Thursday, February 23, 2012

Apa kata wanita lebihkan sikit taat kepada suami, OK?

Isteri Yang Kurang Taat, Untuk Senyum dengan Suami pun ikut Mood

Isteri Yang Solehah Mampu Membahagiakan Keluarga, Menjadikan Anak-Anak Turut Sama Bernaung dalam Rumahtangga Rahmat, Inilah Asas Pembanterasan Gejala Sosial. Ia Tugas Sepanjang Hayat. Suami, Anak Lelaki, Seterusnya Muslimin akan terpandu untuk menjadi Soleh atas peranan besar Isteri Solehah yang bijak dan takutkan Allah. Tangan Isteri Solehah Mampu Menggoncang Dunia...

Penubuhan kelab seumpama ini tidak akan membantu dalam menyelesaikan masalah perceraian yang dikatakan berlaku setiap 15 minit atau anak luar nikah yang lahir setiap 17 minit. Usaha yang padu ke arah melahirkan suami, bapa, anak lelaki dan muslimin mithali perlu menjadi agenda utama kerana lelaki pemimpin kepada perempuan

~ komentar Marlina Amir Hamzah, Peguam Syarie ke atas Kelab Taat Suami, Berita Harian 8 Jun 2011

Komen Heliconia : Dalam pada ramai lelaki ( statitiknya berapa peratus Puan Peguam? ) sudah tidak mampu memimpin, sudah dayus, sudah ‘useless’, sudah runtuh akhlaknya, maka disarankanlah para isteri agar berkorban perasaan dengan cuba berusaha memuliakan suami yang tak bertanggungjawab itu. Dalam pada wanita pun sama-sama membanting tulang mencari nafkah keluarga, berkorbanlah para isteri dengan merendah diri kepada Allah yang mengurniakan rezeki, yakni dengan semakin menundukkan hati pada suami. Memperolehi gaji lumayan dan dapat membantu suami mencari nafkah tidak boleh dijadikan lesen untuk sombong dengan Tuhan hingga sukar sangat hendak menghormati suami yang Tuhan kurniakan kepadanya. Hingga sering terdetik, aku boleh hidup tanpanya! Tetapi, mana yang lebih mulia, status isteri atau janda?Ada isteri yang berkata ” Aku lebih rela menjanda, ia bagai satu rahmat”. Soalan ikhlas saya ”Apa benar-benar best ke jadi janda, dah rasa ke?”

Realitinya sering kedengaran umpatan isteri ” Para suami memang menyusahkan, semua kawan I cakap macam tu, suami diorang pun sama. Tak ada yang betul-betul ikut macam yang dikehendaki hadis” !

Jadi, apa kata para wanita yang taat sekalian, cetuskan revolusi dengan menjadi isteri solehah yang lebihkan taat, yakni taat, taat-setaatnya pada suami. Macam yang Rasulullah ajar? Merendah diri. Kurangkan berkata-kata, memulangkan paku buah keras sebab geram sungguh dengan suami tak bertanggungjawab tu. Berkhidmatlah dan melayan suami mengikut yang disaran dalam hadis ” walaupun berada di atas belakang unta” -

Tak kiralah isteri berpangkat besar, gaji besar, menteri, doktor segala doktor ke, pensyarah, businesswoman ke, mak datin ke, pengarah syarikat ke,atau bergaji biasa-biasa je yakni kerani, jurujual, jururawat, pekerja kilang ke….

Saya rasa senario yang akan kelihatan adalah : Kurangnya, bukan zero terus, dari segi jumlah kes seperti ini :

1. Para Menteri, Datuk, CEO, ADUN, dah kurang telefon orang-orang macam (former) Datuk Nallakarupan atau Datuk Eskay

2. Para suami bila habis kerja cepat-cepat teringat nak balik ke rumah, bukannya melencong berurut kaki atau badan di spa, atau berkaraoke di Red Box, sebaliknya pulang untuk mendapat perkhidmatan tersebut daripada isteri atau seronok menunjukkan bakat nyanyiannya kepada isterinya

3. Para suami juga kurang keluar melepak tengok bola atau hisap syisya di kedai mamak, , sebab lagi best tengok bola sambil sembang dan bergurau dengan isteri yang lincah, mesra dan penyayang. Kalau isteri tak sempat masak pun, tapau je nasi kandar dan teh tarik bawa balik rumah, suruh isteri yang hidangkan dan temankan makan. Barulah berselera !

