(1) Dalam Islam seks itu ibadah, zikrullah, suci, halal, sah dan wajib diamalkan oleh suami isteri mengikut disiplin dan syarat rukun syariat. Siapakah yang telah membuatkan umat Islam salah fikir tentang seks kerana mengatakan ianya kena dibuat sebagai sesuatu yang malu, nak sebut pun tak lalu, aib, lucah, hina, jijik, kotor dan akhirnya tiada khabar berita akibat ditutup rapat! Siapa yang menulis, perjuangkan dan berbincang tentangnya dianggap keterlaluan, gatal, miang, tak senonoh, tak normal atau gila seks. Siapa cuba membuka tutupannya diserang hendap bertubi-tubi, bertalu-talu, gila-gila dan semberono oleh pihak-pihak yang berkuasa dan ada nama. (Sangat kejamlah penzaliman ini maka hukumannya layaklah dilaknat).
(2) Sebagai satu amal ibadah dan zikrulllah, umat mungkin perlukan klinik seks Islam dengan doktor-doktor pakar tentangnya. Duduknya lelaki dalam majlis mereka untuk berbincang ke arah menjadi suami yang soleh adalah ibadah begitu juga wanita duduk-duduk berbualkan tentang isteri solehah adalah ibadah! Siapakah yang telah menghentikan aktiviti perjuangan Islam dalam bidang seks ini sehingga ianya senyap sunyi begitu sekali?
(3) Siapakah yang membuatkan umat Islam berbelanja besar untuk hantar pengantin ke katil kelamin, tapi segala sesuatu yang sepatut dan tidak patut berlaku di katil dalam kelambu, dibiarkan jahil dengan alasan hal itu tak perlu dan memalukan? Salah silap, betul benarnya tidak dibincang secara terbuka dan serius, apakah terjamin ibadah itu benar-benar berlaku seperti yang ditetapkan oleh Allah dan Rasul? Sedangkan sembahyang yang diajar dari kecil pun ramai yang sembahyang Neraka Wail!
(4) Seks haram yang cukup lucah, begitu meriah dibualkan, diniagakan, dijaja dan promosi gila-gila hatta
di sepanjang jalan raya! Tapi seks suci ditutup senyap sunyi. Tahukah anda bahawa ada seseorang yang memulakan perlaksanaan plan propaganda dan protokol Yahudi untuk hancurkan umat Islam dengan zina ini? Di gereja-gereja Yahudi, mereka berkata, kita tidak susah lagi kerana kini bila ada umat Islam menentang kita, umat Islam juga yang akan menyokong kita. Kata-kata taat suami itu adalah kata-kata wahyu Allah dan Rasul, formula untuk wanita Islam mendapatkan rumahku Syurgaku! Bila ia diperjuangkan oleh sekumpulan wanita Islam, sepatutnya semua wanita Islam lain menyokongnya. Apahal dengan umat Islam yang begitu semberono menentangnya? Siapakah yang membuat lelaki Islam jadi begitu takutkan bini, dan siapakah yang membuatkan perempuan-perempuan Islam tak boleh menerimanya?
(5) Bila dikatakan seks Islam ialah ibadah bermakna orang-orang yang melakukannya akan makin takut dan cintakan Allah Taala. Siapakah yang membuatkan, merancang hingga berhasil menjadikan umat Islam tidak mampu bertaqwa padahal sudah bertahun-tahun berkahwin, anak berderet dan bercucu cicit?
(6) Wahai umat Islam, tangan yang menghayun buaian itu yang sebenarnya menghayun dunia. Watak dunia yang dihayun, bergoyang dan berayunlah mengikut rupa ayunannya. Tangan yang menghayun buaian anak orang Islam, telah merupakan umat Islam dengan cara hidup Yahudi. Masakan yang menghayun itu bukan Yahudi? Tapi kini dunia tidak berayun lagi oleh Yahudi. Kuasa Rasul akhir zaman mengambil alih tugasan menghayun dunia dengan Islam. Kalau tidak masakan dunia sedang diayun oleh KTS. Tercangak-cangak Yahudi menyaksikan tangan ajaib mencipta KTS. Bagaimana wanita memperjuangkan untuk taat suami dan ditentang wanita?
Siapakah yang akan memenangi ayunan ini? Sejak bila wanita Islam tahu, mahu dan mampu untuk berperang dengan Yahudi? Oleh siapa?
(7) Mari kita jadikan seks Islam sebagai cara hidup dan satu cabang perjuangan yang diajarkan. Dalam keadaan haram pun dijual orang, seks ini laku. Apa lagilah kalau ianya dijual setelah disucikan. Hotel lima bintang untuk orang-orang berbintang lima atau orang-orang atasan, samada oleh sebab kuasa politik atau wang, kedengarannya di sana disiapkan pelacur-pelacur atasan seperti Altantuya misalnya. Katakanlah berita ini benar, ertinya seks haram itu sudah jadi budaya kehidupan orang-orang besar dunia. Siapa agaknya punya idea yang diiktiraf dunia itu?
Tak adakah seorang yang diilhamkan untuk membawa semua wanita-wanita mangsa itu ke rumah, diperisterikan dan rumah pun berubah menjadi seperti lima bintang? Atau tidak mungkinkah para isteri diraikan di hotel lima bintang, bila suaminya datang, dialah yang menarik tangan suami ke bilik tidur untuk memberikan apa yang suaminya pernah cari di situ? Atau salahkah para wanita dikursuskan oleh wanita-wanita first class itu untuk isteri melakukan hal yang sama, yang suaminya selalu mengidamkan di hotel lima bintang itu? Masalah apa sebenarnya menjadikan pelacuran begitu dimajukan dan sambutannya lumayan sekali?
Siapakah pencipta skrip yang amat merosakkan ini? Masakan dia terjadi sendiri! Kenapa suami atau isteri seliar itu? Kenapa negara hiruk pikuk dengan gejala ini dan tak mungkin tak boleh diselesaikan? Angkara siapa sebenarnya? Di manakah kita harus bermula untuk sampai pelacuran itu dapat dikebumikan semula?
ti para wanita juga yg pening kepala dan mengalami ‘depression’
No comments:
Post a Comment