(Kristian sedang dirobah untuk Islam bersama Nabi Isa a.s) ?
Terjemahan dari :
Washington Post’s : Christian leaders talk about marriage and sex by Lisa Miller. Ikuti Q&A dengan Lisa Miller berkenaan topik ini di sini.
___________________________________________________________________________
PEMIMPIN-PEMIMPIN KRISTIAN BERCAKAP TENTANG PERKAHWINAN DAN SEKS
Penganut Kristian mazhab Evangelical mahu berbincang tentang seks. Bukan dengan cara lama yang terhad dan berbentuk menghukum. Mereka ingin berbincang tentang seks panas – asalkan ia dikaitkan diantara lelaki dan wanita yang berstatus suami dan isteri. Warren, dianggap sebagai paderi Evangelical yang terhormat di dalam negara, akan berjuang di dalam hal ini, ini menunjukkan perkara ini amat penting kepada para pengikutnya.
Warren yang mempunyai watak peramah dan penyayang, kadang-kadang agak terlebih dalam perkongsian pengalamannya dan di dalam tweeter yang lain, beliau menulis: ” Seks dengan 1 isteri BUKANLAH macam main 1 piring hitam berulang-ulang kali tetapi seperti belajar satu alat muzik dengan baik untuk menghasilkan alunan muzik yang merdu bertahun-tahun!” ( Saya hampir nampak pipi isterinya yang bernama Kay kemerahan, dia lebih terkawal perasaannya dan nampak lebih berahsia dari suaminya).
Revolusi seks ini tidak dapat dielakkan disebabkan oleh generasi Kristian yang menolak secara terang-terangan sikap munafik;” Jangan buat perkara itu sebab saya kata jangan”, cara didikan seks dan etika kemasyarakatan waktu zaman nenek moyang mereka.
Menurut artikel dalam majalah Kristian Relevant, 80 peratus penganut Kristian melakukan hubungan seks sebelum berkahwin, berbanding dengan 88 peratus masyarakat umum. Menurut ” UnKristian ( BukanKristian), sebuah buku ditulis oleh David Kinnaman and Gabe Lyons dalam tahun 2008, 44 peratus penganut Kristian yang kembali semula kpd ajarannya(born-again Christians) yang berumur 23 to 41 tahun berkeyakinan bahawa seks di luar perkahwinan adalah diterima dari segi moral, berbanding dengan 23 peratus dari golongan yang lebih tua. Kadar perceraian di kalangan evangelicals adalah sama dengan masyarakat umum yang lain.
Lebih-lebih lagi , model perkahwinan Kristian, secara tradisinya merupakan satu keadaan di mana seorang isteri menurut kehendak suaminya seperti mana yang dilakukan oleh seorang Kristian pada Tuhannya tetapi kebanyakan wanita evangelical sedang dalam gerakan pembebasan diri mereka sendiri. Mereka sedang menterjemah ayat-ayat kitab Suci yang memerintahkan mereka ‘tunduk’ dan ‘taat’ dan mereka tidak lagi berpuas hati dan tidak mahu dikenal lagi dengan wanita yang pendiam, lemah lembut dan kumpulan yang menyedihkan yang tidak berpeluang untuk mengalami era kebebasan abad ke21,” mengikut yang tertulis dalam penutup buku karangan Jonalyn Fincher “UnChristian.”
Dengan cara yang sama, kepuasan seks dalam sejarah wanita Kristian tidak pernah menjadi sesuatu yang dikira penting. Malah pada hari ini, website Focus on the Family Web site memasukkan kategori seperti ” Memahami Keperluan Seks Suami Anda” dan “Bila Suami Anda Tidak Berminat Dengan Seks.”
Cara baru untuk bercakap tentang seks adalah dengan bertemu penganut Kristian di mana mereka berada. Dengan menceritakan pengalaman intim dalam perhubungan perkahwinan, para pemimpin Kristian berharap dapat meyakinkan generasi muda tentang apa yang mereka gelarkan ” Perkahwinan Suci” – hubungan yang setia, monogami dan kesatuan heteroseksual dihadapan Tuhan – semua ini adalah relevan dan berharga di zaman moden ini.