4. Bila hujung minggu, para suami dah kurang main golf sebab isteri sepanjang hari duduk di rumah, jadi rugilah, time ni lah nak spend masa bersama-sama, window shopping ke, (qadha mana yang perlu ke), walhal dulu time weekend je mesti gian nak main golf sebab tak tahan tengok muka isteri yang ada je benda nak komplen di rumah, pot pet, pot pet. Kalau jenis mulut tak bising, muka pula yang masam

5. Suami dari keluarga sederhana pun suka pulang ke rumah, sebab walau hidup tak mewah, dan mampu beli motor je, isterinya bersifat qanaah, menerima apa sahaja pemberian suami. Bila mata terpandang isteri yang berhempas pulas menjaga rumah tangga dan anak-anak, setiap kali itulah terdetik doa di dalam hatinya agar Allah turunkan rahmat ke atas isterinya yang sabar itu. InsyaAllah, kalau abang mati dulu atau kamu mati dulu, abang REDHA kamu menjadi isteri abang.

6. Yang flirt sana-sini dah kurangkan aktiviti main sms, flirt kat FB, kat BBM, kalau yang otak blue, web lucah pun jarang dibuka dah bila isteri dah tidur, malah internet pun dah jarang on, sebab seronok dapat isteri yang melayannya macam raja.. rasa SYIOK sangat… bila jiwa dah dilimpahi kasih sayang yang SURREAL, benda-benda maya tu semua tolak tepi dah… Adoi…

(I cemburulah u all Malays can got wife like that - komen seorang netter non-Muslim)

7. Yang dulu asyik naik tangan, naik kaki, tendang kerusi-meja, tiba-tiba terkedu. Eh, buang tabiat ke isteri aku ni? Dah macam orang lain dah. Elok je, tak merah-merah mata menangis, tak merajuk dah, senyum pun menguntum je, cakap pun baik je, kalau tak — ADA JE modal.. kalau tak kat rumah, dalam telefon, kat sms…. ada je yang tak kena….Sekarang ni asyik-asyik tanya ” Abang nak minum apa”? Padahal selalu buat sendiri, atau suruh anak buatkan. ’ Abang penat ke?’ Abang nak urut?” Kalau macam ni dengan anak-anak aku tak sergah dah selalu macam time aku sakit hati dengan bini..

Apa macam, boleh ke isteri cetuskan revolusi ini? Janganlah marah beb…

Ramai para isteri marah akan penubuhan kelab KTS ini, manakala para suami pula sedang berfikir-fikir “Adakah aku sebenarnya anggota KTB iaitu Kelab Takut Bini? Di mana selalu aku cakap kat orang ” Ehem, bukan aku takutkan isteri, isteri yang tak takut aku hehe “. Ssshh..

Padahal fitrah isteri sebagai manusia memanglah takutkan suami, masalahnya cuma susah nak taat. Jika seorang isteri tu takut tidak, apatah lagi taat,bermaksud wahai para suami sekelian, anda adalah manusia yang paling malang. Cek-ceklah apa yang tak kena, selamatkanlah isteri anda dari api neraka.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Perintah taat suami adalah perintah Quran dan Hadis

Taat suami oleh setiap isteri adalah punca penyelesaian kepada masalah rumah tangga. Allah suruh taat suami untuk penyelesaian masalah.
Wanita solehah kahwin kerana Allah, taat suami atas sunnah Nabi.
Wanita, kalau tidak taat kepada suami sama ada lahir atau batin, itulah tidak takut Allah.
Bila sudah mahu menyerah diri kepada suami, lahir dan batin, itulah takut kepada Allah.
Bila sudah menghiburkan suami, itulah dikatakan takut kepada Allah.
Kalaulah bukan kerana takut kepada Allah, manalah dia sanggup menghina diri kepada seorang manusia seperti suami.
Bila melayan suami, tidak ingat Allah, itu tidak dianggap lalai.

Para suami di seluruh dunia selama ini menanggung satu masalah yang mana mereka sendiri tidak sedar. Mereka mempunyai isteri tetapi seolah-olah tidak memilikinya. Mungkin mereka menganggap itu adalah sebahagian ujian hidup yang mereka mesti terima sahaja.

Sebagaimana kata-kata dalam bahasa Perancis yang menggambarkan suatu keadaan seperti berikut:
Ada seorang yang lahir saja ke dunia, dia tinggal di rumah kayu di tepi pantai dan di atas air. Maka tandasnya di tepi laut itulah. Jadi satu keluarga akan buang air di situ. Mereka mengharapkan air lautlah membawa najis itu agar tempat mereka tidak busuk. Semasa air surut, kawasan itu menjadi sangat busuk. Orang-orang di situ sudah lali dengan suasana begitu. Mereka tidak merasa busuk lagi.
Namun bila pelawat datang dan berkata, ” Eh, kenapa kawasan ini busuk.”
Orang di situ berkata,” Kami tak perasan pulak busuk.”
Situasi ini kalau di dalam bahasa Perancis dipanggil ‘bur de gensi’ yang bermakna ‘orang yang sudah lali dengan persekitaran sebegitu’.

Begitulah dalam rumah tangga orang Islam yang menganggap perkahwinan, rumah tangga dan lain-lain semua seperti kisah tadi. Itu adalah budaya hidup yang sebenarnya sangat buruk tetapi sudah boleh diterima sebagai satu yang tiada pilihan.

No comments: