B. Sabda Nabi SAW,Ketika al-Mahdi dan umat Islam yang turut berada di Baitulmaqdis mahu mengerjakan sembahyang subuh, tiba-tiba Isa bin Maryam turun. Maka al-Mahdi mundur ke belakang agar Nabi Isa ke hadapan untuk menjadi imam (sembahyang subuh mereka). Lantas Nabi Isa meletakkan kedua-dua belah tangannya ke atas kedua-dua belah bahu al-Mahdi sambil berkata, “Silakan maju ke hadapn dan jadi imamlah. Sesungguhnya (sembahyang subuh) ini diiqamatkan untukmu.” Maka al-Mahdi menjadi imam bagi para mukmin dan Nabi Isa AS.”(Ibnu Majah & Abu Nuaim)
Setelah cukup empat puluh hari Dajjal memerintah dunia dengan keadaan yang amat menderitakan seluruh kemanusiaan, manusia yang mengikutinya mulai amat sedar betapa silapnya mereka kerana terlalu mengikut cakap-cakap Dajjal itu. Betapa jauhnya perbezaan antara pemerintahan Islam sebelumnya dengan pemerintahan Dajjal yang sedang memerintah pada hari ini. Pemerintahan Islam cukup ideal dan baik, membawa rahmat yang tidak terhingga kepada seluruh manusia, malah yang kafir pun turut mendapat limpahan nikmat yang Allah turunkan. Pemerintahan Dajjal ini bukannya membawa kebaikan, malah orang yang menuhankannya pun turut mendapat susah dan takut. Begitu jauhnya perbezaan antara kedua-dua bentuk pemerintahan ini.Al-Mahdi memalingkan kepalanya ke kanan dan ke kiri (memerhatikan makmum pada saf pertama), maka ketika itulah Nabi Isa turun dari langit, laksana menitisnya air daripada rambut al-Mahdi. Lantas al-Mahdi berkata, “Sila ke depan dan jadilah imam (kami).” Nabi Isa menjawab, “Sesungguhnya sembahyang ini diiqamatkan untukmu.” Kemudian Nabi Isa sembahyang di belakang seorang lelaki daripada keturunanku. (At-Tabrani & Abu Nuaim)
Namun untuk berpatah balik amatlah sukar pula, malah boleh dikatakan bahawa pintu taubat sudahpun Allah tutup untuk setiap yang mengikut Dajjal itu. Maka mereka menjadi golongan yang amat menyesal. Dalam keadaan yang penuh menyesal itulah Allah turunkan Nabi Isa AS kepada umat Islam, membawa khabar berita yang amat menggembirakan seluruh umat Islam yang sedang sangat menderita itu. Turunnya Nabi Isa AS bukanlah sebagai seorang rasul yang akan mengembangkan ajaran baru. Tugas itu sudahpun ditutup dengan wafatnya Rasulullah SAW lebih seribu empat ratus tahun dahulu.
Tugas pertama Nabi Isa AS adalah sebagai pembunuh Dajjal. Untuk tujuan itu, Nabi Isa AS diturunkan oleh Allah pada waktu subuh, ketika umat Islam sedang berdiri untuk mengerjakan sembahyang subuh. Turunnya Nabi Isa AS ini memang mengejutkan seluruh umat Islam. Selepas sembahyang subuh itulah Nabi Isa AS bersiap-siap untuk membunuh Dajjal seperti yang Allah SWT perintahkan kepadanya sebelum turun ke bumi ini. Dari mana turunnya Nabi Isa AS itu tidak perlulah dikaji-kaji dan dicungkil-cungkil. Yang penting sekali, Nabi Isa AS sudahpun turun semula ke dunia, dalam keadaan seolah-olah orang yang baru berusia 33 tahun, sama seperti keadaannya sewaktu diselamatkan oleh Allah daripada ditangkap oleh Yahuza Iskarius, anak muridnya yang membelot dahulu.
Nabi Isa AS Menjadi Makmum
“Sekumpulan orang dari umatku akan berjuang menegakkan kebenaran sehingga hampir tibanya kiamat, apabila Isa anak Marian AS turun, dan pemimpin mereka memintanya mengimamkan sembahyang, tetapi Isa AS menolaknya sambil berkata, “Tidak, sesungguhnya di kalangan kamu ada orang yang Allah telah jadikannya pemimpin ke atas yang lain dan Dia telah menzahirkannya untuk kamu semua.”(Muslim)
Allah SWT telah menurunkan Nabi Isa AS sebagai suatu rahmat bagi sekalian umat Islam yang ada pada masa itu. Dan sebelum Nabi Isa AS turun semula ke dunia ini, Allah akan turunkan terlebih dahulu Dajjal. Sebelum Dajjal itu dimunculkan ke dunia ini, Allah akan utuskan Imam Mahdi untuk memimpin seluruh manusia kepada Islam dan iman yang hakiki. Sebelum Imam Mahdi muncul, wajib muncul dahulu Pemuda Bani Tamim yang akan mendirikan tapak pemerintahan untuk Imam Mahdi. Jadinya, ketiga-tiga pemimpin besar Islam itu dan juga Dajjal keluarnya adalah berturut-turut dan berkait-kait, tidak dapat dipisahkan lagi. Dan keempat-empat mereka ini adalah sekumpulan tanda-tanda besar kiamat yang awal. Selepas Nabi Isa AS wafat, maka kiamat sudah tidak dapat dielakkan lagi dan hanya menunggu saat sahaja untuk berlaku.
Nabi Isa AS turun pada kali ini adalah sebagai seorang umat Islam, bukan sebagai seorang rasul. Tugasnya sebagai seorang rasul sudah terhapus walaupun jawatannya tetap ada dan tetap juga berjawatan Ulul Azmi seperti dahulu. Hanya tugasnya menjalankan risalah sahaja yang sudah tidak ada lagi. Jika ada pun, hanyalah menjalankan risalah agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW, seperti yang biasa dilakukan oleh Imam Mahdi dan pendakwah-pendakwah lain. Itu sahaja dan tidak lebih daripada itu.
Nabi Isa AS Membunuh Dajjal
“… Kemudian semasa tentera Islam sedang mempersiapkan perang dan mengatur barisan, dan pada masa itu sembahyang akan didirikan, Isa bin Maryam turun, lalu mendatangi tentera Islam ini. Ketika itu, apabila musuh-musuh Islam melihat Isa bin Maryam, maka mereka pun (hancur) luluh seperti luluhnya garam di dalam air. Seandainya Isa bin Maryam tidak mendatangi (untuk membunuh) mereka, musuh-musuh Islam itu telahpun (sedia) luluh, sehingga dapat dikalahkan dengan mudah sahaja. Akan tetapi Allah (memang telah menetapkan bahawa Dia) bermaksud mahu membunuh Dajjal itu melalui tangan Nabi Isa. Kemudian Nabi Isa memperlihatkan darah Dajjal yang mengalir di hujung tombaknya (kepada umat Islam itu).”(Muslim)
B. Sabda Nabi SAW,
“Dajjal itu diikuti oleh 70,000 orang Yahudi Asbihan yang semuanya memakai jubah hijau. Apabila mereka melihat Nabi Isa, maka luluhlah mereka seperti luluhnya garam di dalam air. Maka Dajjal pun melarikan diri (daripada Nabi Isa AS). Nabi Isa kemudian berkata, “Aku pasti akan membunuh kamu dan kamu tidak akan berupaya memukul aku.” Nabi Isa (mengejar) lalu menangkapnya di Pintu Lud, suatu bandar dekat Baitulmaqdis, bahagian timur, lalu Nabi Isa membunuhnya. Setelah itu, Allah memporak-perandakan orang-orang Yahudi dan mereka dibunuh semahu-mahunya.”
Sebenarnya Dajjal dan bala tenteranya itu memang boleh dan mampu dilawan oleh orang-orang Islam yang ada itu tetapi Allah SWT memang bermaksud mahu membunuh Dajjal itu melalui tangan Nabi Isa AS seorang, tidak oleh orang lain. Dan selepas turunnya Nabi Isa AS itu, seluruh kelengkapan Dajjal yang tersergam megah itu hancur berkecai dan rosak binasa, tidak ada satu pun yang tinggal lagi. Orang-orang Yahudi yang mengikut Dajjal itu juga porak-peranda dikerjakan oleh orang-orang Islam. Tidak ada seorang pun yang selamat melainkan habis semuanya dibunuh oleh mereka. Akhirnya habislah riwayat bangsa Yahudi dari atas muka bumi ini untuk selama-lamanya. Yang tinggal hanyalah orang-orang Yahudi yang telah sedia memeluk agama Islam.
karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik
No comments:
Post a Comment