Dengan lebih ringkas:
Mereka mengharapkan dengan janji seks panas akan memastikan anak-anak generasi muda tidak berpaling dari gereja. Segala yang mereka bimbangkan adalah tidak berasas. Bilangan anak muda yang berkata bahawa mereka tidak terlibat dengan mana tradisi agama adalah 31 peratus, pembantu agama yang paling pesat dalam negara.
Sekarang Tim Keller, seorang paderi di Redeemer Presbyterian Church in New York Citytelah memasuki perbincangan ini. Beliau menumpukan dalam bab terakhir buku barunya ” Maksud Perkahwinan” ( yang ditulis bersama dengan isterinya , Kathy) kepada seks.
Keller, yang berdakwah lebih kepada golongan profesional yang belum berkahwin di Manhattan, menyediakan untuk para pembaca bahan-bahan garis panduan am ( yang panas – hot sex) tentang seks dalam perkahwinan seperti “ Setiap pasangan sepatutnya prihatin bukan dengan menerima kepuasan seks tetapi dengan memberinya….. Kepuasan seks yang hebat sepatutnya adalah kepuasan melihat pasangan anda rasa puas.”
Pasangan tersebut juga mengaku, dengan cara intim, bahawa mereka juga mempunyai masalah dengan seks diawal perkahwinan mereka. “Kami juga sedar,” tulis Kathy , “ bahawa orgasm itu hebat, lebh-lebih lagi bila berklimaks bersama. Tetapi kehebatannya, ketakjubannya, keselamatannya dan kenikmatannya dalam bersatu itu adalah juga hebat tanpa perlu melakukannya. Dan bila kami berhenti dari berusaha untuk melakukannya, semua mula bergerak kehadapan.”
Di dalam Gereja, Keller, beliau mempunyai daya yang menggerunkan, beliau menekankan keupayaan intelektual para pengikut Calvinist, dia sering berdakwah tentang dosa. Petikan seperti ini akan memaksa anda untuk membayangkan beliau di saat beliau dalam keadaan terdedah. Adakah ia tidak selesa?
Ya. Adakah Keller dan Warren, dan lain-lain tidak mahu naik setaraf dengan orang lain dengan enggan melibatkan kumpulan gay dan lesbian dalam wawasan cinta perkahwinan mereka? Ya.
Tetapi dalam keterangan telus klinikal mereka, pemimpin-pemimpin ini telah memberi seks sebenar kepada penganut Kristian seperti yang diberi oleh buku ” The Joy Of Sex” pada masyarakat umum dalam tahun 1972 dulu.
———————————————————————————————————————————————-
Wahai dia yang sedang membaca,
Alangkah terkejutnya kita tentang adanya revolusi agama Kristian untuk merobah daripada undang-undang tidak perlu berkahwin kepada mensucikannya.
Memang benar, Yahudi perosak agama atas nama agama. Kepada agama Islam lebih-lebih lagi, namun sungguh tidak disangka perihal adanya orang-orang Kristian itu yang sedang berjuang agar seks di sucikan atas nama Kristian.
Kalaulah sudah begini sekalilah alam merobah diri atas arahan Tuannya, yaitu pesuruh Allah, Nabi Muhammad saw, pastilah suatu hari akan datang untuk membuktikan bahawa Nabi Isa as turun ke bumi, membenarkan kerajaan Imam Mahadi di bumi waktu itu dan menyerulah ia kepada penganut Kristian semuanya agar Islamlah mereka. Maka di keranakan kebenarannya sangat-sangatlah terserlah semua penganut Kristian pun memeluk agama Islam.
Ya Allah, Wahai kuasa Pentadbiran Alam yang mewakilkannya kepada Nabi Muhammad saw jika benarlah demikian itu, Engkau lakukanlah janji Mu itu, bermula pada tahun 1433 Hijrah ini. Amin. -Ulasan Pengarang Bulletin Nur Muhammad -
No comments:
Post a Comment