Sunday, February 26, 2012

Masanya Nabi Isa AS Turun ke Dunia

Masanya Nabi Isa AS Turun ke Dunia

A. Kata tabiin RH,

Dajjal mengepung para mukminin di dalam Baitulmaqdis. Kemudian mereka (kekurangan makanan sehingga) ditimpa kelaparan yang amat sangat sehingga (terpaksa) memakan tulang-tulang yang telah dibuat tali. Dalam keadaan seperti inilah, tiba-tiba mereka mendengar satu suara pada akhir malam. Serentak mereka berkata, “Sungguh ini adalah suara seorang lelaki yang kenyang!” Kemudian mereka (mencari dan) melihatnya. Tidak disangka-sangka dia adalah Isa bin Maryam. Sebentar kemudian, sembahyang subuh akan didirikan. Tokoh-tokoh Islam mempersilakan al-Mahdi untuk menjadi imam sembahyang tetapi al-Mahdi (pula) mempersilakan Nabi Isa. Kemudian Nabi Isa bertindak sebagai imam. Seterusnya dia menjadi imam sembahyang pada setiap waktu selepas itu.”

B. Sabda Nabi SAW,

“Ketika al-Mahdi dalam keadaan seperti itu, tiba-tiba Allah menurunkan al-Masih Ibnu Maryam di tepi menara putih di Damsyik sambil kedua-dua tangannya diletakkan di atas sayap dua malaikat. Nabi Isa terus mencari Dajjal sampai ditemuinya di depan Pintu Lud, lalu dibunuhnya.” (Muslim)

Nabi Isa AS turun semula ke dunia ini pada waktu subuh, iaitu ketika azan telah dilaungkan dan iqamat akan dibacakan. Semasa Nabi Isa AS turun itulah iqamat dibacakan untuk Imam Mahdi mengimamkan sembahyangnya. Apabila Imam Mahdi melihat Nabi Isa AS datang kepada mereka, beliau mempersilakan Nabi Isa AS menjadi imam sembahyang mereka. Yang dimaksudkan Nabi Isa AS menjadi imam sembahyang itu adalah di tempat lain, kerana wilayah pemerintahan Imam Mahdi amatlah luas dan masjid pula amat banyak. Maka Nabi Isa AS seterusnya dilantik oleh Imam Mahdi untuk menjadi imam sembahyang di sebuah masjid yang besar, memimpin umat Islam dalam sembahyang mereka.

Nabi Isa AS Turun Pada Waktu Subuh

A. Sabda Nabi SAW,

“Mereka (orang-orang Arab) pada ketika itu sedikit. Tokoh-tokoh umat Islam berada di Baitulmaqdis. Imam mereka adalah al-Mahdi, seorang lelaki yang (amat) soleh. Ketika imam mereka sedang melangkah untuk melakukan sembahyang subuh, tiba-tiba Isa bin Maryam turun bertepatan dengan takbirnya imam.”(Ibnu Majah)

B. Sabda Nabi SAW,

“Orang-orang mukmin ketika itu berjumlah sedikit sekali. Tokoh-tokoh mereka berada di Baitulmaqdis. Dan imam mereka adalah seorang lelaki yang (amat) soleh. Kemudian Dajjal keluar hingga sampai di Baitulmaqdis, lalu mengepung umat Islam yang berada di sana. Ketika Dajjal mengepung umat Islam itu, tiba-tiba Isa AS turun, yang ketika itu imam (mereka) hampir mengerjakan sembahyang subuh. Ketika imam melihat Isa, maka dia segera mengenalinya. Lantas si imam mundur agar Nabi Isa maju untuk menjadi imam mereka. Nabi Isa AS meletakkan kedua-dua tangannya ke atas kedua-dua belah bahu si imam sambil berkata, “Majulah dan jadilah imam. Sesungguhnya sembahyang ini telah diiqamatkan untukmu.” Kemudian Nabi Isa sembahyang di belakang si imam. Setelah imam mengakhiri sembahyangnya, Nabi Isa AS berkata, “Bukakanlah pintunya.” Maka pintunya pun dibuka orang. Ketika itu Dajjal langsung ternampak Nabi Isa AS sedangkan dia diikuti oleh 70,000 orang Yahudi Asbihan, lengkap dengan pedang masing-masing dan berjubah hijau.” (Ibnu Majah)

Kedua-dua buah hadis pada bahagian ini bersifat menjelaskan perkara yang telah diperjelaskan pada bahagian-bahagian yang sebelumnya dan disertakan dengan beberapa tambahan yang amat berguna untuk diambil ingatan oleh kita. Imam Mahdi adalah pemimpin umat Islam pada masa itu walaupun Dajjal sedang menguasai dunia, dan turunnya Nabi Isa AS adalah untuk menyempurnakan pembunuhan terhadap Dajjal itu.

Pengesahan Pemerintahan Imam Mahdi oleh Nabi Isa AS

A. Sabda Nabi SAW,

“(Nabi) Isa bin Maryam AS akan turun dan memberitahu tentang kekhalifahan al-Mahdi. Apabila diminta untuk menjadi imam, maka Nabi Isa AS menjawab, “Tidak.” Lantas dia memberitahu, “Sesungguhnya di antara kamu ada (seorang) pemimpin yang (sangat) dimuliakan oleh Allah untuk umat ini.”(Muslim)

B. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda,

“Apakah reaksi kamu semua apabila Isa anak Mariam turun sedangkan Imam kamu adalah dari kalangan kamu?” (Al-Bukhari & Muslim)

C. Sabda Nabi SAW,

“Apakah keadaan kamu jika anak Marian turun di kalangan kamu dan Imam kamu adalah dari kalangan kamu?” (Al-Bukhari)

Nabi Isa AS turun semula ke dunia ini bukanlah untuk merampas kuasa atau menunjuk-nunjuk kehebatan tetapi untuk membantu menyelamatkan umat Islam dan melepaskan mereka daripada belenggu kesusahan yang sedang menimpa mereka. Selain itu, Nabi Isa AS turut memperakukan pemerintahan Imam Mahdi apabila beliau sendiri turut membaiat Imam Mahdi sebagai khalifahnya, sedangkan beliau itu adalah seorang rasul. Belum pernah terjadi lagi seorang rasul membaiat seorang biasa, melainkan Talut yang pernah dibaiat oleh Nabi Samuel AS. Maka Imam Mahdi turut mendapat keistimewaan yang amat bermakna ini.

Nabi Isa AS sendiri turut menyatakan bahawa Imam Mahdi adalah orang yang sangat dimuliakan oleh Allah dan mengesahkan pemerintahan Imam Mahdi itu ke atas seluruh dunia. Selepas itu, Imam Mahdi melantik Nabi Isa AS sebagai salah seorang pembantu kanannya untuk mentadbir seluruh muka bumi ini menurut sunnah Nabi Muhammad SAW yang suci ini.

Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik

No comments: