Thursday, February 23, 2012

Kelab Isteri Taat – Pentingnya Roh Perkahwinan



Tidak pasti mengapa Berita Harian menukar nama Kelab ini kepada Kelab Isteri Taat. Sepatutnya akhbar yang berwibawa tidak akan tersalah fakta. Tapi KIT terjemahan dari bahasa Inggeris – Obedient Wives Club, bukannya Obedient to Husbands Club, jadi masuk akal juga. Namun pasti ada hikmahnya nama KTS digunakan, yakni perkataan Suami itu di high-lightkan. Tidak sesuatu itu berlaku secara kebetulan.

Itu secara akal. Apapun yang lebih penting adalah melihatnya dari sudut agama yang kita cintai. Isu Isteri yang Taat Suami, walau dianggap perkara kecil, ia telah memberi impak yang besar kepada masyarakat kita. Mesti ada yang terkejut dengan respon yang negatif dari pihak Menteri dan wanita-wanita terpelajar. Hanya ilmu wahyu dan pimpinan Rasulullah SAW yang dapat meletakkan wanita di tempatnya yang mulia di sisi Islam. Baca Siapakah Wanita?

Di sini, saya ingin memetik surat dari Dr Harlina Halizah Siraj mengulas penubuhan kelab ini. (Kebetulan, Naib Presiden Kelab ini, Dr Rohaya Dato’ Mohamad adalah seniornya di sekolah Seri Puteri dan di UKM dulu), terutama ayat-ayat terakhirnya :

And I always believe, sexual intercourse is actually the peak form of communication between husband and wife. If the couple hardly communicate during the day ( either verbally or non-verbally), they would not be able to fulfill their physical, cognitive, emotional and spiritual needs during the sexual intercourse that night. If couple could communicate openly to each other especially on sexual matters, I do not think we need a club like OWC.

Sebelum itu, saya ingin menghighlightkan satu perkataan iaitu ‘Roh Perkahwinan” yang disebut oleh pengunjung blog ini, Mueeza. Roh perkahwinan ini begitu penting, dan peranan pihak isteri sangat diperlukan untuk menyuburkan roh perkahwinan, bermakna seorang isteri juga dapat menghukum bunuh roh perkahwinan.

Masalah tiadanya roh perkahwinan yang subur inilah yang menyebabkan keadaan dimaksudkan Dr Harlina di atas.

Nabi SAW pernah bersabda:
“Wanita yang taat akan suaminya, semua burung-burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristighfar baginya selama dia masih taat pada suaminya dan diredhainya (serta menjaga sholat dan puasanya)”

Isteri yang taat juga akan masuk ke syurga melalui pintu mana pun yang disukainya. Seolah-olah isteri solehah itu setaraf dengan wali! Bukan mudah nak jadi wali Allah ! Seolah-olah sukar sungguh untuk menjadi isteri yang taat, setaatnya. Antara sebab ramai wanita ke neraka adalah kerana menyakiti suami dengan lidahnya. Apa yang diperkatakan menggunakan lidah itu, asalnya adalah dari hati. Riak muka dan perbuatannya juga digerakkan dari hati.Bermakna benarlah hakikat bahawa wanita sukar untuk mendidik nafsunya untuk taat, setaatnya dengan suami.

Saya menulis ini adalah untuk mengajak para isteri menjauhkan diri mereka dari api neraka. Berkenaan tugas dan tanggungjawab suami, rasanya semua sudah sedia maklum, terlalu banyak nas dalam Quran dan Hadis mengenainya, dan saya tidak membincangkannya di sini. Siapa nak buat Kelab Suami Taat/Suami Soleh, silakanlah.

Dalam buku-buku, terlalu banyak sudah ditulis adab-adab isteri melayan suami. Cuma di sini saya ingin mengetengahkan semula sebahagian seni-seni kehalusan melayan suami yang biasa dibaca dalam Majalah Islam dulu. Saya pernah mengumpul keratan-keratan majalah tersebut malangnya telah tiada dalam simpanan. Saya juga sering berbincang dengan rakan-rakan dalam jemaah tentang bagaimana mempertingkatkan khidmat kepada suami melalui telefon atau BBM. Ini semua adalah untuk mendapat redha Allah. Hal ini adalah suatu yang lazim dibincangkan, sebelum KTS diwujudkan lagi.

Fitrah semua bangsa di dunia, adalah isteri suka berkhidmat kepada suami. Dan fitrah suami memanglah suka dilayan. Fitrah ini adalah kurniaan Allah yang menciptakan manusia. Kelihatan senarai di bawah ini seperti tidak penting, tetapi besar nilainya di sisi Allah dan Rasul. Maaf cakap, saya sendiri pun tidak sempat mempraktikkan semua yang saya tulis ini.

1. Seeloknya isterilah yang bangun pagi dulu. Bersiap untuk solat subuh. Sebelum suami bangun, bubuhkanlah ubat gigi pada berus gigi suami. Siapkan tuala, serta pakaian keperluan solatnya. Setelah suami habis membersihkan diri dan berpakaian, ambillah tuala dan jangan biarkan dia menjemurnya sendiri.

2. Sediakan segelas air sehabis suami keluar dari bilik air, atau setiap kali sebelum bersolat. Tidur semalaman tentulah membuatkan suami kehausan.

3. Jika suami suka memilih pakaiannya sendiri, ringanlah tugas. Jika tak, inilah tugas isteri. Siapkan barang-barang lain contohnya stokin, tali leher, sapu tangan, handphone, dompet, kunci kereta, beg dan letakkannya di suatu tempat. InsyaAllah suami tidak akan tertinggal barang-barangnya bila keluar untuk bertugas.

( Menguruskan sarapan dan anak yang bersekolah tidak dibincangkan di sini, selalunya suami isteri yang serasi akan membahagi-bahagikan tugas mereka )

4. Sebelum berpisah, ( mungkin isteri pun sedang bersiap untuk ke tempat kerja) cium tangan suami dan saling bermaafan.

5. Layanan di meja makan. Secara ideal, suami amat suka makanan yang dimasak isteri. Jika pembantu rumah sudah menyediakannya, atau biasa membeli makanan di luar kerana sibuk, hidangkanlah dengan cara yang terbaik. Gunakan pinggan mangkuk yang paling cantik. Cedokkan nasi ke pinggannya, begitu juga lauk pauknya. Adab ini juga elok dipraktikkan bila makan di luar.Temani suami makan. Jika sudah kenyang pun, teruskanlah duduk untuk melayannya. Jangan berbual hal-hal yang menyebabkan selera terganggu, kalau ya pun tunggulah dulu….! Sentiasa cari topik perbualan yang menghiburkan suami..

5. Di rumah, selain penampilan yang bersih dan kemas, isteri haruslah ’alert’ akan keperluan dan mood suami. Mungkin ada masalah di tempat kerja… Jadi bila suami moodnya lain sedikit janganlah anggap dia sedang marah pada isteri. Kalau hendak menegur anak-anak pun janganlah terjerit sana, terjerit sini. Selalunya suami atau isteri yang tidak puas hati dengan pasangan akan melepaskannya kepada anak-anak.

6. Berhias yang sepatutnya bila berada di rumah. Pakailah lipstik/lipgloss dan bercelak mata Jangan pula bila keluar rumah, mekap tebal macam nak pergi dinner, di rumah serebet serabai lesu macam mayat.

7.Sepanjang pergaulan, isteri hendaklah mengambil sikap menghormati dan lapang hati dengan suami. Kekuatan ini bukan mudah diperolehi, kecuali isteri yang kebergantungannya kepada Allah tinggi. Apatah lagi jika suami ada kelemahan, kekurangan dari segi tanggungjawab dan sebagainya. Isteri yang melihat kelemahan suami menganggap ini ujian yang tepat untuk dia membaiki diri. Watak dan sikap suami dianggap satu ujian direct dari Allah.Inilah dikatakan menyerahkan diri secara zahir dan batin kepada suami, kerana takutkan Allah. Jika dalam keadaan isteri yang taat begini, dan suami pun saling memahami, pasti rumah sudah menjadi syurga sebelum syurga. Jika mendapat suami yang menguji pun, lama kelamaan, tentu Allah akan campur tangan untuk menyelesaikan masalah. Kecuali kes-kes terasing, di mana suami masih memukul, menampar, dalam keadaan isteri sudah taat lahir dan batin, maka mudah sahaja.. adukan ke pihak yang berkenaan seperti qadhi, dan seterusnya. Atau telefon Klinik Sakit Jiwa…

7. Di waktu malam, seeloknya isteri jika mampu, dia pastikan keperluan suami selesai dan suami sudah tidur, barulah dia tidur. Isteri di saran belajar ilmu mengurut, ilmu refleksologi, untuk menghiburkan dan berkhidmat kepada suami. Ilmu ini mahal harganya, di Bintang Walk, upah urut kaki adalah RM25 selama 30 minit! Jika suami tidak suka diurut, ada lagi 1001 cara untuk berkhidmat dengan suami. Suami juga suka dipotongkan kukunya, dicukurkan atau diurut mukanya. Tapi bergantung kepada kehendak suami. Malang kalau isteri clumsy, silap-silap ada yang masuk A & E . Selain itu, menonton TV bersama, berbual hal berkenaan hobi, ilmiah dsb. Sebelum tidur, ciumlah tangan suami dan kucuplah dahinya.

8 . Kepuasan dalam hubungan suami -isteri. Ramai isteri mengadu, suami tidak pandai memenuhi keinginan mereka, menjadikan isteri sukar nak puas semasa bersama. Ada juga yang mengadu keinginan suami - samada terlalu kerap atau jarang. Dalam hal ini selalu isteri-isteri dari kalangan orang Melayu kita akan selalunya taat. (Benarkah? ) Di sinilah roh perkahwinan itu memainkan peranan. Kepuasan seorang isteri dalam hubungan seks bukan bergantung kepada teknik fizikal semata-mata walau ia sangat berperananan. Kepuasan, kenikmatan itu juga adalah anugerah Allah yang menciptakan ini semua. Isteri yang taat insyaAllah akan dibalas pengorbanannya oleh Allah SWT dengan sebaik-baiknya. Isteri yang redha dengan keinginan suami yang tinggi akan dimudahkan kemampuannya untuk melayani suaminya, manakala dalam kes-kes terasing bilamana isteri yang redha dengan keinginan suaminya yang rendah, dalam kes ekstrem, bersama sekali dalam sebulan mungkin dapat memuaskan isteri untuk sebulan berikutnya!

Dengan ini, senarai di atas saya harap secara tak langsung menjawab persoalan yang diutarakan Dr Harlina. Dengan mempraktikkan sebagaimana yang dicadangkan serba sedikit, maka tidak perlulah kelab seperti ini ditubuhkan.

Di sini saya petik surat Dr Harlina Halijah Siraj.

My response to the Obedient Wives Club (OWC)

I was in Sitiawan when I first heard about the report on the launching of the Obedient Wives Club by Global Ikhwan last week.The first question that hit my mind then was, what neccesitates the setting up of such a club in this country? What are the main objectives and what does such club aspire to achieve? When the launching was highlighted by all the media in the country and of course, by some international news agencies as well – the key point quoted from the Deputy President of the club, Dr Rohaya Mohamad (who was my senior in Seri Puteri as well as in UKM more than 20 years ago) was somewhat shocking.

I would like to think that Dr Rohaya’s statement was taken out of contact, when she was quoted to say that wives must be extremely good and skillful in bed, better than the first-class prostitutes or sex workers, to keep marriages intact and reduce the divorce rate in the country. I immediately realized, this comparison was going to be explosive, sensational and would stir up a lot of concerns from members of the public. I decided to give the club some time – at least they should almost immediately, come out with an official statement to clarify and correct the misperception that had somewhat tarnished the reputation and good image of wives in general. Although subsequent follow-up by a news agency indicated that some members of the club agreed that the statement was taken out of context, there was no official statement of clarification issued by the club, at least by Dr Rohaya herself as the representative. Not that I know of, untll the time this note is completed.

So, what now? I am all out for any collective effort that promotes and protects the sanctity of marriages in our society. However, I have problems with proposed solutions that are simplistic and somewhat superficial, unbalanced and non-holistic. And as far as I am concerned, the suggestions by OWC are included into that category. I am sure we can do better than just looking at women as sexual objects, and men as individuals govern solely by their raging testorones. How can we garner and enrich the sense of respect, mutual interdependence and genuine care that are paramount for our well-being, if we still regard each other by levels of superiority and inferiority, obedience and disobedience based on sexual submission?

In the eyes of Allah, we all stand tall and proud as `ahsani taqwim’ – the best creatures ever created.

But,in the eyes of men, where do women stand?

Allow me to suggest an answer to that question. In the eyes of men, women would be seen as how they ( women) see themselves. If we engage ourselves into thinking that a woman’s worth is mainly focussed at her sexual prowessness, how else more do we want men to see us?

After all, sexuality is a very complex yet essential part of our life. It is influenced by so many factors – either externally as well as internally. A woman will face a decline in her libido or sexual desire during pregnancy, breastfeeding, depression and climacteric. So does a man, who has his own ups and downs throughout his life. And I always believe, sexual intercourse is actually the peak form of communication between husband and wife. If the couple hardly communicate during the day ( either verbally or non-verbally), they would not be able to fulfill their physical, cognitive, emotional and spiritual needs during the sexual intecourse that night. If couple could communicate openly to each other especially on sexual matters, I do not think we need a club like OWC.

Wallahu a’lam.

I really would like to see my dear Dr Rohaya Mohamad aka K.Aya one day, InsyaAllah. And we’ll talk, like we used to – as sisters. And as always, we will agree to disagree………..

Dr Harlina Halizah Siraj

No comments: