Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Seksualiti Merdeka. Kalau nak ikutkan memang banyak boleh cerita tentang KECELARUAN seks ini. Disebabkan holiday mood, maka nak sentuh sedikit sahaja.
Pertama, Tuhan telah menjadikan manusia dengan kecenderungan seks secara fitrah iaitu naluri lelaki menyukai wanita dan sebaliknya.
Namun nafsu manusia yang rakus telah mendorong kecelaruan seksual seperti homoseksual, lesbian, biseksual dan jenis-jenisnya. Tiada lain puncanya kecuali mengikut nafsu yang sangat disubur-suburkan. Baca : IDENTIFYING YOUR SEXUALITY AND GENDER IDENTITY
Hasil search di internet yang singkat, satu website, Statistics of Fatherless America mendapati golongan ini cenderung terbentuk daripada keluarga yang porak peranda, kebiasaannya tanpa ayah. Dan punca besar keluarga sebegini lazimnya adalah PERZINAAN.
Kemerdekaan seks hakikatnya boleh memusnahkan kemanusiaan dan masyarakat.
Zina —> Keluarga Tak Lengkap —> Tanpa Ayah @ Tanpa Ibu —> Jenayah <—>Homoseksual @ Lesbian<—–> Gagal Pelajaran<——–> Penjara<—–> Pembunuh Bersiri<——> Kecelaruan Mental<—–> Keluarga Bermasalah<——–> Ketagihan Dadah<—-Zina @ Kecelaruan Seksual yang berjenis-jenis
Kemudian, apabila pasangan gay semakin ramai populasinya, ke manakah suatu negara itu akan pergi?
Jika perzinaan berleluasa<—> perkahwinan sah akan berkurangan<—> anak haram bertambah <—> unit keluarga yang tak sempurna meningkat —-> membawa masalah masyarakat dan negara
Pasangan-pasangan gay + kesunyian +bosan + tiada zuriat + mati—- > generasi manusia akan terhenti.
Kedua, kecenderungan seks sejenis, tidaklah 100% genuine. Mengapa? Faktor fitrah seks yang Tuhan tanamkan dalam diri manusia adalah sama dengan keinginan makan atau minum. Ia fitrah asas, tidak songsang. Kecelaruan seks pula adalah akibat faktor berlebihannya melayan nafsu yang rakus, yang tidak ada batas, @ sempadan, lemah, hancur, mengikut rasa dan semberono. Frustasi. Kecewa dari Rahmat Tuhan.
Sebab itu dalam Islam, terdapat garis panduan aurat sesama wanita dan sesama lelaki sebagai pencegahan.
Satu faktor adalah persekitaran. Contoh, sekolah sekular terutama yang berasrama penuh, samada kesemunya lelaki atau wanita adalah satu persekitaran yang kondusif pada nafsu yang tidak terdidik. Saya berpengalaman belajar di sekolah yang semuanya perempuan di mana terdapat kecenderungan sesetengah pelajar untuk menjadi tomboy dan tertarik dengan kaum sejenis. Contoh persekitaran ini adalah sebagai tamsilan. Kecelaruan seksual juga sering berlaku di penjara atau akademi ketenteraan terutamanya di negara-negara Barat.
Ada yang mempersalahkan zaman. Wanita bekerjaya sukar didekati, nak kahwin payah sebab biayanya mahal. Para lelaki pula penipu, suka mempermainkan wanita. Jadi, nak senang mereka terjerumus ke dalam seks sejenis demi hendak memuaskan nafsu yang gersang dan teransang hebat. Ini kan dunia moden. Hal sebegini biasalah, kata mereka. Mudahnya mengkases bahan pornografi juga adalah suatu pemangkin meningkatnya golongan gay. Malaysia baru-baru ini dilaporkan antara negara Asia teratas melayari laman gay.
Terdapat juga lain-lain jenis mangsa lemah yang terperangkap dalam nafsu dan dunia yang rosak ini. Baca lagi : IDENTIFYING YOUR SEXUALITY AND GENDER IDENTITY.
Ini semua adalah suatu kegilaan seks haram tajaan Illuminati.
Baca tulisan Penyokong Seksualiti Merdeka : Hafiz Yatim Seksualiti Merdeka ban ‘a tragic day’ for Malaysia
Lihat website rasmi mereka : SEKSUAL
No comments:
Post a Comment