa yang dipakai di dunia sekarang.

Namun bagi orang roh, untuk mereka ada prosedur yang istimewa dari Allah iaitu secara teknologi roh, secara di luar adat, luar dari kebiasaan. Itulah mukjizat atau karomah yang Allah rezkikan demi kemuliaan mereka di sisi Allah. Orang Islam patutnya berlumba-lumba untuk menjadi orang roh. Ruginya kalau hanya dapat menjadi orang akal sahaja. Di Akhirat menyesal tidak terkira. Memang ada ayat Al Quran yang menyatakan roh itu urusanKu. Tapi Allah tak kata takkan Ku beri pada sesiapa. Sebab kita kena beriman dengannya. Maka ilmu tentangnya tentulah Allah beri kepada sesiapa yang terlalu beriman denganNya. Dalam sejarah sudah terlalu ramai orang-orang yang direzkikan maklumat alam ghaib ini.

Bahkan selepas wafat Rasulullah SAW, terlalu ramai orang-orang Islam yang dapat bertemu dengan roh baginda yang berada di sana, samada melalui mimpi atau jaga.

Apapun maklumat yang Nabi berikan di dalam pertemuan itu, bukannya hadis atau wahyu baru. Hanyalah ilham untuk orang itu sebagai huraian kepada Al Quran dan Hadis demi terlaksananya ajaran Islam yang asal itu.

Sebab itu, sepertilah seks suci maka roh suci juga adalah menjadi agenda utama perjuangan bagi TVRSA iaitu Nurmuhammad TV. Sebuah TV keluaran GISB yang boleh dilayari di nurmuhammad.tv.

Sekian.

Ustazah Hatijah Aam

No comments: