Jadual Tuhan
Petunjuk Allah Pada Setiap Zaman
Pemerintahan Imam Mahdi Sudah Bermula
Imam Mahdi | Wazir-wazir |
Wahai Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu,
Bila ditanya kepada Rasulullah SAW yang roh itu, apa bezanya dirinya ketika berperanan sebelum ini, membantu Nabi-nabi sebelum dengan Nur Muhammad, kemudian pernah datang menjadi Nabi dengan jasad dan roh, dengan sekarang hanya dengan Nur Muhammad memikul tanggungjawab Nabi akhir zaman, tanpa jasad sedang berada di Negara Roh? Baginda menjawab “Cemas, jauh lebih cemas kerana kerosakan akhir zaman sungguh luarbiasa manakala kekuatan Yahudi juga luarbiasa”. Nabi pun terlalu cemas wahai Imam Mahdi, betapa pulalah diri Tuan yang kena berdepan langsung dengan jasadmu dengan Si Yahudi diakhir zaman ini!
Bila ditanya lagi kepada roh Nabi akhir zaman itu, apakah tujuan Allah meletakan NabiNya di Negara Roh untuk tujuan memimpin dunia di seberang sini? Jawab Baginda, “kerana di Negara Roh ini ada kekuatan yang cukup untuk mengalahkan Yahudi”.
Ertinya dari Negara Roh, Nabi akhir zaman berperanan dengan Nur Muhammad, untuk membantu Imam Mahdi yang berada di bumi. Kekuatan kuasa ghaib dari Negara Roh itu jauh lebih hebat dari kekuatan Yahudi. Sebab itulah Allah tidak munculkan Nabi Muhammad SAW sebagai jasad. Yang muncul ialah Imam Mahdi sedangkan dibelakangnya ialah Nur Muhammad. Inilah kekuatan Islam di akhir zaman untuk melakukan kebangkitan kali kedua, kerana mampu mengalahkan Yahudi.
Ertinya wafatnya Nabi Muhammad SAW itu, bukanlah seperti wafatnya manusia lain. Cuma Yahudi saja yang telah menipu Umat Islam kerana menyatakan wafat Nabi Muhammad SAW itu betul-betul wafat seperti orang lain. Walhal sebenarnya Rasulullah terus hidup menjadi pemimpin kepada roh-roh, memberi panduan-panduan yang luarbiasa untuk terjadinya jadual Allah itu. Tanpa roh Baginda Rasulullah SAW sebenarnya tiada siapa yang tahu dan mampu melakukan jadual, sekalipun Imam Mahdi dan Putra Bani Tamim.
Secara jasad yang hidup Rasulullah SAW dibantu oleh empat Sahabat Utama serta Jemaah Sahabat, manakala dengan rohnya Rasulullah SAW melakukan kebangkitan Islam hanya dengan Imam Mahdi dan Putra Bani Tamim serta Jemaah Ikhwan.
No comments:
Post a Comment